Thursday, April 26, 2012

Kosong

Assalamualaikum...

Aku memang takde mood nak kerja minggu ni. Aku pun tak tau kenapa. Nak kate takde kerja, kerja ada, tapi due date die lambat lagi, hehe. Mood aku minggu ni asik nak balik awal jer. Tepat kul 5.30 aku nak cabut balik dah, hehe. Biarla bos nak kate ape. Erm maybe sebab aku dah letih rasanya. Aduh, cepat betol aku rase letih kan , kerja pun tak sampai setahun lg, hehe......

Aku letih dengan jammmmm sebenarnya. Sampai jammmmm pale otak aku, hehe.......

Jiwa ku kosong, kosong, kosong...cam lagu najwa latiff lak, hehehe...(checkout my new cover kosong by najwa latiff)---->poyo jer lebey, haha. Lalok sebentar......

Semalam aku pergi melawat atok ah (mak kepada bapa aku), semalam atok dah boleh balik rumah, hari ahad lepas dia kena tahan masuk wad, sebab bleeding. Aku tak sempat nak pergi melawat kat hospital, so aku melawat la kat rumah mak ai (adik kepada bapa aku). Rumah dia langkah 5 rumah jer dari rumah aku, so balik kerja jer aku ajak kakak dengan syam teman skali. Aku salam, cium tangan dengan pipi atok, rindu lak rasenyer lama tak jumpe atok, makin kurus aku tengok. Yela kalau time raya aku balik kedah (belah mak aku). Kami pun berborak2 dengan cousin, duk dekat tapi jarang jumpe, hehe. Aku ade sorang cousin tengah pregnant, 4 bulan dah, aku dapat pegang perut dia...weeeeee....bestnyer....aku pun tak tahu nape aku suke pegang perut orang pregnant, hehe..


Aku tak sabar nak jumpe sahabat aku sorang ni, hehe counting days. Rinduuuu....hehehe


Aduh, banyak la pulak kerja aku hari ni, senior2 aku semua takde....Aduh, terasa beban lak.....


okeyhhhh, selamat menjalankan tugas kawan2, ada tugas yang aku target tuk siapkan hari ni :).

Wednesday, April 25, 2012

KERJA

As Salam...

Hari ni salah seorang kawan aku 1st day nak masuk kerja. 1st job pulak tu. Dia dapat kerja kat Klang. Alhamdulillah, tak sia2 menunggu lama. Rezeki dia dah sampai :). Tapi kan aku lak yang rasa berdebar, hehe. Nak wat kerja pun asik duk terfikir..cam ner la dia kat sana, ok ke tak, ada pekerja pompuan tak, banyak habuk tak, dapat kawan tak, colleague ok tak...aku lak yang risau lebih, hehe...apalah aku ni, she's fine. Yes, of course she's fine :). she's doing great there :).

Aku ingin mencatat tarikh hari ni dalam diari hidup aku..25hb April 2012 :)))).

p/s: Good Luck..chaiyok2!!:).

Monday, April 23, 2012

Sister

Assalamualaikum..

Hai, good morning. Hari ni aku puasa, hehe puasa ganti dengan sunat sekali. Aku tak lalu sangat nak makan dekat canteen ofis ni sebabnya cina yang masak. Uwekkk, tak sedap langsung, tawar jer, bawang putih banyak lak tu. Aku sanggup berlapar dari makan masakan uncle kat canteen tu. Lebih baik aku puasa, dapat pahala, hehe.

Okeyh, the story is.....
Kebanyakkan kawan2 aku, kalau 1st car yang anak2 nak beli mesti parent akan tolong kan. Bukan setakat kereta, apa sahaja la. Tapi aku bukan seperti mereka2 yang lain yang mempunyai bapa yang menolong. Aku mempunyai kakak yang banyak menolong aku. Aku bersyukur kerana mempunyai kakak seperti dia. Kalau aku susah, aku akan cari kakak, kalau aku kering, kakak akan hulurkan duit sket dekat aku. Walaupun aku tau time tu aku dah kerja dan kakak aku belum kerja. Aku tak mintak, tapi dia yang bagi, huhu. Dia akan sentiasa tolong kalau adik2 dia dalam kesusahan. Thanks kak.

Kakak aku sangat rajin orangnya. Aku selalu kena marah dengan dia, sebab aku ni malas, hehe. Walaupun aku ni takdela rajin sangat tapi aku tak buat sepah, tak susahkan orang. Kakak aku juga seorang yang tabah orangnyer. Segala kata2, cacian yang dilemparkan dia tetap berdiri, tapi aku tahu dia menangis di dalam.

Aku selalu buat dia risau, buat dia marah, buat dia membebel kat aku. Kak maafkan yusra..Yusra nak bagitau yusra sayang kat kau..... Tapi tak terkeluar dari mulut aku.......Sebenarnya aku segan nak bagitau.....Nanti yusra hadiahkan satu dulang hantaran perkahwinan kat kau nanti yer...cakap jer kau nak ape :)...jam branded?camera nikon?ipad?percutian?.....kasih sayang?semestinya,hehehe.....yusra akan kumpul duit dari sekarang :).

Rugene Tasneem Roslan, you are the best sister that i never had in the world :).

Friday, April 13, 2012

Mimpi..

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia :).

Hari ini aku nak berkongsi, bercerita mengenai mimpi aku semalam. Aduh, sedih sangat rasanya. First time dalam sejarah selama 23tahun 3bulan 21hari, aku bermimpi ada orang pergi meninggalkan aku. Maksud aku pergi meninggalkan dunia ni, mereka tinggalkan aku sorang2. Hukhukhuk. Sedih yang amat hanya Tuhan yang tahu. Aku menangis dalam mimpi sampaikan aku terjaga pun air mata aku still keluar mengalir lagi. Aku tak sanggup kehilangan mereka. Ya Allah Ya Tuhanku panjangkanlah umur mereka, aminnn. Aku sedih sampaikan aku takut untuk tidur balik. Bila aku terjaga dari tidur aku terus contact sahabat aku, aku bersyukur sangat kerana mereka masih lagi ada dengan aku. Ahlamdulillah.

Aku bermimpi kami bertiga jatuh dari lif, tapi hanya aku seorang jer yang selamat. Memang meraung habis la masa tu. Aku takde sape2 dah. Takde orang nak teman aku pergi mana2 pun. Takde orang nak layan aku. Aku memang totally alone and lost. Aku bawa diri ke tempat yang aku sendiri pun tak tahu. Aku sesat dan tak tahu jalan pulang. Tiba2 muncul seorang lelaki bersama anak perempuan kecil, datang kearahku dan kami berborak, then die tunjukkan jalan pulang kepadaku......dalam perjalanan pulang tu, tiba2 aku tersedar.....sebab kakak aku bukak pintu bilik, dia balik dari hantar adik aku ke tuisyen. Nasib baik kakak aku tak perasan yang aku menangis dalam tido sebab rambut aku menutup muka.

Sebelum scene yang kiteorang jatuh lif tu, aku bermimpi aku drive kereta, tapi bukan kereta yang aku impikan...angah, kak anis dengan mummy pia pun muncul dalam mimpi aku....









p/s: Maybe ada hikmah disebalik mimpi tu....
      Aku sayang mereka <3
      Aku rindu mereka <3

Monday, April 9, 2012

SIRIM audit

Assalamualaikum :).

9/3/2012
Bila la nak berakhir bulan March ni, sangat memenatkan betul la. Huhu. Schedule aku bulan ni sangat pack. Asik kena keluar ke site jer. Tapi seronok jugak sebab tak payah tengok muka bos aku yang muncung tu, haha. Tapi at the same time, letih la. Serious aku letih. Orang site pun bukannya suka sangat kiteorang (HQ) ni datang site dieorang. Yelah sape yang suke bila di audit. Kalau aku pun tak suka. Aku paham perasaan dieorang.

9/4/2012
Dah lama sebenarnya aku nak update blog ni, tapi aku safekan dekat draft jer, pastu lupa nak post, hehe. Dah sebulan rupanya aku simpan draf ni, hehe. Aku memang busy dengan sirim audit. Umpana kalau tengah study, macam final exam la. Preparation dia memang kena buat dengan teliti. Last minute baru perasan pun ada, sampai nak naik demam aku di buatnya. Tapi aku tahankan saja, aku berdoa mohon agar permudahkan segala urusan aku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Part Environment (part aku) pun tak kena apa2 NCR dari sirim. So company aku bole continue kiteorang punya cert. ISO 14001:2004, syukur, alhamdulillah.

NCR tu bermaksud Non-Conformity Report. NonConformity tu adalah perkara2 yang kita tak comply dengan sirim punya legal ataupun apa2 requirement. Bila kita tak comply, certificated ISO kena hold sampai kita buat improvement and betulkan kesalahan dalam tempah masa sebulan kita boleh continue cert. ISO dengan sirim. (harap korang paham ape yang aku cuba nak sampaikan, hehe).

oklah, sampai sini dulu yer..sekarang jam dah menunjukkan pukul 1pm..LUNCH TIME!!!!! hehe..Jom :).

Sunday, April 8, 2012

suatu perjalanan..sebuah kehidupan..

salam sejahtera...

uhuk3...terbatuk2 dah banyak sangat habuk nih..nana tolong bersihkan sikit sawang dengan entri baru eh cik combi lempoyang..hehe...terpanggil nak menulis entri untuk blog yang aku kira agak bersawang ni..maklum lah owner busy dengan tanggungjawab yang digalas..satu bulan or lebih prepare untuk sirim audit..lepas sirim audit demam dengan cibibi nye lagi..tapi masih gigih dan sempat luangkan masa dengan team teakwondo unimap kat perlis..terlepas jugak rindu yang selama ni dok tersekat dengan taekwondo..lepas jugak rindu nak jejak ke indera kayangan..tempat yang penuh memori..thanks mummy pia yang sediakan tempat tido malam tu..secara tak langsung aku dan combi dapat berkenalan dengan yaya yang manje tu..ahhh..rindu...borak sakan malam tu..kalau boleh tak nak tido..nak borak sampai pagi..tapi, esok pagi2 dah kena bertolak balik sebab ade kenduri kahwin dekat ipoh..thanks angah sebab ko datang dari jitra tengok tournament..siyes aku rindu ko..walaupun kitaorang tak sempat nak gerak pergi umah ko malam tu attend kenduri ko tapi ko sanggup datang perlis..thanks angah..

sekian saja untuk kali ni..next time nak request owner tulis lak..rindula nak baca celoteh owner kecik.. :)


............di setiap perjalanan sebuah kehidupan ku, disetiap pelosok penjuru hidupku, hanya untuk mencari redha Ilahi..


Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...