Salam 1 Malaysia :).
Tanggal 17 september 2011 merupakan salah satu tarikh yang akan tercatat dalam diary hidup aku. Hari yang bersejarah ini memang hari yang di nanti2 kan sejak kecil lagi. Melihat gambar ayah, memakai jubah, menerima skrol, aku sangat teringin. Gambar tu masih lagi aku simpan kemas di dalam kotak gambar aku.
Hati aku sangat berdebar2, nebes sangat. Sampai tido pun tak lena, huk2. Nasib baik ade peneman di sisi. Thanks Nana. Dari alor Setar ke perlis mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Jam di tangan dah menunjukkan pukul 7.00 pg, tapi aku masih di AS. Hati dan fikiran ku dah tak keruan. Lebih kurang jam 7.15pg kami bertolak ke perlis.
Aku senyap. Tak banyak cakap. Risau. Debar2. Takut. Excited. Happy. Sedih. Semuanya bercampur aduk. Aku tak tahu cam mane nak menggambarkan perasaan aku.
Aku tak pasti aku sampai jam berapa. Tapi semua orang dah beratur. Nasib baik Nana ade teman, pakaikan jubahku. Aku terharu sangat2. Thanks Nana. Pagi tu matahari panas terik. Peluhku jatuh mencurah2. Beratur memasuki dewan 2020. Aku berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Aku terkilan sebab tak dapat bergambar dengan kawan2 ku, huhu :(((. Tapi aku happy sebab Nana, Angah & k. Anis datang. Macih semua :)). Sedih sebab aku konvo lain hari dengan dieorang.
Yaya, aku mintak maaf, tak dapat tangkap gamba dengan hang. So sorry my dear friend.
Keesokan harinya, 18 sept 2011, Nana, Angah, Kak Anis and Mummy Pia pulak akan mengambil ijazah mereka. Aku sempat datang kejap je. Aku sempat bergambar dengan Nana and Mummy pia sebelum pulang ke AS. Angah and kak anis aku tak jumpe, huhu.
CONGRATULATION!!!!! :)))). Alhamdulillah aku bersyukur kerana telah di Ijazahkan dengan Bachelor of Engineering (Hons) Environmental Engineering oleh Canselor UniMAP. Lepas ni aku tak pasti samada aku akan pakai lagi jubah atau tak. Masa depan, kite hanya merancang, Allah yang menentukan.
Aku sedih meninggalkan alam pembelajaran yang sangat memberikan segala kenangan manis dan pahit di sepanjang 23 tahun. Betul ape yang orang tua2 kata. Zaman yang paling best ialah mase belajar. Wahai junior2 ku sekalian, hargailah zaman belajar korang sebaik mungkin.
Panjang pulak aku berceloteh kat sini. Dah lama sebenarnya nak menconteng di blog ni, tapi ntah la, mood tu tak sampai lagi. Tulis pun ntah pape ntah, hehe.
Ade orang request suh aku update blog....tadaaaaa....dah update, hehe. Pasal boleh update ni sebab kerja dah siap tuk minggu ni...yeaaazzzaaaa....hari ni boleh bersenang lenang sket, sebab keje siap awal, bos lak takde, hehe. Aku pun curi2 update blog bukan curi tulang yer, keje aku dah siap, hehe, harap2 takde sape yang perasan, hehe.
Alamak, dah lari tajuk la. Banyak betol aku merepek ni, hehe. Papepun aku sayang kawan2 aku (takde kene mengene pun, tapi lantak la, aku nak cakap gak, hehe)
p/s: tahniah kepada sesiapa yang bergraduasi pada tahun ini :).
gambar akan di upload kemudian, sebab nk edit2 sket, hehe :).