Wednesday, February 13, 2013

REZEKI

Salam sejahtera...

Kembali bersua muka..tumpang mencoret dkt sini wahai Cik combi..empunya blog..😊

Mesti kebanyakan dari kite yang dah dapat bonos dan increment..sempena thn baru ni..alhamdulillah..rezeki dari Ar Razak..tapi, sesungguhnye dalam rezeki yang kite dapat tu, ade rezeki orang lain..

Friday, February 1, 2013

Pangkor Island

-bismillah-

Assalamualaikum :).

Hari ini nak cerita pasal back dated punyer cerita, hehe. Masa bulan Jun 2012 aku sekeluarga pergi bercuti. Cuti2 malaysia la katakan, hehe. Kakak aku punya plan sebenarya. kami semua follow jer, hehe. Dia yang carikan hotel. Aku pun tolong survey jugakla. Tapi memandangkan aku sangat busy time tu, so aku just follow jer ape yang akak aku pilih, aku tak dapat tolong dia, huhu.

Jeng jeng jeng, tempat percutian dah di pilih, hotel pun dah booked. YESSSS!! Memang excited giler lah, yerla family aku jarang pergi bercuti. Tempat yang mendapat undian tertinggi adalah Pulau Pangkor, yeaaazaaaa, hehe. Ni 1st time pergi Pangkor, hehe. Antara kami berlima, mak aku dengan adik aku, Syam lah yang PALING EXCITED, haha. Mak aku memang sengeh sampai ketelinga la, hehe.

Memandangkan aku selalu outstation di Lumut, so aku memang familiar dengan jalan nak ke Lumut tu. Aku ikot jalan Kuala Selangor, aku tak ikot Plus Highway. First, aku boleh jimat tol. Second, aku leh bawa family aku kat beberapa hentian yang menarik semasa dalam perjalanan ke sana :). hehe.

Perjalanan ke Lumut ambil masa lebih kurang dalam 3 jam setengah melalui jalan Kuala Selangor tu. Perjalanan dia agak lambat sedikit, sebab lalu jalan kampung, pastu ada traficlight lagi, lori kelapa sawit lagi, so makan masa sket. Tapi banyak tempat2 yang menarik yang kita bole singgah :). Alang2 bercuti kan, sakan la jawabnyer, hehe.

Kami bertolak awal pagi, selepas subuh, sebab nak kejar naik ferry kul 10 pagi. Kami sampai dalam pukul 10 lebih so kena naik ferry pukul 11 punya. Perjalanan ferry ambil masa dalam 45 minit tuk sampai ke destinasi. Sampai jer kat jeti, kami pun cari teksi tuk pergi ke resort. Kami menginap kat Puteri Bayu Beach Resort.



Sampai jer kat Puteri Bayu Beach Resort tu, semua orang agak keletihan Muhd dengan kakak dah landing atas katil, Umi dengan Syam lak keluar berjalan2 kat tepi pantai. Aku???? aku follow kakak aku landing, haha. Landing kejap la, hehe.

Amboi berjalan sakan depa eh, haha. Orang lain letih, depa ni yang PALING EXCITED mane tau erti letih, hehehe.







Lepas kami solat jamak qasar zuhur dan asar, kami pun keluar pergi cari makanan ape yang boleh di isi dalam perut ni, dah berbunyi lagu linkin park dah (rockerzzz ye yeahh, haha). Kami jalan kaki jer keluar cari kedai makan. Tak jauh sangat dari tempat penginapan kami, lebih kurang dalam 200m or 300m meter jugak la, kalo pecut 2 minit dah sampai, haha.

santai jer berjalan, yerlah kan tengah bercuti tak kan nak rushing2 lak kan, hehe



Berjalan selama beberapa minit so sampailah kami di tempat makan. Nyum nyum. Lapaq sungguh perut ni. Nama kedai makan tu ialah Seri Ilham Tomyam. Order dia agak lambat sikit walaupun tak ramai orang. Makanan pun boleh tahan jer, tak berapa sedap sangat, tapi memandangkan semua orang tengah lapar, cepat jer habis, hehe.

Sila abaikan muke kakak aku yer, haha




So, selepas semua orang dah isi perut bagi penuh, mesti la kene exercise sket, hehe. Kami pun berjalan2 kat tepi pantai, sambil tu singgah kedai runcit beli bekalan malam nanti, hehe. 

Kedengaran bunyi ombak, angin sepoi2 memang amat menenangkan. Sungguh indah sekali ciptaanNya. Melihat permandangan yang indah, sedikit sebanyak dapat melupakan segala masalah yang ada dalam kepala otak aku. Bercuti adalah untuk merehatkan minda dari masalah dunia. Bercuti juga masa bersama orang tersayang :). Alhamdulillah Allah benarkan kami pergi bercuti :).

Sampai jer kat villa kami (cey villa, hehe), aku duk fikir, nak buat ape yer petang2 ni, hehe. Apa lagi aku pun menyuarakan pendapat aku. Jom beriadah!! Yeay....Resort tu ada menyediakan kawasan tuk bermain, tak jauh sangat dari pantai, so kena main dengan berhati2 supaya bola tak masuk dalam air, hehe. Tapi apekan daya, adelah jugak beberapa kali masuk dalam air, hehe. Mula2 kami main volley ball, habis sakit tangan, then kami main bola jaring, haha lawak jer, last skali kami main bola baling, hehe. Letih jugak sebab dah lame tak beriadah, hehe. Tapi di sebabkan seronok sangat, sampai nak dekat magrib kami main, haha.

Gambar kiri : Inilah Villa kami, hehe. Ada 2 bilik dan 2 bilik air, balcony, tv, peti ais. kettle, air cond.
Gambar kanan : Gedik2 kat balcony, hehe.


Sebelum magrib kami masuk cuci segala bagai untuk mengadap Allah swt lak :). Lepas magrib kami bersiap untuk aktiviti di malam hari lak, hehe. Nak tau kami buat ape tak?hehe. Kami satu family memang giler karok, haha. Dekat resort tu lak ada menyediakan tempat karaoke. Ape lagi....jeng jeng jeng...hehe. Dapat gak la melepaskan gian dah lame tak karok, haha.

Hahaha..nilah family aku :). Meh aku nak kenalkan watak dalam entry aku, hehe dari kiri Muhd, Syam, Umi, Kakak.


Then lepas letih munyumbangkan suara, haha kami pun balik villa untuk berehat untuk bertenaga keesokkan hari :).

Keesokkan harinya kami bangun awal excited punyer pasal. Lepas subuh terus bersiap berpakaian untuk pergi snorkling. Kami breakfast dulu, isi perut sebelum buat apa2 aktiviti. Breakfast penting tau. Menunut pakar pemakanan Hospital Pakar KPJ Seremban, Imam Abdul Halim, sarapan pagi adalah satu cara untuk memberikan bentuk badan yang ideal seperti yang diidamkan :). Yeaazzaa kalau u'olls nak dapat bentuk badan macam model kenalah rajin sarapan pagi yer, hehe.

Breakfast :).



Selesai breakfast, kami pun pergi tunggu bot kami kat tepi pantai :). Bot bawak round2 kat atas air, melihat keindahan alam semulajadi :). Lepas round2 atas air, last skali pit stop kami pergi snorkling. Yang sedehnyer air pasang waktu tu, and musim cuti sekolah, so ramai giler orang, dah la aku ni rabun, haha, memang susah nak nampak ikan. kalo selam dalam or jauh sket nampak la.

Ini bot kami yang punyer, hehe.

Snorkling :).

Selepas selesai ber'snorkling' kami pun balik ke pantai balik, mandi2 tepi pantai lak, hehe. Ape yang bestnyer kat tepi pantai tu ade bende alah ni, huahuahua......



Ingat kami nak bergambar jer ke? Jangan harap, cair weh tengok bende alah ni, rase hati ni membuak2 nak naik, haha. Nama bende alah ni ialah Mable. Lepas main bende alah ni, kami main banana lak, ngeee. Tapi bende ni memang giler syokkkkk siutttt...sampai melambung2 aku yang ringan ni, haha.

                   


Alang2 baju dah basah, ape lagi terjun dalam kolam kat resort kami lah pulak, hehehe. Bilas dalam kolam la tu, bhahahahaha...

Setelah penat berenang kami pun balik berehat. Lepas berenang mesti perut lapar kan, malam tu kami sewa kereta pergi makan dekat Teluk Nipah :). Bapak la ramai giler orang dekat Teluk Nipah tu. Susah betol nak cari meja kosong. Kami terpaksa tunggu orang habis makan, huhu. At last dapat jugak tempat duduk. Lama giler nak tunggu makanan sampai. Yang bengangnyer makanan orang yang sampai lambat dari kami dapat dulu. Mula2 dapat bersabar lagi, lama kelamaan aihhh makin lemak lak die, mane makanan nih, dah la lapar giler kentang. (tengok kentang pun dah keluar, almaklumlah fevret aku kentang, hehehe). Ape lagi panggil la budak yang ambil order tu, "Dik, makanan kiteorg bila nak sampai ni? Meja tu (sambil menunding jari kepada orang yang smapai lambat tapi dapat makanan dulu) pun dah nak habis makan dah". Then tak lama pas tu makanan kiteorg pun sampai. Makan dengan rakusnyer (tapi bace bismillah yer, hehe), semua orang lapar teruk nampaknyer. Lepas makan terus cau balik, bila dah kenyang mengantuk la, hehehe.

Keesokkan harinya merupakan hari terakhir kami kat sini,sob sob sob. Lepas subuh, kami terus bersiap2 packing barang nak balik, actually kami checkout pukul 12, tapi kami ade planning lain, hehe so checkout awal. Lepas breakfast kami checkout.

Planning kami untuk bersiar2 satu Pulau Pangkor, haha. Dengan menggunakan kereta sewa yang ada kami pun pusing2 kat tempat menarik yang ada kat Pulau Pangkor ni.











Kami beli sourvenir kat diri sendiri setiap seorang sehelai t-shirt I love Pangkor, hehe. Sebelum balik ape lagi bergambar sakan lah kami, huahuahuahua


Bye bye Villa ku..sob sob :(.


Sila ignore gambaq di bawah, hahahaha.......lawak jer, gelak guling2 bila aku tengok, hahaha.










Bye bye Pulau Pangkor, percutian dengan family yang paling best sepanjang tahun 2012 :). Tahun 2013 kite nak pergi mane lak yer, hehe...jeng jeng jeng...almaklumlah anak2 Umi semua dah besar2, boleh la kita pergi bercuti tempat yang best2 sket :).

Perjalanan balik ferry dari pulau pangkor ke lumut :).







p/s: sebenarnyer lame dah aku nak post entry ni, aku taip sikit sikit, sebab kekangan masa. Sekarang ni baru ada peluang nak post, hehe. Banyak lagi sebenarnyer aku nak share kat sini, banyak betul rintangan yang harus di tempuhi, ceeeyyyyy, hehe.

selamat membaca :).





Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...