Assalamualaikum :).
Dah lama rasenya tak coret kt blog ni, hehe bukan tak nak, tapi takde mase laa. Kesibukan kerja aku bertambah, lagi2 apabila hujung minggu yang penuh dengan aktiviti. Aku gembira sangat bila hujung minggu aku ade orang yang sentiasa menemani, hehe. Setia die menunggu aku, dari pagi sampai ke petang. Aku bersyukur dapat sahabat sepertinya. Walaupun letih tapi aku happy sangat. Bulan ni, aku tak pernah dapat rest di hujung minggu atau di kala hari cuti, jadual aku memang sangat pack this month. Pada minggu pertama, aku ade tournament futsal, mggu ke-2 aku aku attend kenduri kak anis kat Jitra, minggu ke-3 lak aku ade tournament badminton, syukur alhamdulillah, memang rezeki aku tahun ni, aku menang Johan dalam fusal, dan naib johan dalam badminton, aku juga telah di nobatkan sebagai "the best player" dan "the best scorer". Syukur. Terima kasih kepada seorang sahabat yang tidak pernah jemu untuk memberi semangat, kata2 peransang kat aku.
Aku da dapat hadiah birthday, yeayyyy, hehe. Thanks Kak Nuna :). Aku terharu sangat, macih banyak2 tau, jasamu di kenang selama-lamanya :). Dah la dapat hadiah, pastu siap belanje makan ayam golek kt Mr. Rodgers lak tu. Memang kenyang giler la, kiteorang pilih meal yang berbeza, pas2 makan semua, bak kata "sharing is caring", hehe.
Sebenarnyer banyak sangat yang aku nak ceritakan kat sini, tapi masa dah mencemburui aku, esok aku kene menjalankan tugas aku sebagai seorang environmental engineer. Esok aku akan ditugaskan untuk pergi ke site di LCCT, sebagai auditor untuk document checking bahagian ISO 14001:2004.
Thanks Nana :). for everything.
p/s: Saya sayang mereka