Friday, July 27, 2012

Setahun sudah

-Bismillah-

Assalamualaikum. Syukur Allhamdulillah. Aku bersyukur kepadaMu. Hari ni merupakan hari ke 7 kita berpuasa. Pada 18th July yang lepas dah genap setahun aku bekerja di sini (WCT Berhad). Alhamdulillah. Alhamdulillah. Pejam celik rasa sekejap jer dah sampai setahun. Aku rasa macam baru jer masuk kerja kat sini. Cepat sungguh masa berlalu.

Ni la logo company aku. Gamba jalan jer, hehe. Dulu die buat jalan jer, sekarang dah upgrade la, dah buat bagunan, jalan, kerja tanah, airport, mall........


So far aku kerja kat sini boleh la, cuma penat nak travel jauh, huhu. Walaupun aku ni seorang yang aktif dulu, best player futsal (bos aku yang cakap), tak semestinya aku tak kan jatuh sakit. Memang aku tahan lasak, tapi aku tak boleh tahan dengan cuaca. Cuaca tak menentu dan tak mengira kawasan. Aku MC pun bos nak bising. Bukannya selalu MC pun. Kalau dia turun site, esok tu terus MC, tak pun half day. Kalau dia MC takpe, yelah dia bos kan.

Hehe. Membebel lak aku pasal bos aku. Yelah, sepanjang kerja kat sini, aku suka environment, kawan2 kat sini, tapi aku tak suka cara bos aku treat staff dia. Aku layankan ajer bos aku tu. Sebab dia bos kan. Kalau nak bercerita pasal dia memang sampai esok pun tak abis, hehe. Tiap2 hari mesti ada jer perkara annoying yang dia buat....haishhh  (-_-)

Hehe....har ni lah budak department aku, yang perempuan cina sorang tu lah bos aku. FYI, akulah yang paling muda, hehe. Ni gambar masa majlis sambutan hari jadi Keon dengan Kak Eza.

Di kesempatan ini jugak aku nak ucapkan tahniah kat sahabat aku, Nana a.k.a Azila, sudah tiga bulan bekerja di MSI pasa 25th July 2012. :).

Ni gambar Nana dengan geng MSI :).


Tak lupa jugak kepada Angah a.k.a Azrin yang akan cukup setahun berkerja di Tyansu Energy Sdn Bhd pada bulan September nanti :).

Ni pulak gambar angah kat office dia :).



p/s: Selamat bekerja kawan2. Rynee sentiasa doakan yang terbaik untuk semua :). Semoga kita berjaya bersama :). InsyaAllah :).

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan

Assamualaikum....

Syukur Alhamdulillah aku dapat sambut ramadhan di Kedah (kampung belah mak aku). Malam jumaat bersamaan 20/7/2012 kami bertolak balik ke kedah, aku gilir2 dengan kakak aku. Kami bawak Bimblebee balik kedah sebab dapat jimat minyak sket. Memang jimat sangat, dari KL isi penuh, skali isi jer direct terus sampai kedah, tinggal 2 bar jer, jimat kan :). hehe.

Mula2 aku bawak dulu, memang mengantuk giler lah, sebab aku baru balik dari Johor (keje outstation). Memang letih sangat. Tapi kecian jugak kalau kakak aku drive sorang2. Belum sampai tapah lagi, aku rase macam lame sangat, apasal lah jauh sangat tapah ni. Mata aku memang tak tahan sangat2 dah ni. Aku hampir tertelap beberapa kali, aku selawat banyak, jauhilah aku dari apa2 bencana, aku risau sebab aku bawa family aku.

Alhamdulillah aku berjaya sampai kat Tapah, then aku  kejut kakak aku, aku suh dia bawak pulak. Aku cakap kat die kat R&R sungai perak bagi aku bawak pulak. Aku pun dah terlelap, aku pun tak sedar bila aku terlelap. Tiba2 akak aku kejut bangun sahur, terkejut aku. Aku tengok jam dah pukul 5 pagi. Aku kat Gurun rupanya. Hmm laju jugak akak aku pecut, nasib tak banyak kereta sangat.

Lepas sahur + sembahyang subuh, kami terus bergerak ke rumah atok...

Har, aku ade pengalaman yang menarik hehe (gelak dulu sebelum cerita, hehe)...

Aku tak pernah lalu drive-thru kat area kawasan utara ni, aku keluar dengan mak and adik aku pergi beli barang nak berbuka nanti. Then, mak aku suruh singgah KFC nak beli untuk PakSu aku. Aku yang drive. Pastu lalu kat drive-thru KFC yang kat stadium tu. Aku pun orderla snake plate, then die tanye, "pedas dak?". Aku diam selama 3 saat. Lidah kelu, rasa nak gelak pun ada, hehe. Biasanya dieorang akan tanya, "original ke spicy?", hehe. Secara automatic aku pun jawab, "har har, spicy". Lepas tu die tanye lagi, "Ayak?"........Har???Ayak??ape tu?(cakap dalam hati jer). Ooowwhhhhhh air ke, hehe lupe lak aku, nampak sangat dah lama tak jejak kaki kat belah utara ni, hehe...........yang paling lawaknya, mase nak bayar tu dia cakap,"sepuluh ringgit tiga puluh sen".....hahahahahaha dia tau yang aku bukan orang cni, at last baru cakap luar, hehehe....




Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan....
Salam Ramadhan kepada semua umat Islam :).
Semoga ramadhan kali ni lebih bermakna :).

Thursday, July 12, 2012

Andai Ku Bercint♥ Lagi..

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati


tgk lirik nana faham ape yg cmbi rase...

Wednesday, July 11, 2012

Happy Birthday Nana Lempoyang

As Salam,

Happy Birthday Nana!!! Selamat hari tua yang ke 25 tahun, hehe. Name sebenar dia ialah Azila Bt Mohamad Yusoff a.k.a Nana Lempoyang. Opppp.....tak lupa jugak kembar Nana, iaitu Maneh a.k.a Amiza Bt Mohamad Yusoff, Happy Birthday Maneh!!! :).

Semua orang tahu yang dia ni seorang yang cool jer, hehe....tapi takde sape yang tahu isi hatinya....
Dia seorang yang mudah tersentuh dan bersimpati terhadap orang lain....
Dia seorang yang baik hati......manje jgak tau, hehe (*tapi ngn combi jer tau, haha)....Opppsssss.....hehe

Dulu masa time belajar, die seorang yang kuat makan, ape makanan yang dia makan mesti habis, licin lah. Tapi sejak dia dah bekerja, dia dah kurang makan, badan pun dah susut sket. Terasa risau di hati ni. "Nana kena makan banyak cam dulu taw"....

Dalam fikiran ni banyak nak cakap, tapi xdapat nk di luahkan semua.......sebenarnya aku tak berapa pandai dalam berkata2, menulis pun tak panadai, hahaha...

Aku suka edit gambar, hehehe...ni lah hasil dari kerja mengedit gambar........




Dear Nana,

Thanks sebab sudi jadi sahabat combi
sorry kalau ade buat nana kecik hati ngn combi
thanks sebab sudi layan karenah combi
maafkan combi kalo ade silap & salah sepanjang perkenalan kita (*ceh cam ucapan raye lak, hehe)
thanks sebab banyak tolong combi
sentiase ade dgn combi di kala susah & senang :).


p/s: miss u so bad...
u will always in my heart...
u r the best friend.....



Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...