Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

Food of Rasulullah SAW

-Bismillah-

-11 Ramadhan-

Assalamualaikum :).

Pertama sekali i'olls ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Masih tak terlambat lagikan, hehe. Dalam bulan yang mulia ini, i'olls nak kongsi sikit pengetahuan yang ada supaya dapat saling ingat mengingati, hehe. Cewahhhhhh.....adee gaya uztazah tak, hehe. Tak langung kan, haha (Tangan kat bahu mata ke atas). U'olls tahu tak apa makanan kegemaran Nabi kita? Har meh nak share sikit. Mane tahu maybe u'olls boleh masukkan sekali masa tengah shopping barang rumah? hehe, so if you keep good food in your fridge, you will eat good food. Ada pepatah mengatakan "You are what you eat". Renung-renungkanlah :).

Barli - Barli amat baik dibuat sup ataupun air minuman ketika mengalami demam.

Kurma - Nabi berkata, rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak mempunyai makanan. Ia juga perlu dimakn pada masa bersalin.

Buah Tin - Ia merupakan buah-buahan dari syurga dan ubat untuk buasir.

Madu - Madu merupakan makanan untuk segala jenis makanan, minuman untuk segala minuman dan ubatan untuk segala ubatan. Ia boleh menyembuhkan cirit-birit apabila di bancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut serta membuang kahak. Ia juga elok untuk di minum ketika pagi dengan air suam. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak di cernakan dengan sempurna dan menolak ke usus besar. Menghapuskan sekatan dalam usus, menghilangkan senak dan sebu. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Anggur - Nabi menyukai buah anggur. Tambahan lagi, buah anggur menguatkan buah pinggang, membersihkan darah dan juga membersihkan dalaman perut.

Tembikai - Setiap jenis tembikai mempunyai khasiatnya. Untuk wanita hamil, Nabi berkata, "Wanita yang hamil tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakannya dan juga wajahnya".

Cendawan - Cendawan baik untuk perancang keluarga dan ia juga baik untuk mata. Nabi berkata, "Cendawan itu adalah penawar yang baik untuk mata, ia juga berfungsi sebagai satu bentuk kawalan kelahiran dan lumpuh tangkapan".

Minyak Zaitun - Rawatan yang sangat baik untuk kulit dan rambut, awet muda dan merawat radang perut.

Susu - Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan, menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata dan membuang dari masalah lupa.

Delima - Nabi berkata, "Ia membersihkan anda iblis dan aspirasi jahat selama 40 hari.

Semoga dengan ini we'olls boleh mengamalkan atau mengambil pemakanan yang sihat seperti makanan yang menjadi kegemaran Rasulullah S.A.W :).


Monday, March 18, 2013

Ubat Sakit Tekak

-bismillah-

Assalamualikum :).

Sejak kebelakangan ni cuaca agak panas, sampaikan mandi pagi pun air dalam baldi tak sejuk langsung, betapa panasnya cuaca ketika itu. Then, ramai orang yang sakit tekak, termasuklah seorang sahabat aku ni. So, aku adelah tanya uncle google ni sket mengenai ubat or petua tuk menghilangkan sakit tekak ni.

1) Air Garam

Caranya berkumur dengan air garam dua kali sehari. Kalau nak telan terus air garam tu pun boleh, hehehe kalau nak la, hehe. Bancuh air garam dengan air sejuk. Yer lah kalo air panas tak ker melecur mulut tu, hehe.

2) Kicap & Limau kasturi

Janganlah tunggang minum kicap tu pulak, hehe. Ambil satu sudu kicap lepas tu perahkan sedikit limau kasturi then baca selawat 3kali dan minum, hehe sodapp.

3) Air sejuk

Haippp, jangan minum air sejuk, just letakkan or sapukan di leher/ tekak pada waktu pagi, InsyaAllah u'olls akan rasa lega sket :).

4) Tomato

Minum jus tomato juga dapat menghilangkan sakit tekak :). Kalau boleh minum seminggu 3kali.

5) Air Asam Jawa

Har, yang ni mesti ramai dah tahukan, hehe. Kalau artis2 sakit tekak dieorang mesti minum air asam jawa untuk cepat baik :). Ambil air die sahaja yer :).

6) Limau & Madu

Perahkan limau/ Lemon then campurkan madu dalam air suam. Buatlah sesedap rasa yer, hehe :).

7) Ais Krim Vanilla

Har yang ni memang fevret lah, hehehe. Best, syok jer rase, hehehe. Tapi ingat perisa vanilla jer tau :).

8) Woods

Har yang ni pulak belambak kat kedai, hehe sape yang suke kemam gula2 tu leh beli woods ni. Ada doktor cakap Strepsils tu tak elok, baik beli woods, harga pun lagi murah, hehe :). Oppsssss...hehehe.



Selamat mencuba :)



p/s: kalau sesiapa ada ilmu nak share kat sini sangat di alu2kan :).

Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...