Friday, May 27, 2011

Happy Birthday to My Lovely Sister

Salam :).

26 May 2011 merupakan hari lahir kakak ku yang ke-24 tahun. Pagi seawal jam 7 pagi, akak ku dah keluar rumah, pergi membantu ayahku. lewat jam 11.30 malam baru akak ku pulang ke rumah. Lepas pergi tolong ayah, dia pergi ke rumah bakal mak mentua dia, tolong2 sket2 apa yang patut, sebab bakal kakak ipar nak kawin. So, aku lah yang kena buat semua kerja rumah hari ini....... Fuh letih bangat sehhh....

Lepas makan tengahari bersama umi dan syam, aku pun bersiap. Umi cakap nak pergi beli baju aku tuk pakai pergi kenduri hari ahad ni. Kenduri bakal besan umi la katakan, kena la pakai lawa sket,hehe. Aku tidak pernah beli baju kurung sebelum ni, yelah anak tukang jahit kan, semua baju mak yang jahit. Tapi kali ni sebab xsempat, umi lak sibuk sket. 4 baju aku try. Tak tahu nak pilih yang mane. Rambang mata. Aku pakai saiz 36. Aku berkenan dekat baju yang bersaiz 34 tu, tp tak brape nak muat lak, tak selesa aku pakai 34, sebab ngam2 je dengan badan aku. Pekerja kedai tu yang carikan baju tuk aku, aku just duk kat fitting room je tunggu baju yang seterusnya nak pakai,hehe. At last I've made up my mind. So baju dah pilih. Then beli tudung lak. Ok, done. Yeaayyyyy aku dapat free gelang, hehe. Suke2...

Then, lepas beli baju, kami pergi beli cake kat SR,hehe. Umi beli cake baru kat kakak. Soooooooo Delicious........yummmyyyyy.....ape ntah name kek tu, lupa lak,hehe....chocolate cheese berries (kalo tak salah la,hehe)... Dia macam White-dark choclate cheese tu tapi dia tambah berries kat top layer dia.


Har ni lah cake dia....hehehe




p/s: baru mam 1 suap td,hehe...lembut, ade rase cam aiskrim (maybe sbb br kuar peti ais kot), rase berlemak, chocolate, masam, manis, pahit......sumer rase ade...memang lengkappp la,hehe...try it :).

Wednesday, May 25, 2011

Luahan hati

Salam...

Aku kesedihan meratapi malam-malam yang sunyi
Terbayang-bayang wajahmu di kaca mataku
Mengganggu emosiku yang kian pulih
Aku sunyi tanpa kawan-kawan di sisi ku
Dengan bersama mereka
Aku dapat melupakan buat seketika
Itu sudah memadai...........

Tapi kini
Mereka jauh
Aku jauh
Tetapi....
Tetap kekal di hati
Ukuran jarak bukan penghalang

Aku sedih
Tapi aku belajar untuk menjadi kuat
Menahan air mataku dari mengalir keluar
Hatiku menangis
Tapi tidak dimataku

Aku lemah bila bersendirian
Aku kuat bila bersama
Aku menyanyangi mereka yang menyanyangi aku

Hipokritnya
Kejamnya
Membuat luka yang tiada penawarnya
Andai penawarnya adalah racunnya





p/s: aku lemah dalam meluahan luahan yang terbuku di hati...bila dapat diluahkan, perasaan akan menjadi lega dan hati akan menjadi tenang..orang melihatku gembira diluar tapi tidak di dalam..

Rumah Angkatku




p/s: jangan nangis2 yer,huhu.....
(padahal diri sendiri tengok banyak kali pun still nat t'keluar air mate ni,huhu)

Sakit Gigi

Salam :|.


Aarrrgghhhhhhh.. 
Kesakitan gigi yang terlampau. Sampaikan nak tidur pun tak boleh, huhu.....


Someone please help me!!!


Petang tadi dah pergi klinik gigi, tapi tak boleh sebab petang tu untuk pesakit yang sudah buat appointment dengan Dr. je, huhu..


So, kena pergi lagi sekali esok, tapi pergi dekat cawangan jer dia dekat Bandar Tun Razak..


p/s: Hope gigi ni cepat baik,huhu.....

Tuesday, May 24, 2011

kerinduan

Salam :).

Baru beberapa hari meninggalkan Perlis, sudah terasa kerinduan yang melampau..Kuala lumpur yang penuh sesak menyemakkan kepala aku. Alangkah indahnya negeri Perlis yang tenang tidak sesak dengan lalu lintas kereta serta lalu lalang orang di jalanan. Pemandangan hijau yang indah serta udara yang segar menenangkan aku. Di tahun yang terakhir di UniMAP, aku banyak meluangkan masa di rumah angkatku serta bersama dengan rakan2 taekwondo  ku. Aku jarang meluangkan masa bersama budak kelasku. Sorry korang,huhu. (lin, leong, dayah, kak sara n bee). Panggilan "Adik kecik" yang kerap kalinya disebut di bibir mummy pia berlegar2 di ruang otakku. Panggilan "Combi" oleh Nana ku kadang itu pernah tersasul di rumah, nasib baik kakakku tidak perasan, hehe..




p/s: rindu......

Sunday, May 22, 2011

Puisi untuk SAHABAT part 3

Sejuta rangkaian kata
Terwujud pelbagai memori
Untuk seorang sahabat
Yang setia mengisi hati dan hari

Yaya,
Pertalian ini
Merupakan memori terindah bagiku
Pengenalan ini
Memeriahkan hidupku

Engkau seorang yang tabah
Engkau seorang yang ringan tulang
Engkau seorang yang berhati mulia
Engkau seorang yang sabar
Tapi...
Engkau juga seorang yang degil

Segala dugaan ditanggungnya
Segala rintangan dihadapinya
Namun tabah mengharunginya
Dengan hati yang terbuka

Aku kagum melihatmu
Melihatmu menanggung
Menanggung segala pahit dan manis
Pahit dan manis ditanggung dengan tenang
Tenang diluaran, di hati???
Di hati hanya Tuhan yang maha mengetahui

Kebaikanmu tiada tandingan
Pertolonganmu tiada akhirnya
Dengan harapan
Persahabatan ini akan terikat selamanya

p/s: thanks yaya :).

Wednesday, May 18, 2011

Puisi untuk SAHABAT part 2

Sejuta rangkaian kata
Terwujud pelbagai memori
Untuk seorang sahabat
Yang setia mengisi hati dan hari

Angah...,
Pertalian ini
Tidak akan aku pernah lupa
Pertemuan kita
Adalah takdir Ilahi

Maafkan aku
Kerna suka mengusikmu
Maafkan aku
Kerna suka mengejutkanmu
Maafkan aku
Kerna pernah membohongimu

Pernah kita bersama-sama
Merentasi Perlis hingga ke Kuala Lumpur
Menaiki kereta panjang
Bertingkat dua
Apabila kaki di jejakkan
Senyuman mu hingga ke telinga

Pernah kita sama-sama gembira
Pernah kita sama-sama bersedih
Sharing itu menyatukan kita
Carring itu merapatkan kita


Hadirmu
Menyeri hari-hariku
Hadirmu
Membuat aku gembira
Hadirmu
Menjadi pembimbingku
Hadirmu
Melengkap hidupku.....


p/s: thanks angah for everything :).

Puisi untuk SAHABAT

Sejuta rangkaian kata
Terwujud pelbagai memori
Untuk seorang sahabat
Yang setia mengisi hati dan hari

Bro...,
Pertalian ini
Akan sentiasa dalam ingatanku
Mengenalmu
Anugerah Tuhan untukku

Pernah kita sama-sama susah
Terperangkap di dingin malam
Terjurus dalam lubang jalanan
Dari Perlis hingga ke Jitra
Berkuda menaiki n0vi0

Pernah kita sama-sama rasakan
Manis pahit kehidupan bersama
Menangis bersama
Ketawa bersama

Lenganmu
Menjadi bantal tidurku
Ketiakmu
Menjadi ubat tidurku

Sakitku
Di jaga
Makan minumku
Di suap
Manjaku
Di layan
Tidurku
Di dodoi

Dirimu milikku
Diriku milikmu
Persahabatan ini
Masih milik kita


p/s: Tq nana for being my friend.. luv ya.. :).

Tuesday, May 17, 2011

kenangan di Perlis

Salam :).

SELAMAT TINGGAL Perlis!!...
Tak lama lagi aku akan meninggalkan negeri Indera kayangan ini.. Sungguh sedih rasa hati ini.. Aku sedih nak meninggalkan Perlis, Unimap.. Sungguh banyak kenangan aku kat sini.. Kenangan manis dan pahit sepanjang 4 tahun aku belajar di sini.. Segala dugaan, erti kehidupan, erti seorang sahabat, erti sebuah keluarga, banyak yang aku pelajari di sini.. Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman aku di sini, sedikit sebanyak akan mengajar aku pada masa yang akan datang....

MAKANAN!!!
Makanan yang mungkin tidak akan aku lupakan ialah "lucing" atau name lain dia "cucuk-cucuk", yang mana aku tidak akan dapat makan kat tempat lain, lagi2 KL.. Yang keduanya, masakan mak angkat aku kat Kuala Perlis tu.. Insyaallah kalau berkesempatan sebelum aku balik KL aku akan datang jenguk yer.. Moi sup semarak memang the BEST la,hehe.. Kat sini baru aku kenal moi sup sebenarnya bubur nasi,hehehe.. Kat sini jugak (Perlis) ade roti canai 100 rasa.. WOWWW!! macam2 la, sampaikan rambang mata tak tahu nak makan ape,hehe.. Kalau aku pilih memang lame, paling lame la, last2 ikot kawan je,hehe.. Nasi kat "PLADANG" ataupun kiteorang panggil "BINTONG" jer, har.......kat sini memang murah, sedap lak tu, then banyak jenis.. Aku ni bab makan memang cerewet sket, cepat MUAK,hehe.. Pastu CAFE SAMUDERA yang terletak kat Dragon, har...tempat ni memang paling murah yang aku pernah jumpa la kat sini,hehe.. Sedap lak tu, kalo aku makan ikan kat sini, rasa dia macam mak aku masak kat umah, pergghhhhhh.........Har, tempat yang xpatut pergi makan adalah kat ANJUNG KELI...sebabnyer............rahsia,hehe...tapi kalo bole elakkan lah jangan makan kat situ...dah la MAHAL GILER... baek g makan kat tempat lain...

BARANG!!!
Har barang kat sini memang murah, tapi tengok tempat gak la, ada yang murah and ada yang mahal..kene pandai survey and tengok la...tapi KUALITI die, tak yah cakap lah yer, paham2 la, padan la dengan harga dia,hehe.....Tapi barang PAKAIAN kat sini memang mahal, baju ke seluar ke, pakaian dalam ke, tudung ke... Baik beli kat KL, lagi MURAH dan ELOK.. Har, barang yang aku suka sangat beli kat sini ialah GITAR and ape je yang berkenaan dengan gitar,hehe.. Memang murah, kat KL memang takde jual barang gitar yang murah macam ni.. Pastu, barang MOTOR...... Har, kedai kat simpang W.ulu ni memang murah, tapi kalo kene kat tempat lain mahal la, lagi2 kat kangar.. Ape je pasal motor aku akan pergi kat kedai satu ni je... Kat KL nanti aku tak tahu lah nak pergi kedai mane,huhu...

PADANG BESAR!!!
har, tempat yang ramai orang suka pergi shopping kalau datang ke Perlis ni,hehe.. Lagi2 golongan2 mak2 kita la,hehe.. Kalau dak laki yang pergi mesti ade kaitan dengan jersey dia tu,hehe.. Aku dah bosan pergi padang besar, lain la kalau memang nak cari barang.. Takdelah jauh sangat kalau dari kangar ni, lebih kurang dalam 40 minit macam tu la..

KAWAN-KAWAN!!!
Kat sinilah aku mula mengenal erti seorang kawan.. Macam2 ragam dan perangai ada,hehe.. Kadang2 tu bila teringat balik nak tergelak pun ada, sedih pun ada.. Aku sayang semua kawan2 aku.. Cuma yang bezanya banyak dengan sikit la,hehe.. Aku baik dengan orang tu, kalau orang tu baik dengan aku.. Aku akan tolong orang tu, kalau dia sanggup tolong aku bila aku perlukan..  AZILA, ILYA, ANGAH, LIN.. Terima kasih sebab sudi jadi kawan Rynee.. and banyak tolong Rynee.. dak2 kelas, dak2 Suksis, dak2 Taekwondo.. Macih sebab sudi kawan dengan dak kecik ni,hehe...

ILMU!!!
Kat sinilah aku banyak belajar, yelah tempat belajar aku pun kat sini and tujuan aku datang sini pun untuk belajar kan,hehe.. Banyak ilmu dan pengalaman yang aku dapat kat sini.. Macam2 ilmu aku belajar, bukan sahaja ilmu akademik.. Ilmu pasal motor, softskill, and macam2 la,hehe.... Macih kat orang sekeliling aku yang banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar kat aku..

selingan: nana cakap,"panjang entry combi kali ni", lame dia tunggu aku nak post,hehe... sat eh nana..

Har, kite sambung balik yer,hehe...ILMU----> selama empat tahun aku di sini, banyak aku belajar mengenai kehidupan.. cabaran dan dugaan yang aku hadapi.. macam mana nak handle or nak settle satu masalah tu.. Umur aku semakin meningkat, aku kena berfikiran dan bertindak matang untuk masa depan aku.. Time belajar memang stress, tapi time ni la paling seronok.. Bila dah mempunyai kejaya atau berkeluarga, kita tak akan rasa macam sekarang ni..

sampai sini jelah eh, dieorang dah tunggu aku nak g padang besar,hehe....tata...nanti sambung lagi yer...

p/s: ;(.

Monday, May 16, 2011

pantai johor or pantai johoq

Salam :).

Dah lama rasenye aku tidak menjejakkan kaki ke kampung aku di Pantai Johor.. Memandangkan Angah n K Anis balik Jitra, aku pun mengajak Nana menemani aku ke rumah atok aku.. Lepas asar, kami terus bersiap untuk pulang ke kampung aku.. Siang itu, parent Nana datang dari Ipoh untuk menagmbil barang2 yang ingin di bawa balek, nnt Nana balik sendiri naik bus.. Aku pun inform la kat Makcik aku.

Kiteorang sampai dalam pukul 6 lebih.. Sampai2 je, terus pergi masak tuk makan malam.. Aku dah la lame x masak, xreti sangat lak tu,huhu... Nasib baik Nana ade... Kami pun mule lah keje kami......Jam menunjukkan jam 8 mlm... Kami belum siap memasak lagi,huhu.. Tok Wan dah balik sembahyang dari masjid.. OOpsss..kami belum sembahyang lagi.. "CEPAT NANA, DAH KUL 8 DAH NI"... dengan pantas.......
DONE...fuh siap jugak akhirnya... Kami terus menuju ke toilet untuk mengambil wuduk.. Then, kami pun berjemaah..

Lepas sembahyang magrib kami terus turun bawah untuk hidang makan malam... Kami pun makan bersama Tok Wan... sengaja aku taruk banyak kat Tok Wan,hehe... Yela, kurus je aku tengok, cian kat Tok Wan.. Kiteorang simpan lauk sikit tuk Tam nak makan nnt... Kiteorang masak simple je, tapi sedap,hehe...Sardin, telur dadar, sayur n sambal mangga (fevret aku,hehe).. Lepas makan, tengok tv jap, pastu g naik sembahyang isyak, pastu borak2, tertido jugak,hehe...

Keesokkan hari pulak, kami subuh gajah, kul 7.15pg,hehe.. Landing2 jap atas tilam, pastu terus turun bawah tuk wat keje seterusnye.. Cian Nana kena tolong aku buat keje rumah,huhu... Macih Nana <3 .... Lepas buat keje rumah, kami pun Sarapan nasi lemak n air teh 0 panas... lepas duk relax2 penat buat keje rumah, akmi pun start la masak untuk tengahari.. aku bajet dapat siap awal, sebelum zohor, last2 makan lepas zohor jugak,huhu... tengahari tu, kami masak sambal udang+petai, sayur kangkung, sup bebola (Bola Ball,hehehe), sardin, n fevret aku sambal mangga.... Sungguh selera aku makan, siap tambah nasi lagi tu... Aku sorang je yang tambah, semua orang dah kenyang,hehe... Dah lame aku x rase masakan macam ni,hehe... Masak dengan penuh kasih sayang...CEDAPPPP SANGANTTT!!hehe...

Petang tu jugak kami balik ke Perlis, sebab esok aku nak pergi hantar hardcover thesis aku,huhu... Asalnyer nak hantar hari jumaat, tapi x berkesempatan,huhuhuhu....Nana pulak nak tunjuk slide die kat Puan Salmie.....



p/s: Macih BANYAKKKKK2 Nana...
      Moga Allah balas segala jasa baik Nana :).

tinggal bus???

Salam :).

Sape pernah kena tinggal bus???hehe.. Aku pernah,huhu... Tambah lagi satu pengalaman untuk diri aku.. Nasib baik aku jenis yang cool je, haha (prasan giler, padahal nak nangis dah tu,hehe).. Aku tertinggal bus semasa nak balik ke Perlis.. Bus aku jam 9 pg, tapi aku bangun lambat hari tu... Kul 8 PAGI!!!... huh, I'm dead!!... Tak tido punye pasal semalam,huhu.. Sebelum kul 8.30pg aku dah siap, Umi aku lak kate sakit perut...xpe,aku relax lg.. Tibe2 JAM la pulak, aduh, aku dah gelisah dah, tapi act cool jer,huhu... Sampai ke LRT Bandar Tasik Selatan jam 8.45 pg.. Train lak sampai kul 8.50pg.. Sampai kat Stesen Plaza Rakyat, aku terus berlari menuju ke Puduraya.. Alamak, FIRST TIME datang Puduraya yang berwajah baru ni.. Aku dah x ketahuan, hilang arah tuju.. Dulu kaunter bus Transnasional kat sini, tapi sekarang dah xde.. Aku ternampak kaunter pertanyaan, aku terus menuju ke situ..

me: "BANG, BUS TRANSNASIONAL NAK NAIK KAT MANE??"
abg kaunter: "ADIK NAIK ATAS TINGKAT 1"
me: "(naik bus kat tingkat 1 ke??bukan kat bawah ker?)--->aku cakap dalam hati je

Then, aku pun naik la tangge yang mane aku nampak.. Oppppsss!! ni tangge nak g toilet n parking.. Aku turun balik.. Aku jalan kedepan lagi, then ade escalator, aku terus naek... Aku bace signboard, die tulis..."TEMPAT MENUNGGU"....aduh, ni bukan tempat yang aku nak pergi... Aku pergi tanye kat kaunter pertanyaan lagi sekali..

me: "BANG, BUS TRANSNASIONAL NAK NAIK KAT MANE??"
abg kaunter: "DIK PERGI KAT PLATFORM 9 OR 10"

Aku pun berlari, biarlah orang nak cakap ape pun aku x kesah, janji aku xtertinggal bus.. Aku turun je, bus dah xde, tapi ramai orang duk kat bawah tu tunggu bus.. Aku nak tanye, tapi tengok cine ni cam foreigner je.. Aku nampak ade mamat melayu, tapi jauh dengan tempat aku berdiri.. Aku pun xlarat.. Penat berlari, beg galas aku pulak berat, then, perut aku lapar giler.. Aku x mampu dah nak g mamat laki tu, aku pun duduk la kat tangge sambil tunggu bus nak datang.. Aku melihat jam di tangan 9.15pg.. Hmmm..... sama ada aku yang lambat or bus yang lambat...

Tup-tup, bus datang.. IPOH.. Aduh, Ipoh ke, ingat ke Perlis.. Aku pun tanye la orang yang pakai bj Trans.. Mula2...........
me: Pakcik bus ke Kangar?
pakcik trans: Dah lepas dik.
me: HAH!!

Aduh macam mane ni.. Aku specchless..Blur sekejap.. Aku rase cam nak nangis je, sebab ramai orang kan, aku act cool je,huhu.. then aku tanye pak cik yang sama lagi sekali...

me: (kali ni aku panggil abg lak,haha) BANG, ermmm, saya ni cam mane eh??
pakcik trans: kamu patut tanye kamu kenape lambat. (aduh jatuh sejibik kat aku)
me: saya sesat tadi BANG, xjumpe cari (huhu)
pakcik trans: kamu naik bus ni, pergi ke jalan duta, ade kaunter kat situ, kamu beli tiket baru.
me: masih banyak2 BANG (sambil memberikan sedekah-senyuman-)

Aku pun terus naik bus, tanpa kata ape2.. Bus yang aku tumpang sampai ke Jalan Duta ni nak ke Ipoh.. Setelah sampai kat Jalan Duta, aku pun terus menuju ke kaunter.

me: (xpanggil pakcik dah,haha) BANG, tiket ke Perlis ade kul brape? (jam kat tangan aku kul 9.45pg)
pakcik tiket: kul 1.30 dik.

aduh, lame giler aku nak duk kat sini...

me: Ermm, tiket ke Alor Setar ade kul brape?
pakcik tiket: Kul 10.30 pg.
me: Ermmm, ade kosong lagi x?
pakcik tiket: Jap, saya check.

Pastu bebrapa saat kemudian pakcik tu pung angguk, aku xterkata happy giler.. Melayang duit aku RM40, huhu... Aku pun tunggu bus tu datang.. Time aku tunggu bus tu datang lambat lak.. Time aku lambat bus tu datang awal pulak,huhu.. Aku pun message nana berita gembira ni... Alhamdulillah, aku bersyukur.. Bila aku dah menjejakkan kaki ke dalam bus, baru aku bagitahu Umi aku.. Aku xnak die risau, bile bende dah settle baru aku bagitahu mak aku..

Aku sampai di AS jam 4.30 ptg, aku terus berlari tuk naek bus ke kangar.. Nasib baik ade.. Syukur, Alhamdulillah.. aku sampai ke kangar lebih kurang jam 5.45 ptg.. Bestnyer ade orang jemput kat stesen bus, hehe... Thanks Nana, sudi tunggu combi 1 jam, sudi jemput combi, teman combi makan... Sayang Nana ;).

p/s: pengajarannyer janganlah lambat lagi yer yusra,huhu....

Wednesday, May 11, 2011

surga cinta- lempoyang's band


Intro: Am   Em   Am   Em   Dm   Em   F   G

Am   Em   Am       Em
Terdiam… hanya bisa diam

Dm     Em     Dm   F                    G
Dingin menyerang di sekujur tubuhku

           Am     Em   Am            Em
Layangkan mata,    menembus cahaya

Dm   Em  Dm  F                         G
Putih kilaunya, meneduhkan lamunan

Am     G     F    C   Dm    E   F    
Masih jelas terlihat, pesona ayumu

Am     G     F    C 
Masih jelas terasa

Dm     E       F                    A
Getar damai jiwamu… ah… ah…

        F  G        Em        Am                F          G      C  
Reff: Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan

                F    G        Em      Am         F            G    F 
      Atau hanya mimpi yang tiada pernah berakhir jua


Interlude: Am   Dm   Em   F   G

Am   Em     Am       Em
Perlahan… bawa semua tanya

Dm   Em   Dm  F                       G
Satu bersama, langkah di taman ini

Am     G        F       C  Dm   Em     F
Terangkai bunga tanda cinta murni adanya

        Am  G        F  C  Dm      Em     F                    A 
Tapi kekasih pun tiada muncul hapus rinduku… ah… ah…


Back To: Reff

F      G   Em          Am         F           G     C
Dimana aku sedang berada, mengapa sendiri

          F        G            Em  Am           F                 G
Lari telanjang tanpa seorangpun yang akan mau peduli


Int: Dm  G  (2X)  E  Am  F  G  Dm  G  Dm  G  E  Am  F  G  A 


Back To: Reff

F           G      Em           Am                    F       G      C 
Terbanglah cinta, sampaikanlah sayangku hanya bagi dia

                   F    G      Em   Am            F            G    F
Tak ingin rasa sepi merata…pi, malang tanpa dirinya
p/s: "jom goreng", said nana :).


andai lelaki tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

p/s: aku perempuan yang lemah n tidak sempurna, tapi aku ikhlas, setia n jujur....



balek ke KL

Salam :).

Cerita hari semalam bersamaan 10hb May 2011..aku akan menjejakkan kaki melangkah keluar dari negeri perlis indera kayangan ini bersama2 semua barang2 aku yang aku x pernah bawak balik ke rumah sebelum ini.. sehari sebelum aku balik..nana la orang pertama yang sedih sangat, aku pun sedey nak tinggalkan nana,huhu..ayah aku bagitahu lambat...tengahari ari isnin baru die msg.."ayah datang ambik rynee esok dengan kawan ayah"..terbeliak mate aku baca msg tuh..aku pun tunjuk kat nana..bile nana bace muke nana sedih je,huhu...satu barang pun aku x kemas lg, ayah aku ni suke buat berita mengejut..ptg tu lepas aku pergi hanta hardcover binding kt mutalib, aku terus kemas barang aku, maklumlah ade 2 rumah so penat la sket nak mengemasnyer,hehe.. barang aku kat umah bro x la byk sangat, then aku terus kemas barang kat umah aku lak..dengan penat + lapar (dari pg x makan sebab k anis ckp nk bwk nasi, tengok2 kul 6 ptg br sampai, perut aku pun da msk angin,huk2) + haus giler(xde air kat umah aku ni)...then xlame pastu, nana msg aku.."cukup x pmbalut tu?",hehe aku lom balut lg time tu, aku ckp je cukup..aku x nak susahkan die,huhu...then die msg lg,"banyak lagi x brg nak kemas, nak nana tolong"..aku ckp..sket je lg,tinggal nak balut je..padahal byk lg,huhu..hehe last2 aku ckp.."erm...bole jugak,hehe"..then nana pun dtg la tolong aku balut kotak then tolong angkat letak kt bilik dobi, esk senang nak angkat...aku terharu sangat....cayang nana lebihhhhhhhhhhhhh la,hehe...PHUANG3!!!hehe...

Pagi keesokan harinya, nana kejut aku..."combi...combi...bangun la"...sebab semalam kan letih mengemas, memang liat la mate aku ni nak bukak, demi nana aku bukak kan jugak mate aku ni..nana ajak aku g library, nak g anta buku yang die pinjam sebulan yang lepas,hehe...helmet xde..so kteorg g bli helmet dlu kat kedai simpang wang ulu tu...PPEEEEWWWIIITTTTT helmet baru, ciwi la tuh..hehehe...pasni bole la kte kuar 2 eh, xyah pinjam helmet org lg,hehe...

Pas g library, kteorg pun g mam dlu kat Restoren Pak Ffin kat kangar...pas makan terus balek w'ulu..sbb jap g nak g pos kotak ngan ilya...sumernyer ade 4 kotak...besar2 lak tu, nasib baek muat kete ilya,hehe....macih yaya..cyg u bangat la........aku duk kat blkg,hinpit ngn 2 kotak,hehe...empat2 kotak tu seberat 21kg..fuh berat gak eh...kotak yang paling besar tp berat die 3 kg je,hehe...21kg = RM52....hmmmm, mengikut perkiraan aku....MAHAL,huhu...nationwide lg murah,huhu....xpelah, dah pos dah pun,huhu...

Pas balek pos kotak tuh..xlame pastuh ayah aku pun call..."ayah dah sampai"...terkejut beruk aku (tp x jadi beruk lg la,hehe)..aku melihat jam di tangan menunjukkan jam 2.30 pm..awal giler ayah sampai..aku bajet dalam kul 4 cam tu la..sebab ayah cakap tengahari ayah kat kuala kangsar..then, dengan bantuan nana, kami pun angkat barang turun bawah...fuh peluh mencurah2...

Dah habis angakt barang aku pun call ilya..sebelum balek aku peluk cium ngn nana n yaya...aku sayang dieorang...apabila tangan melambai..hati sebak untuk meninggalkan mereka, kawan2, unimap, perlis...hanya Allah yang mengetahui...

Jam di tangan menunjukkan jam 3.30pm..dalam perjalanan pulang ke rumah, aku rasa kekok lak dengan ayah aku, yelah jarang jumpe kan..banyak kali berhenti, 1st benti kat arau, beli harum manis..2nd benti kat gurun, aku sorang je yang makan, lapa giler, tapi x sedap, aku makan pun x habis,huhu....3rd benti kat sg. perak, ayah aku n kawan die makan nasi lemak, aku makan cucuk2 je..sampai je kat KL, g anta kawan ayah aku, umah die kat bukit antarabangsa..ayah aku tunjuk la kawasan yang runtuh hari tu kat bukit antarabangsa yang terkena 14 buah rumah banglo..

Aku sampai dirumah tepat jam 10.15 pm...umi xbalek kerja lagi, syam tido...aku kejut dia suh tolong aku angkat barang.. fuh letihnyer....xlarat aku nak kemas sumer skali, aku kemas sket je...akak aku balek nnt mesti die mengamuk tengok barang aku byk,huhu...aku dah x taw nak letak mane, nnt aku letak dalam stor la,huhu....pas habis mengemas, aku pun mandi, then masuk tido....nite kawan2 :). ..ZzZzZzzZZzzz.....

p/s: macih nana n yaya :).


Saturday, May 7, 2011

happy birthday Angah Lempoyang

salam :).

happy birthday to angah lempoyang...dah tua angah hari ni,hehe...di sepanjang perkenalan rynee ngan angah....angah seorang yang sopan santun,hehe (bangge la tuh)...ciwi bile naik bus (especially double-decker)...xlayan jiwang2,hehe...brutal je...sedang mencari teman hidup (azam angah tahun ni)... suke giler kat domo-kun die tuh,hehe (macih bg domo-kun hijau kat rynee)...minat kat 'abang' rynee (yang same rambut tu)... minat bermain gitar (sekarang angah ade 2 gitar)... suke cakap perkataan "har, pah tu?", "har, dah tu?", "ntah", hehehe....walaupun kat luar angah seorang yang pendiam, tp bile dah bercakap tu, x berhenti,hehe (suke dengar angah bercerita, bersungguh2,hehe)...xsuke makan sayur...takut kucing or seangkatan dengannyer (bende yang berbulu)....xtakut ular or seangkatan dengannyer (bende yang bersisik)...cepat berlinangan air mata (touchin', hehe)...suke tudung kaler hitam...pakai bedak jenama "Za"... pandai buat lasangne n cupcake (cedap sangat)... ade towel hlle kitty,haha... pandai buat kraftangan, pandai jahit... xpandai mintak tawar menawar... tido statik je... suke beli komik... seorang yang pemurah, baik, carring...



me & angah lempoyang

thanks kat angah sebab sudi layan karenah rynee...
sorry sangat kalo ade wat angah sakit or terasa hati...
sorry kalo rynee ade buli angah time training...
sorry sebab rynee selalu kaco angah, xkire time ape pun, rynee usik angah, usik rambut...
sorry sebab x dapat bawak angah jalan2 mase kat KL ari tu, nnt datang la lg yer ;). ...
thanks kat family angah sebab bagi rynee makan sedap2...
thanks sebab angah selalu bagi barang kat rynee...
thanks angah sebab belanja rynee makan...
sorry angah, rynee himpit angah mase tido (ingat ke bro,hehe)...
sorry sebab paksa angah masuk karaoke...
macih sebab kasi rynee belai kacak...
sorry angah....sebab rynee nakal memang SIKIT,hehehe.....

p/s: ape wish angah tuk besday kali ni?hehe~
       angah, jangan nangis taw,hehe~

:(.

salam

hmm...x sangka aku...memang aku sungguh x menyangka...erm xpelah...aku kene terima seadanya...walaupun hati aku pedih, sakit...aku kene terima hakikat itu...aku sedih...aku tahu aku tidak sempurna..tiada siapa pun di dunia ini yang sempurna..ada kebaikan and ade keburukan dia...kalo kite sayang kat seseorang itu, kite kne belajar menerima segala keburukan yang dia ada..pendek kate, kite kena terima dia seadanya...aku akur dengan ketentuanmu Ya Allah...tabahkan hatiku, jika dia bukan untukku, jauhilah aku dari hidupnya..berilah kekuatan padaku untuk menerima semua ini dengan hati yang tenang..

p/s: ....

Friday, May 6, 2011

hardcover :).

salam :).

yeayyyy....dah boleh buat hardcover..alhamdulillah, cume nak tinggal edit skit lg...insyaallah esok petang nak pergi dekat abd mutalib buat hardcover.. hmm dengar citer dapat RM27 kalo kurang dari 100 page..okeyhla tuh, xdela mahal sangat,hehe...thanks kat dekan di sepanjang setahun menjadi supervisor aku, kak hani n emy :).

me, dean, emy, kak hani


yeayyy lagiii....esok nana n angah dah last paper...leh enjoiiiiiiii...x sabar rasenyer nak tunggu hari esok....aku n mummy pia mmg x sabar nak tunggu budak2 umah ni habis exam...

terima kasih kat mak ngah sebab bagi beg sulam kecik warna merah kat aku...comel sangat...cantik sangat...siap ade loceng lagi,hehe...akan ku simpan leklok kenangan dari mak ngah ni...thanks mak ngah :).

hmm..hari ni aku dapat taw satu berita sedih..aku dapat message dari adik aku, syam... dia msg,"umi sakit teruk sekarang"...terkedu aku seketika...xterkata...speechless..pastu aku terus call rumah..tapi xde orang jawab, then, aku terus call handphone mak aku...adik aku yang jawab, pastu dia pass ke mak aku...sayu je aku dengar suara mak aku, nak cakap pun x larat...kalo bole, hari ni gak aku nak balek tengok mak aku, tapi aku x siap lagi hardcover,huhu...cian syam, dah 2 hari x pergi sekolah sebab kene jage mak aku, dah la minggu depan dia nak exam,huhu...akak lak tengah exam....muhd lom start exam lg, die kate exam die start 22hb may...die kate nak balek minggu ni, bagus la...pas die jage aku lak balek nanti...

p/s: to dekan, jangan lupe bagi saya "A" yer,hehehe
      to nana n angah lempoyang gud luck tuk last paper esok...
      to umi tersayang, yusra doakan umi cepat sembuh....aminn....


Thursday, May 5, 2011

cerita hari ini

salam warga lempoyang :).


happy becoming birthday angah lempoyang,hehe...dah tua angah yer,hehe..pasni nak panggil kak ngah ke mak ngah eh?konfius,hehe...takut giler angah, takut kiteorang buat macam2 kat dia,hehe...tunggu yer angah,hehe...wait n see....hehehehe...


hari ni kesihatan tubuh badan aku x brape nak baik..sakit perut memanjang...nak buat tu xkena, nak buat ni x kena...dah x taw nak wat ape dah..thanks kepada nana lempoyang sebab sudi jaga combi bile combi sakit..bagi combi makan ubat..buatkan air panas, sapukan ubat kat perut combi, tolong urut...macih yang tidak terhingga combi ucapkan...pasni kalo combi sakit, xde orang nak jage combi cam nana jage,huhu...sedey lak rase...kat sini sakit dan makan minum aku terjaga...umi jangan risau yer, sem ni yusra makan banyak,hehe...


siang tadi aku nak pergi jumpa supervisor aku, dekan kan, asik2 ade meeting sane sini, penat je pergi merempit ke dragon..bile message, dia suh jumpa esok kul 230 ptg...aku n k hani nak tanye pasal correction yang kiteorg buat tu, n nak bincang skit pasal examiner comment....


sorry nana sebab ambil masa nana tuk dengar luahan hati combi, n combi kembalikan ingatkan masa silam nana.....tibe2 hujan lak turun,hehe..macih sebab menjadi pendengar yang setia..combi akan ingat kenangan kite sampai bile2 :). 




p/s: i will be MISSing u guys :).

Wednesday, May 4, 2011

sedetik kembali

salam :).

dah lame rasenye x coret disini..yela tenet kat hostel xleh nak post or comment kat blog, dah kene block,huhu..ish3, apela tu pun nak block.. aku dah habis exam tapi still duduk lagi kat indera kayangan ni, yela thesis x siap lagi,hehe.. lagipun rasa cam payah nak tinggallkan kawan2 kat sini.. i will be miss u guys soooo much... banyak kenangan manis ku disini.. kalo nak cite kat sini, sampai minggu depan pun x habis2 lagi,hehe..


mood aku sekarang ni ialah "sedih"....sedih nak tinggalkan unimap..sedih nak tinggalkan bro, ilya, lin, angah, housemate, rumah angkat, mummy pia, kak anis, kak ct, mak ngah santan, geng2 taekwondo, student2 envi, dak suksis, dak mpp..n dia.....layan citer sedih lak, mane air mate x meleleh kuar...berjaya gak aku cover,hehe....

hmm risau la, xtaw pasni nak buat ape,huhu...nak keje, tapi keje xcari lagi...anta resume banyak dah, tapi xde satu pun yang panggil...ni yang risau ni,huhu...dapat 1 email dari STEP INOVATION, tapi xtaw nak terima ke x......hmm sekarang ni tengah berfikir...ingat nak buat part time, sebab xabis study lagi..bulan jun ade kursus untuk autocad...dia nak jawapan 45hari lepas kursus pengesahan jawatan tu..huhu







to sum1,

xde niat langsung untuk nak me'remove'kan.. xpernah suruh pun sape2 tuk remove.. aduh peritnye rase.. dah lame x rase cam ni.. dulu mase mule2 da penah rase dah, tibe2 perasaan tu datang kembali.. xtentu arah aku dibuatnya.. sejak 'patah', hati aku keras dan susah nak menerima kehadiaran orang lain.. dia memang telah menjadi duri di dalam hatiku...... dia juga boleh menjadi penawar kepada duri itu....huhu........susah aku nak lupakan dia dari hidup aku..banyak kenangan manis dan pahit bersama selama 4 tahun di sini... terima kasih banyak2 sebab sudi nyatakan 15 perkara tentang sy...thanks awak..

sedetik hatiku kembali,
sedetik jiwaku kembali,
sedetik perasaanku kembali,
sedetik hidupku kembali,
kembali kepada zaman kebahagiaan aku dan dia.....
sedetik lebih....


p/s: to nana lempoyang study leklok yer tuk last paper ni...pastu kte same2 leh enjoi,hehe...
      to angah lempoyang, jgn duk maen game n fb je...stdy2,hehe
      to yaya, gud luck yer tuk final paper :).


Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...