Salam :).
Fuh! Pejam celik, pejam celik dah hari ke-6. Tiga hari lagi sebelum hari penamat iaitu hari exam. Apa ntah yang kiteorang belajar ni, laju sangat, dah tu tak de rest. Straight je kelas, sabtu, ahad pun ade kelas,huhu. Letih kepala otak ni. Hari ini last belajar teori, maybe lepas ni buat latihan je. Sebab ada tiga hari lagi. Kepala aku mula pening2, badan mula rasa panas dalam, mata dah mula rasa pedih2. Adakah aku akan demam. Ohhh tidaaakkkk. Dah la tak study apa2 pun lagi. Exam lak nak dekat dah. Aduhhhhh!!! Sakit otak aku memikirkannya.
Pada sesi pagi tadi kami belajar mengenai table, osnap(penambahan sikit), dan parametric. Lepas itu, kami ada rest 15 minit. Sekarang dah menunjukkan pukul 10.31am. perut aku dah terasa lapar. Padahal aku dah breakfast pagi tadi dengan nana kat rumah. Macam biasa kami minum susu, corn flack dan pisang. Memang sihat dan mengenyangkan. Yelah time belajar ni kena jaga pemakanan sikit, supaya mudah masuk dan mudah ingat.
Computer aku tak dapat internet connection, so aku menaiplah untuk menghilangkan rasa bosan aku yang teramat sangat.
Semalam kitaorang tengok midnight show kat dalam bilik. Tengok maharajalawak minggu ke 10. Aku mengantuk giler, tapi sebab dah berapa hari dah nak tengok tapi tak dapat tengok lagi, so semalam aku gagahkan juga untuk tengok. Yang lawak pun aku rasa macam tak lawak je. Kalau yang betul2 lawak tu memang aku gelak la. Tapi citer itu still tidak dapat menghilangkan rasa mengantuk aku. Habis jer sepah buat persembahan mata aku terus tertutup. Cian dekat nana, dia yang tutup laptop, simpan laptop letak bawah katil, buka kan spek mata aku. Sorry nana, combi tak stay tengok sampai habis.
OMG!!!!! Mata aku sekarang ni berat sangat, nak jer aku tidur atas meja ni, tapi aku segan,huhu. Aku tengok bee dah lentuk pale dia atas meja. Aku bosan la, nana tak satu kelas dengan aku, meja aku lak jauh dengan orang lain, computer aku lak tak ada internet connection, depan belakang aku budak laki duduk, sebelah aku jauh.....
Lepas rest 15 minit sesi pagi, kami terus buat latihan menjawab soalan professional. Tiba2 blur and tak ingat macam mana nak buat. Mencabar minda jugak soalan dia, trick pun ada jugak. Kalau tak ikut step yang dia bagi memang tak dapatlah jawapan dia.
Lunch hari ini aku tak makan nasi sebab hari ahad kedai makan sumer tutup,huhu. Pastu dah la hujan dekat sini. Kami makan roti dengan air kotak jer. Aku sakit kepal, huhu. Tengok computer pun sakit. Aduh!!!
Sekarang jam di computer aku dah menunjukkan pukul 2.34pm, tapi ramai yang belum masuk kelas lagi. Maybe dieorang keluar lambat kot tadi.
En Nurilhadi minta sapa2 yang ada pendrive, dia nak pinjam kejap. Rafiq offer dia punya dulu. Perghhh pendrive dia banyak giler virus, En tu takut, so dia mintak dekat orang lain pulak, kebetulan aku bawa, aku pun bagi jelah dekat dia.
Balik dari kelas jer aku mula rasa tak sedap perut, badan dan kepala. Mula2 aku tak tahu apa punca aku sakit kepala, then, Nana urut aku....Perggghhhhh.....angin rupanya selama ini menyakiti aku. Banyak giler angin aku malam tu. Sejak bila ntah badan aku ni berangin, sebelum ni tak de pun,hehe...
Lepas Nana urut aku , aku rasa dah ok sikit...pastu kiteorang pergi makan dekat moi sup, sebab dua2 tak sihat kan,hehe. Favourite kami moi sup dekat semarak tu,hehe, then, Nana oder roti chesse. Order satu je, kami share,hehe...
p/s: angah suka makan roti cheese,hehe....