Friday, December 23, 2011

untuk kamu..

Rynee...:)
salam sejahtera..

sungguh..
tiada hadiah yangg setimpal hendak aku beri..
kalau dikenangkan jasamu..

sungguh..
aku tak mampu menceritakan perihal kamu..
cerita yang aku khabarkan tak sehebat dirimu..

sungguh..
mana mungkin kata - kataku sehebat sahabat yang seperti kamu..


selamat hari lahir wahai sahabat yang dikasihi..
RURYNEE ROSLAN





Tuesday, December 20, 2011

..peneman..

salam sejahtera..

sepatutnya entri ni aku post semalam..tapi memandangkan aku terleka dengan tugas baru aku, baby sitter, aku terpaksa postponed ke hari ini..hehe..

sebenarnya entri ni hanya untuk mengucapkan terima kasih kepada si peneman yang tak jemu - jemu datang jumpa aku setiap hujung minggu..walaupun busy dengan kerja hujung minggu..lepas habis seminar, datang klang  dan lepak sama - sama sampai esok harinya dan pergi kerja balik..huhu..sorry..menyusahkan je..

tahniah cik top scorer, cik best player, cik champion dan cik naib johan..(orang yang sama ni..sume title die pulun..hehe..bangga oo...) 

pembakar semangat

Assalamualaikum :).


Dah lama rasenya tak coret kt blog ni, hehe bukan tak nak, tapi takde mase laa. Kesibukan kerja aku bertambah, lagi2 apabila hujung minggu yang penuh dengan aktiviti. Aku gembira sangat bila hujung minggu aku ade orang yang sentiasa menemani, hehe. Setia die menunggu aku, dari pagi sampai ke petang. Aku bersyukur dapat sahabat sepertinya. Walaupun letih tapi aku happy sangat. Bulan ni, aku tak pernah dapat rest di hujung minggu atau di kala hari cuti, jadual aku memang sangat pack this month. Pada minggu pertama, aku ade tournament futsal, mggu ke-2 aku aku attend kenduri kak anis kat Jitra, minggu ke-3 lak aku ade tournament badminton, syukur alhamdulillah, memang rezeki aku tahun ni, aku menang Johan dalam fusal, dan naib johan dalam badminton, aku juga telah di nobatkan sebagai "the best player" dan "the best scorer". Syukur. Terima kasih kepada seorang sahabat yang tidak pernah jemu untuk memberi semangat, kata2 peransang kat aku. 

Aku da dapat hadiah birthday, yeayyyy, hehe. Thanks Kak Nuna :). Aku terharu sangat, macih banyak2 tau, jasamu di kenang selama-lamanya :). Dah la dapat hadiah, pastu siap belanje makan ayam golek kt Mr. Rodgers lak tu. Memang kenyang giler la, kiteorang pilih meal yang berbeza, pas2 makan semua, bak kata "sharing is caring", hehe.

Sebenarnyer banyak sangat yang aku nak ceritakan kat sini, tapi masa dah mencemburui aku, esok aku kene menjalankan tugas aku sebagai seorang environmental engineer. Esok aku akan ditugaskan untuk pergi ke site di LCCT, sebagai auditor untuk document checking bahagian ISO 14001:2004.

Thanks Nana :). for everything.



p/s: Saya sayang mereka

Tuesday, November 22, 2011

bola..bola..bola..


salam sejahtera..

dalam hiruk - pikuk Malaysia meraikan kemenangan skuad Harimau Muda termasuk aku sendiri pun turut bergembira dan berbangga dengan kejayaan itu, yang aku sendiri saksikan perlawanan dimana rata - rata peminat bola sepak Malaysia mengatakan satu perlawanan penuh dramatik dan sebuah perlawanan yang sangat panjang..ternyata..bukan mudah untuk skuad bola sepak bawah 23 tahun Malaysia untuk menjulang kejuaraan..setelah mengharungi pelbagai ranjau dan ujian dengan jadual perlawanan yang berubah - ubah, penghinaan dari pihak media Indonesia, terpaksa berlatih jauh, diancam, diganggu dengan bersepanduk semasa dalam perjalanan ke stadium GBK..kesimpulannya, kejayaan akan menyusul setelah kita bersabar dengan setiap ujian yang datang..usaha, doa dan tawakal adalah senjata kita..:)).



terima kasih kepada si peneman tengok bola semalam..hehe..:))).

Monday, November 21, 2011

1st post...;P

salam sejahtera..

hari ni perjalanan balik dari klang..sunyi je rasa suasana..dah tak berteman..malam ni dah tak ada geng nak layan bola sama - sama..main gitar tak ada orang nak tolong nyanyikan..huk3..sebak dado den..sabar2..

untuk entri yang pertama di blog feveret aku ni, yang tak pernah mis satu entri pun untuk aku baca, aku nak ucapkan hi everybody..:))



thanks invite...malu saye..hehe (blush3)

Thursday, November 17, 2011

La Tahzan

La Tahzan

Aku suka baca buku ni, dia akan menaikkan balek semangat aku. Allah itu Maha Adil, Dia akan bahagikan kesenangan sama rata, ada orang lebih yang ni, dan ada orang lebih yang tu. Aku tak pandai untuk berkata2, ingin ku luahkan segala yang terbuku di hati ni, tapi......ntah la...



"Betol kata dia, aku tak ada tempat untuk bercerita, mengadu, berkongsi rasa, sebab tu aku mudah lemah"

Friday, November 4, 2011

Syukur

Assalamualaikum :).

Maafkan aku Novio sebab seringkali buat kau terluka. Aku tak sengaja, setiap kali aku menaikimu tidak pernah lupa untuk membaca doa. Tetapi, dah ditakdirkan ianya akan terjadi. Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah, sebab engakau selamatkan nyawaku, engkau ringankan kecederaan ku. Ummy and kakak aku dah halang aku untuk bersama denganmu lagi, Novio. Aku sedih. Lepas ni, aku kena bersama dengan Mira pulak. Jangan riso yer, nnt aku touch up kau cantik2, bersih kan kau kilat2, pastu kite pergi jalan2 round 1 taman eh :).

Rupa engkau dah tak macam dulu Novio, I'm sorry :(

Tuesday, October 11, 2011

Moga cepat sembuh

Assalamualaikum...

I’m not feeling well this week. Nana pun tak sihat jugak. Dah name pun sehati sejiwa, same2 la tak sihatnyer, hehe. Tapi aku tak teruk macam Nana. Nana, jangan lupe makan ubat tau, enough rest, makan banyak2. Aku sentiasa doakan supaya dia cepat sembuh. Risau terasa di hati, kalo dulu aku yang jage die kalo die sakit, tapi sekarang ni aku tak dapat nk jage die, huk3. Kalau lah aku dekat dengan dia, huk3. Nana, nana kena kuat tau, janji ngan combi nana kuat kan?huk3. If you need something just let me know J.

“Crawwwlinnnggggg inn my skinnnnn” aduh perutku dah berbunyi. Tandanya, aku lapa la, hehe. Jam menunjukkan pukul 12.30, aku rest kul 1, lambatnyer nak tunggu, huk2....



p/s: menunggu waktu lunch tiba...
semoga nana cepat sembuh :).

Monday, October 10, 2011

Assalamualaikum...

Mataku terasa berat, kepalaku terasa berpusing, berat bahu ingin dipikul, segala impian hanya tinggal angan2. Aku perlu kuat, tabah menghadapinya.




p/s: terasa ingin menulis di sini, tapi.................

Sunday, September 25, 2011

konvo aku :).

Salam 1 Malaysia :).

Di antara saat yang paling manis dalam hidup aku ialah KONVOKESYEN!!! yeaaazaaaa....tapi aku terkilan sebab gamba tak banyak, huhu :(.


Beratur memasuki dewan, aku no 41, nebes giler time ni, dah la panas terik, basah baju aku, huhu.

Sampai jer kat khemah ibubapa, terus dapat bunge dari Nana, hehe. Terkejut combi taw. Then bunge dari mak and akak aku menyusul :). Thanks semua :).

Tak menang tangan aku nak pegang bunge yang aku dapat ni, hehe.

Har, ni lah family aku. Cute2 kan semua, hehe. Especially aku lah, haha.

Ini akak aku.

Ini lak kak Nuna aku, hehe. Setia menemani aku. Terharu sangat2, huk3

Tak lame kemudian, Angah and Kak Anis pun sampai. Dieorang pun bagi bunge kat aku. Sukeeeeee sangat, hehe. Thanks you guys :).

Aku and Angah lempoyang.

Aku and Mama Bella Luna Latisha

yeaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!!! Alhamdulillah, aku dah berjaya :). 


Keesokkan hari pulak.............

Congrats Mummy Pia :).

Congrats Nana Lempoyang :).

Congrats Angah Lempoyang

Congrats Mama Bella (bride to be, hehe)


Congrats semua akak-akak ku :).





At last but not least, congratulation to all my friends :).


Yaya

Lin

 










The real life begins!!!!!!!!!!!!!! Are you ready???


Thursday, September 22, 2011

graduation!!!!!

Salam 1 Malaysia :).

Tanggal 17 september 2011 merupakan salah satu tarikh yang akan tercatat dalam diary hidup aku. Hari yang bersejarah ini memang hari yang di nanti2 kan sejak kecil lagi. Melihat gambar ayah, memakai jubah, menerima skrol, aku sangat teringin. Gambar tu masih lagi aku simpan kemas di dalam kotak gambar aku.

Hati aku sangat berdebar2, nebes sangat. Sampai tido pun tak lena, huk2. Nasib baik ade peneman di sisi. Thanks Nana. Dari alor Setar ke perlis mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Jam di tangan dah menunjukkan pukul 7.00 pg, tapi aku masih di AS. Hati dan fikiran ku dah tak keruan. Lebih kurang jam 7.15pg kami bertolak ke perlis.

Aku senyap. Tak banyak cakap. Risau. Debar2. Takut. Excited. Happy. Sedih. Semuanya bercampur aduk. Aku tak tahu cam mane nak menggambarkan perasaan aku.

Aku tak pasti aku sampai jam berapa. Tapi semua orang dah beratur. Nasib baik Nana ade teman, pakaikan jubahku. Aku terharu sangat2. Thanks Nana. Pagi tu matahari panas terik. Peluhku jatuh mencurah2. Beratur memasuki dewan 2020. Aku berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Aku terkilan sebab tak dapat bergambar dengan kawan2 ku, huhu :(((. Tapi aku happy sebab Nana, Angah & k. Anis datang. Macih semua :)). Sedih sebab aku konvo lain hari dengan dieorang.

Yaya, aku mintak maaf, tak dapat tangkap gamba dengan hang. So sorry my dear friend.

Keesokan harinya, 18 sept 2011, Nana, Angah, Kak Anis and Mummy Pia pulak akan mengambil ijazah mereka. Aku sempat datang kejap je. Aku sempat bergambar dengan Nana and Mummy pia sebelum pulang ke AS. Angah and kak anis aku tak jumpe, huhu.

CONGRATULATION!!!!! :)))). Alhamdulillah aku bersyukur kerana telah di Ijazahkan dengan Bachelor of Engineering (Hons) Environmental Engineering oleh Canselor UniMAP. Lepas ni aku tak pasti samada aku akan pakai lagi jubah atau tak. Masa depan, kite hanya merancang, Allah yang menentukan.

Aku sedih meninggalkan alam pembelajaran yang sangat memberikan segala kenangan manis dan pahit di sepanjang 23 tahun. Betul ape yang orang tua2 kata. Zaman yang paling best ialah mase belajar. Wahai junior2 ku sekalian, hargailah zaman belajar korang sebaik mungkin.

Panjang pulak aku berceloteh kat sini. Dah lama sebenarnya nak menconteng di blog ni, tapi ntah la, mood tu tak sampai lagi. Tulis pun ntah pape ntah, hehe.

Ade orang request suh aku update blog....tadaaaaa....dah update, hehe. Pasal boleh update ni sebab kerja dah siap tuk minggu ni...yeaaazzzaaaa....hari ni boleh bersenang lenang sket, sebab keje siap awal, bos lak takde, hehe. Aku pun curi2 update blog bukan curi tulang yer, keje aku dah siap, hehe, harap2 takde sape yang perasan, hehe.

Alamak, dah lari tajuk la. Banyak betol aku merepek ni, hehe. Papepun aku sayang kawan2 aku (takde kene mengene pun, tapi lantak la, aku nak cakap gak, hehe)



p/s: tahniah kepada sesiapa yang bergraduasi pada tahun ini :).
gambar akan di upload kemudian, sebab nk edit2 sket, hehe :).

Wednesday, August 17, 2011

NATURE

Salam :).


Hi readers. Sebagai Environmental Engineer, kena pastikan alam sekitar tak tercemar. Tu lah keje aku sekarang ni. Memang aku idamkan menjadi seorang Engineer yang lebih specific dalam bidang aku. Alhamdulillah, ku bersyukur ke hadrat Ilahi. Entry kali ni aku nak kongsi mengenai alam semulajadi. Awal bulan hari tu, aku kena pergi site dekat johor. Memang dekat dengan laut. So kena monitor bahagian laut juga, sebab takut laut tercemar. Aku berpeluang menaiki bot nelayan, hehe. Suke3, hehe. Senior2 aku siap pakai sun block lagi, aku rilek je, tak kesah pun, hehe. Bila kena pergi site pada bulan pose ni agak mencabar jugak la, letih tak yah cakap la, sahur pun tak terjage, huhu. Senior2 aku lak memang kaki jalan, aku follow jelah. Lagi pun aku tak pernah menjejakkan kaki sampai situ. Johor tu pernah la pergi, tapi dekat area muar jelah, hehe. Aku pun terbeli baju raye kat situ, hehehe. Hasut dari senior2 aku, hehe. Yelah, takde mase nak beli, bile ade peluang, terus beli, hehe. Lagi pun tahun ni, umi tak leh nak jahit baju, so memang kena beli la, huhu. 

orang lab tengah ambil sample air

boot aku sangat besar

aku yang paling rendah, haha

with malina

kami jumpa lobster


Setelah penat berjalan dekat site yang sangat besar tu, kiteorang nak pergi buat marine monitoring, kiteorang bawak kete saga so tak lepas masuk dalam site, jalan tak elok. Kiteorang ikotla jalan lain, on the way tu kiteorang nampak pemandangan yang cantik sangat. Benti jap la, ambil gambar, hehe.


FREEEEDOMMMMMMMM.............

pose2 pun sanggup, nak bergambar punye pasal, haha

aku and kak ash

aku and malina





Masa dalam perjalanan ke sana, aku nampak signboard tulis Pasir Gudang *teringat kat nana, sebab dulu nana blajar kat sana, poli JB, pasir gudang.......tengah berjalan2 kat Mydin gelang patah, aku nampak ------------------------------------>     teringat kat angah, hehe.








Biasenya budak2 pergi sekolah berjalan kaki or naik moto, or naik kereta, tak pun naik basikal......tapi kali ni aku nampak budak2 pergi sekolah naik bot, hehe.













p/s: alam semulajadi yang cantik, kehijauan, kebiruan, boleh membuatkan fikiran yang kusut menjadi tenang.....so kawan2, jom same2 kite menjage alam di sekitar kite yer :). peace


dieorang kate gamba aku lompat semua ganas2, haha....walaupun panas terik mase tu, kalau bab bergambar memang semuanya lupa, hehe...banyak kali kiteorang lompat sebenarnya tuk dapat gambar yang cantik sebab guna timer, hehe....tapi gambar 3 orang, 1 jer yang jadi, hehe....

Thursday, August 11, 2011

Lumut VS HQ

Salam ramadhan yang ke 11 J.

Aku ada berita sedih yang ingin dikongsikan bersama. Pada hari isnin lepas, 8hb Aug 2011 aku dipanggil oleh bos di awal pagi. Terkejut jugakla sebab bos tak pernah panggil aku sebelum ni. Kemudian, aku dikejutkan lagi dengan satu berita sedih,

“I will not send you to Lumut, you will stay here at HQ with us.”

Tadinya aku senyum manis, tibe2 senyum aku jadi pahit lak, huk2. Aku memang nak sangat stay dekat site. Memang aku teringin sangat dari dulu lagi. Aku suka kerja outdoor. Aku tak suka kerja dalam office, buat aku sakit mata tengok PC lame2, buat aku sakit pinggang duk kat kusi yang besar ni *tau la kaki aku kurang panjang, huk2. Aku tak kisah pun kalau berpanas, berjemur, kena kerja pada hari sabtu. Sebab aku tak de apa2 komitment sekarang ni, so aku nak kerja cari duit banyak2. Kalau kerja dekat site aku leh tambah income lebih sket, sebab rumah, kereta, elaun makan semua company support, memang syok la, hehe. Gaji leh simpan, hehe. Tapi apakan daya, aku terpaksa akur cakap bos aku.

Aku kebosanan, takde entertainment langsung kat office ni, internet pun bos block, dengar lagu pun kena marah. Aduhai.......bole mati kering aku di buatnya. Asik2 kena mengadap report je 24jam. Sapelah yang tak bosan kan. Tapi dalam sebulan tu ade la 2 or 3 kali kne turun site, buat checking and monitoring.

Sepanjang 3 minggu aku kerja kat sini, aku baru dapat tau yang company aku ni besar jugak, “construction grade A” tu...perghhh tak sangka aku *bangga jugak la, hehe. Tapi kedekut, bagi basic salary aku sket je, hehe. Sepanjang aku kerja kat sini aku dah pergi 2 site, satu dekat LCCT satu lagi dekat Medini, Johor. Banyak aku dapat blaja dari senior2 yang ada kat cni. Maklumlah aku yang paling mude ^_^ , hehe.

Senior2 kat sini cakap yang aku ni jujur sangat, huhu. Manelah pandai nak menipu orang lebih tua dari aku, huhu. Aduh......Memalukan diri sendiri je, huhu >.<

Minggu ni merupakan minggu yang mencabar bagi aku. Aku kena amik alih tugas mak aku, tugas akak aku. Penat >.<, huk2. Aku kena uruskan rumah, adik aku, kerja lagi. Alhamdulillah sepanjang aku take over, kami bangun bersahur, sempat berbuka. Nasib aku agak baik minggu ni sebab bos slalu takde kat ofis, so aku boleh la balek awal, aku tak sempat nak masak , so beli kat bazar jelah. Takut jugak sebenarnyer, takut makanan tak bersih, huhu. Aku akan pilih gerai dengan lebih berhati2, tuk elakkan aku dan adik aku keracunan makanan.


p/s:       aku mengidam masakan mak aku, huk2.....
dieorang ckap aku stylo, huhu...
dieorang gelak kat aku sebab aku jujur sangat, huhu..
aku dah tak lalu makanan kat bazar L.
aku rindu nk manje ngn nana
aku rindu nk kaco angah *wat gaye rambut mcm yen
aku rindu nk naik moto ngn yaya
aku rindu nk denga bunyi trumpet mummy pia ngn kak ct
aku rindu nk denga mama bela pot pet pot pet
aku rindu.....mich mich sooo muchy muchy........

Wednesday, August 10, 2011

ombak kehidupan

Pahit dan manis
Dugaan dan cabaran
Suka dan duka
Kesenangan dan kesusahan

muda jangan biar tua
malam jangan biar siang
manis jangan biar pahit
senyum jangan biar menangis

sepi menyusuli
semangat menghilangkan diri
ketabahan meruntuhi
keyakinan di tenggelami

air yang tenang
jangan disangka tiada buaya

emotion
expression
mentality
performance

lemah perjuangan
tanpa tulang belakang
jatuh ke pusat bumi
adakah mampu mendaki hingga ke kerak bumi??

graviti menarik
rebah ke bawah
tidak mampu untuk jari diangkat
kuatkah untuk kembali berdiri melawan graviti??


p/s: banyak sangat yang bermain di fikiran aku ni minggu ni....tak tahu macam mana nak luahkan...sakit jugak simpan sorang2, huhu...aku tidak keruan..fikiran berceramuk....kalau lah aku ada kuasa untuk berhentikan waktu..............tapi semuanya hanyalah angan2 kosong....

Tuesday, August 2, 2011

dugaan di bulan ramadhan

Salam :).


Banyak betul dugaan aku time bulan puasa ni. Huhu. Adik aku Muhd masuk hospital sebab accident, esok dia akan operate. Minggu depan lak mak aku akan masuk hospital. Huhu. Kerja aku pulak makin bertambah. Hari ni aku balek kerja lambat, sampai rumah jer dah azan, huk2 >.<. Aku kene siapkan satu report yang giler susah, tu pun dah bahagikan kerja kepada tiga orang. Banyak kali aku wat salah lak tu, adoiiiii tension aku, huhu. Yelah, aku tak biasa lagi, 1st time aku wat report hari ni. EMCP (Environmental Management Compliance Plan), dah la owner dia dari brazil, memang cerewet la, huhu. Bos aku suh siapkan hari ini jugak, baru cakap pagi tadi lak tu, adoiiii.....huhu aku kena biasekan diri work under pressure. Macam tak biase lak wat kat U dulu, hehe. Tapi ni lain, kalo salah format ke, salah information ke mau tak kena saman dengan client nanti, aduh aku lak tu yang kene tanggungjawab, huk3 >.<. Esok aku kena pergi Johor, ade checking ngan monitoring kat project kat sane, aku akan pergi selama 3 hari 2 malam *macam percutian lak, hehe. Aku akan balek hari jumaat nanti. 


p/s: thanks kepada hamba Allah yang sanggup menolong umi ku hari ni....
tibe2 rindu kat umah angkat lak, huhu....
huhu..beg x packing lagi...malasnyerrr...sape mau tolong????........

Kembar??

Salam :).

Orang kate kami kembar tiga. Same ker??hehehe...Skali pandang nampak same la kot, ntah la, hehe.




< Dari kiri Maneh, Kak Nuna, and Kembang >


Bila keluar bertiga jer sumer orang pandang, hehe. Menjadi tumpuan lak, hehe. Tok ngan Opah pun terkejut, hehehe :).


p/s: best ade kembar, kan kan kan, hehe :).

Sunday, July 31, 2011

Insan Biasa

Salam :).

Aku hanya insan biasa yang tak mempunyai apa2. Hidup dalam kesederhanaan. Bila kita fikir kita susah, ada orang lain lagi susah dari kita. Umur aku akan memcecah 23tahun pada hujung tahun ni. Tapi aku masih belum cukup matang lagi. Aku ni seorang yang nakal jugak la, hehe. Aku banyak buat benda jahat, huhu. *benda jahat tu xde la sampai membunuh , merompak tu, hehe. Aku ni seorang yang pemalas, dan juga hot temper. Aku ni memang malas, tapi kalo semangat tu datang, pergghh terlebey rajin la jadi nyer, haha. Aku cepat naik angin, huhu *teruk kn (-_-). Bila dah abis marah then baru aku sedar, yang aku tak patut marah dia, huhu. Kadang2 aku ni emo jugak, hehe. Padahal orang tu tak wat pape pun kat aku, aku ni jer yang terlebey perasan, hehe. Erm aku ada masalah, aku tak pandai nak bergaul dengan orang, huhu. Pendek katanyer aku ni tak peramah la. Tapi bila dah lame kenal jadi terlebih peramah lak, hehe. Tuk mulekan satu perkenalan tu memang payah, huhu. Aku tak pandai bergaul dengan orang yang lebih tua dari aku, huhu. Tu memang kelemahan aku dari kecik lagi. Huhu. Sebab tu aku susah nak rapat dengan cikgu, lecturer, mak sedar, bapak sedare. Huhuhu. Kadang2 tu aku ni jadi orang yang tak de perasaan langsung *empty. Orang kate kat aku pun aku blur, tak prasan pun. Hehehe. 


p/s: aku insan yang lemah cuba untuk memperbaiki diri sendiri..."aku bukan siapa-siapa",(azila, 2011)...aku ingin memohon maaf dekat semua orang yang pernah terasa or kecik ati dengan aku, yang mana aku pernah terkasar bahasa or over reacting, gurauan yang melampau ke..huhuhu.....kadang2 tu aku tak sedar pun, huhu...sorry guys.....


~Selamat menyambut bulan ramadhan :).~

Saturday, July 30, 2011

kerja

Salam :).

Hmm pejam celik, pejam celik dah 2 minggu aku keje. Fuhhh penat dia tak yah cakap la. Datang awal, balek lambat. Pada minggu yang pertama tu memang tak bole nak biasakan diri lagi la kan, balek keje tido je. Ish3..teruk betol aku ni kan, hehe. Padahal kat office kena membaca je. Yelah, letih bawak moto. Tiap2 hari aku akan bawak moto sejauh 60km. Fuhhhh!!! Sakit pinggang kot. Tapi nak wat cam mane kan, terpaksa jugak la aku berkorban, huhu.

Alam pekerjaan dengan pembelajaran memang jauh bezanya. Aku tak biase lagi, huhu. Engineer???Alhamdulillah....impian aku bergelar engineer memang tercapai. Aku bersyukur sangat2. Aku diletakkan di Quality Department. Dalam Quality Department tu terbahagi kepada tiga sub, iaitu Quality, Safety and Environment. Aku mestilah bahagian environment, hehe. Kat Department tu ade 3 org environment, 1 org safety and 5 org quality, sorang kerani, seorg ketua bahagian safety and BOS, hehe. Semuanya ade 12 orang termasuk aku, hehe. Nanti aku tak duduk kat HQ dah, aku based site. Suka2 sebab dekat dengan buah hati ulam jantung. Hehehe.

p/s: nana jgn cedey2, combi sentiase doakn nana. 
Aku merindui semua orang yang mengenali aku. Hope kite tak lost contact. Kalo dekat2 tu roger2 la yer. Life aku lepas ni mesti KERJA jer.....bersedialah wahai rurynee yusra....project dah dapat, aku akan mula sibuk.. tapi aku tetap tak lupe kat kawan2 aku...

Friday, July 22, 2011

Guitar Cover - Babak pertama -

http://www.youtube.com/watch?v=ojNckw7N3Uc&feature=related

Babak Pertama ost Juvana

intro= F  G  Em Am (4x)
F  G  Am  G
Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
F  G  Am  G
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
F  G  Am  G
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
F  G  Am
Cuba aku mengerti
(korus)
F  G
Teruja aku mengejar mu
Em  Am
Bermimpi memiliki mu
F  G  Em  Am
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
F  G
Biarkan ku terus berlari
Em  Am
Cuba merajai mimpi
F  G  Em  Am
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti
F  G  Em  Am
Oh…
F  G  Am  G
Takkan ku menemui lagi walau gelapnya hari
F  G  Am  G
Ku yakin akan temui semuanya di sini
F  G  Am  G
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
F  G  Am
Ku tak akan berhenti
(ulang korus)
Oh…
(ulang korus)
Oh…

p/s: for someone.....:).

Friday, July 15, 2011

Hujan itu Rahmat

Salam :).

Syukur Alhamdulillah. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah. Walaupun Engkau bagi aku dugaan dan cabaran, akhirnya aku berjaya juga. Aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku ni. Aku sangat HAPPY dan berSYUKUR. Minggu lepas dan minggu2 sebelumnya memang banyak dugaan dan cabaran yang aku tempuhi, sampaikan aku terfikir, malangnya nasib aku and aku pun dah takde semangat lagi, hampir "beri naik". Huhu.

Kak Nuna dan akak aku banyak bagi semangat kat aku. Kata2 semangat tu memang aku amek and simpan rapat2 dengan aku. Kawan2 aku yang banyak bagi nasihat dan doakan kejayaan aku. Thanks sumer. Moga Allah memberikan balasan yang baik kat korang sumer.

Aku dapat call lebih kurang pukul 5.14 ptg. Aku blur, macam tak percaya pun ade. Sebab aku tak yakin boleh dapat. Ramai lagi orang yang hebat2 dari aku. Alhamdulillah, tak sia2 usaha aku selama ni. Mak aku ada kat sebelah aku je masa jawab call tu, then aku terus message nana, akak aku and yaya. Aku rasa macam nak menjerit je. Haha. Gedik la pulak. Rasa nak peluk orang je. Hehe.
 Saperrrr nakk kene pelukkkkk??????? Hehehe..............




p/s: haha...xde kena mengena langsung dengan tajuk kan, hehe......xpelah janji aku HAPPY!!!! Hehe....

Thursday, July 14, 2011

tkd is my life :).

Salam :)

Aduh rindu sangat2 dengan taekwondo. Dari kecik main sampai besar, sape yang tak rindu. Besttttt sangat, dapat jumpa ramai kawan. Badan pun rasa ringan jer. Tibe2 rasa rindu pulak nak kena marah dengan coach, hehe. Walaupun pada masa tu, bengang giler dengan coach, hehe. Tapi lepas tu aku bersyukur sebab coach aku marah kat aku. Kalau dia tak marah aku tak akan dapat pergi jauh dalam sukan taekwondo ni. Aku rindu sangat nak sepak2 orang, nak main lari2, bagi semangat kat kawan2, dapat kawan2 baru. Sumer budak2 tkd yang aku kenal sumernyer BEST2!!!. Taekwondo leh buat aku lupa segala masalah. Bila la aku dapat training macam dulu lagi, huhu. Cepatnya masa berlalu. Arrghhhhhhh!!! aku nak sparringgggg......sapa mau sparing dengan aku??? hehe. Kaki pun dah lembek ni. Lemak pun tak pejal macam dulu. Perut pun dah tak de 6ixt pad cam dulu. Rase buncit jer, hehe. Aku nak jadi fit macam dulu balek. Rasa badan sihat jer. Walaupun aku benci jogging, tapi kalau jogging ramai2, tak rasa penat pun, rasa seronok jer :).


p/s: sape nak sparingggggg angkat tangan?????? Jom!!!!! Hehe......

Yaya!!

Salam :).

Yaya!! Miss u tooooo. Bila ang nak datang KL nih? Kalau datang roger2 aku yer, hehe. Nanti parent ang nak duk Shah Alam kn? Hehe. Dekat sket. Bila la nak dapat merasa naik PJF lagi ntah, hehe. Nanti ang duk sini bawak la PJF skali yer, hehe. Dah lama tak karok sama2 kan, hehe. Nanti kite leh ajak Kak Lin skali, dah lama tak jumpa dia, hehe.

Haha teringat yang kite pakai baju same, gelang same, hehe. Segan gak, malu pun ade tapi tak pe,  BESSTTT!! Sentiasa dalam ingatan :).





I Will Be

        G
there's nothing i could say to u
Em                         Bm
nothing i could ever do to make u see
         C
what you mean to me
G
all the pain the tears i cried
 Em
still u never said goodbye
    Bm              C
and now i know, how far you'd go


Refrain 1:
Em
  i know i let u down
C
  but its not like that now
Em                    C   D/F#
  this time ill never let you go


Chorus:
G          Em
  i will be all that u want
Bm                 C
  and get myself together
cause u keep me from falling apart
G            Em                Bm
  all my life ill be with u forever
to get u through the day
C
  and make everything ok


Verse 2:
    G
i'd thought that i had everything
  Em
i didnt know what life could bring
    Bm         C
but now i see, honestly
G
you're the one thing i got right
    Em
the only one i let inside
    Bm
now i can breathe
             C
cause you're here with me


Refrain 2:
Em
  and if i let u down
C
  i'll turn it all around
Em                    C   D/F#
  cause i would never let you go


Bridge:
      D
cause without you i can't sleep
Em
im not gonna ever ever let you leave
       D
you're all i got you're all i want,
Em        D
yeahh and without you i dont know what i'll do
Em
i could never ever live a day without you
C                              D
here with me do you see you're all i need


...

Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...