Monday, May 16, 2011

tinggal bus???

Salam :).

Sape pernah kena tinggal bus???hehe.. Aku pernah,huhu... Tambah lagi satu pengalaman untuk diri aku.. Nasib baik aku jenis yang cool je, haha (prasan giler, padahal nak nangis dah tu,hehe).. Aku tertinggal bus semasa nak balik ke Perlis.. Bus aku jam 9 pg, tapi aku bangun lambat hari tu... Kul 8 PAGI!!!... huh, I'm dead!!... Tak tido punye pasal semalam,huhu.. Sebelum kul 8.30pg aku dah siap, Umi aku lak kate sakit perut...xpe,aku relax lg.. Tibe2 JAM la pulak, aduh, aku dah gelisah dah, tapi act cool jer,huhu... Sampai ke LRT Bandar Tasik Selatan jam 8.45 pg.. Train lak sampai kul 8.50pg.. Sampai kat Stesen Plaza Rakyat, aku terus berlari menuju ke Puduraya.. Alamak, FIRST TIME datang Puduraya yang berwajah baru ni.. Aku dah x ketahuan, hilang arah tuju.. Dulu kaunter bus Transnasional kat sini, tapi sekarang dah xde.. Aku ternampak kaunter pertanyaan, aku terus menuju ke situ..

me: "BANG, BUS TRANSNASIONAL NAK NAIK KAT MANE??"
abg kaunter: "ADIK NAIK ATAS TINGKAT 1"
me: "(naik bus kat tingkat 1 ke??bukan kat bawah ker?)--->aku cakap dalam hati je

Then, aku pun naik la tangge yang mane aku nampak.. Oppppsss!! ni tangge nak g toilet n parking.. Aku turun balik.. Aku jalan kedepan lagi, then ade escalator, aku terus naek... Aku bace signboard, die tulis..."TEMPAT MENUNGGU"....aduh, ni bukan tempat yang aku nak pergi... Aku pergi tanye kat kaunter pertanyaan lagi sekali..

me: "BANG, BUS TRANSNASIONAL NAK NAIK KAT MANE??"
abg kaunter: "DIK PERGI KAT PLATFORM 9 OR 10"

Aku pun berlari, biarlah orang nak cakap ape pun aku x kesah, janji aku xtertinggal bus.. Aku turun je, bus dah xde, tapi ramai orang duk kat bawah tu tunggu bus.. Aku nak tanye, tapi tengok cine ni cam foreigner je.. Aku nampak ade mamat melayu, tapi jauh dengan tempat aku berdiri.. Aku pun xlarat.. Penat berlari, beg galas aku pulak berat, then, perut aku lapar giler.. Aku x mampu dah nak g mamat laki tu, aku pun duduk la kat tangge sambil tunggu bus nak datang.. Aku melihat jam di tangan 9.15pg.. Hmmm..... sama ada aku yang lambat or bus yang lambat...

Tup-tup, bus datang.. IPOH.. Aduh, Ipoh ke, ingat ke Perlis.. Aku pun tanye la orang yang pakai bj Trans.. Mula2...........
me: Pakcik bus ke Kangar?
pakcik trans: Dah lepas dik.
me: HAH!!

Aduh macam mane ni.. Aku specchless..Blur sekejap.. Aku rase cam nak nangis je, sebab ramai orang kan, aku act cool je,huhu.. then aku tanye pak cik yang sama lagi sekali...

me: (kali ni aku panggil abg lak,haha) BANG, ermmm, saya ni cam mane eh??
pakcik trans: kamu patut tanye kamu kenape lambat. (aduh jatuh sejibik kat aku)
me: saya sesat tadi BANG, xjumpe cari (huhu)
pakcik trans: kamu naik bus ni, pergi ke jalan duta, ade kaunter kat situ, kamu beli tiket baru.
me: masih banyak2 BANG (sambil memberikan sedekah-senyuman-)

Aku pun terus naik bus, tanpa kata ape2.. Bus yang aku tumpang sampai ke Jalan Duta ni nak ke Ipoh.. Setelah sampai kat Jalan Duta, aku pun terus menuju ke kaunter.

me: (xpanggil pakcik dah,haha) BANG, tiket ke Perlis ade kul brape? (jam kat tangan aku kul 9.45pg)
pakcik tiket: kul 1.30 dik.

aduh, lame giler aku nak duk kat sini...

me: Ermm, tiket ke Alor Setar ade kul brape?
pakcik tiket: Kul 10.30 pg.
me: Ermmm, ade kosong lagi x?
pakcik tiket: Jap, saya check.

Pastu bebrapa saat kemudian pakcik tu pung angguk, aku xterkata happy giler.. Melayang duit aku RM40, huhu... Aku pun tunggu bus tu datang.. Time aku tunggu bus tu datang lambat lak.. Time aku lambat bus tu datang awal pulak,huhu.. Aku pun message nana berita gembira ni... Alhamdulillah, aku bersyukur.. Bila aku dah menjejakkan kaki ke dalam bus, baru aku bagitahu Umi aku.. Aku xnak die risau, bile bende dah settle baru aku bagitahu mak aku..

Aku sampai di AS jam 4.30 ptg, aku terus berlari tuk naek bus ke kangar.. Nasib baik ade.. Syukur, Alhamdulillah.. aku sampai ke kangar lebih kurang jam 5.45 ptg.. Bestnyer ade orang jemput kat stesen bus, hehe... Thanks Nana, sudi tunggu combi 1 jam, sudi jemput combi, teman combi makan... Sayang Nana ;).

p/s: pengajarannyer janganlah lambat lagi yer yusra,huhu....

Wednesday, May 11, 2011

surga cinta- lempoyang's band


Intro: Am   Em   Am   Em   Dm   Em   F   G

Am   Em   Am       Em
Terdiam… hanya bisa diam

Dm     Em     Dm   F                    G
Dingin menyerang di sekujur tubuhku

           Am     Em   Am            Em
Layangkan mata,    menembus cahaya

Dm   Em  Dm  F                         G
Putih kilaunya, meneduhkan lamunan

Am     G     F    C   Dm    E   F    
Masih jelas terlihat, pesona ayumu

Am     G     F    C 
Masih jelas terasa

Dm     E       F                    A
Getar damai jiwamu… ah… ah…

        F  G        Em        Am                F          G      C  
Reff: Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan

                F    G        Em      Am         F            G    F 
      Atau hanya mimpi yang tiada pernah berakhir jua


Interlude: Am   Dm   Em   F   G

Am   Em     Am       Em
Perlahan… bawa semua tanya

Dm   Em   Dm  F                       G
Satu bersama, langkah di taman ini

Am     G        F       C  Dm   Em     F
Terangkai bunga tanda cinta murni adanya

        Am  G        F  C  Dm      Em     F                    A 
Tapi kekasih pun tiada muncul hapus rinduku… ah… ah…


Back To: Reff

F      G   Em          Am         F           G     C
Dimana aku sedang berada, mengapa sendiri

          F        G            Em  Am           F                 G
Lari telanjang tanpa seorangpun yang akan mau peduli


Int: Dm  G  (2X)  E  Am  F  G  Dm  G  Dm  G  E  Am  F  G  A 


Back To: Reff

F           G      Em           Am                    F       G      C 
Terbanglah cinta, sampaikanlah sayangku hanya bagi dia

                   F    G      Em   Am            F            G    F
Tak ingin rasa sepi merata…pi, malang tanpa dirinya
p/s: "jom goreng", said nana :).


andai lelaki tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

p/s: aku perempuan yang lemah n tidak sempurna, tapi aku ikhlas, setia n jujur....



balek ke KL

Salam :).

Cerita hari semalam bersamaan 10hb May 2011..aku akan menjejakkan kaki melangkah keluar dari negeri perlis indera kayangan ini bersama2 semua barang2 aku yang aku x pernah bawak balik ke rumah sebelum ini.. sehari sebelum aku balik..nana la orang pertama yang sedih sangat, aku pun sedey nak tinggalkan nana,huhu..ayah aku bagitahu lambat...tengahari ari isnin baru die msg.."ayah datang ambik rynee esok dengan kawan ayah"..terbeliak mate aku baca msg tuh..aku pun tunjuk kat nana..bile nana bace muke nana sedih je,huhu...satu barang pun aku x kemas lg, ayah aku ni suke buat berita mengejut..ptg tu lepas aku pergi hanta hardcover binding kt mutalib, aku terus kemas barang aku, maklumlah ade 2 rumah so penat la sket nak mengemasnyer,hehe.. barang aku kat umah bro x la byk sangat, then aku terus kemas barang kat umah aku lak..dengan penat + lapar (dari pg x makan sebab k anis ckp nk bwk nasi, tengok2 kul 6 ptg br sampai, perut aku pun da msk angin,huk2) + haus giler(xde air kat umah aku ni)...then xlame pastu, nana msg aku.."cukup x pmbalut tu?",hehe aku lom balut lg time tu, aku ckp je cukup..aku x nak susahkan die,huhu...then die msg lg,"banyak lagi x brg nak kemas, nak nana tolong"..aku ckp..sket je lg,tinggal nak balut je..padahal byk lg,huhu..hehe last2 aku ckp.."erm...bole jugak,hehe"..then nana pun dtg la tolong aku balut kotak then tolong angkat letak kt bilik dobi, esk senang nak angkat...aku terharu sangat....cayang nana lebihhhhhhhhhhhhh la,hehe...PHUANG3!!!hehe...

Pagi keesokan harinya, nana kejut aku..."combi...combi...bangun la"...sebab semalam kan letih mengemas, memang liat la mate aku ni nak bukak, demi nana aku bukak kan jugak mate aku ni..nana ajak aku g library, nak g anta buku yang die pinjam sebulan yang lepas,hehe...helmet xde..so kteorg g bli helmet dlu kat kedai simpang wang ulu tu...PPEEEEWWWIIITTTTT helmet baru, ciwi la tuh..hehehe...pasni bole la kte kuar 2 eh, xyah pinjam helmet org lg,hehe...

Pas g library, kteorg pun g mam dlu kat Restoren Pak Ffin kat kangar...pas makan terus balek w'ulu..sbb jap g nak g pos kotak ngan ilya...sumernyer ade 4 kotak...besar2 lak tu, nasib baek muat kete ilya,hehe....macih yaya..cyg u bangat la........aku duk kat blkg,hinpit ngn 2 kotak,hehe...empat2 kotak tu seberat 21kg..fuh berat gak eh...kotak yang paling besar tp berat die 3 kg je,hehe...21kg = RM52....hmmmm, mengikut perkiraan aku....MAHAL,huhu...nationwide lg murah,huhu....xpelah, dah pos dah pun,huhu...

Pas balek pos kotak tuh..xlame pastuh ayah aku pun call..."ayah dah sampai"...terkejut beruk aku (tp x jadi beruk lg la,hehe)..aku melihat jam di tangan menunjukkan jam 2.30 pm..awal giler ayah sampai..aku bajet dalam kul 4 cam tu la..sebab ayah cakap tengahari ayah kat kuala kangsar..then, dengan bantuan nana, kami pun angkat barang turun bawah...fuh peluh mencurah2...

Dah habis angakt barang aku pun call ilya..sebelum balek aku peluk cium ngn nana n yaya...aku sayang dieorang...apabila tangan melambai..hati sebak untuk meninggalkan mereka, kawan2, unimap, perlis...hanya Allah yang mengetahui...

Jam di tangan menunjukkan jam 3.30pm..dalam perjalanan pulang ke rumah, aku rasa kekok lak dengan ayah aku, yelah jarang jumpe kan..banyak kali berhenti, 1st benti kat arau, beli harum manis..2nd benti kat gurun, aku sorang je yang makan, lapa giler, tapi x sedap, aku makan pun x habis,huhu....3rd benti kat sg. perak, ayah aku n kawan die makan nasi lemak, aku makan cucuk2 je..sampai je kat KL, g anta kawan ayah aku, umah die kat bukit antarabangsa..ayah aku tunjuk la kawasan yang runtuh hari tu kat bukit antarabangsa yang terkena 14 buah rumah banglo..

Aku sampai dirumah tepat jam 10.15 pm...umi xbalek kerja lagi, syam tido...aku kejut dia suh tolong aku angkat barang.. fuh letihnyer....xlarat aku nak kemas sumer skali, aku kemas sket je...akak aku balek nnt mesti die mengamuk tengok barang aku byk,huhu...aku dah x taw nak letak mane, nnt aku letak dalam stor la,huhu....pas habis mengemas, aku pun mandi, then masuk tido....nite kawan2 :). ..ZzZzZzzZZzzz.....

p/s: macih nana n yaya :).


Saturday, May 7, 2011

happy birthday Angah Lempoyang

salam :).

happy birthday to angah lempoyang...dah tua angah hari ni,hehe...di sepanjang perkenalan rynee ngan angah....angah seorang yang sopan santun,hehe (bangge la tuh)...ciwi bile naik bus (especially double-decker)...xlayan jiwang2,hehe...brutal je...sedang mencari teman hidup (azam angah tahun ni)... suke giler kat domo-kun die tuh,hehe (macih bg domo-kun hijau kat rynee)...minat kat 'abang' rynee (yang same rambut tu)... minat bermain gitar (sekarang angah ade 2 gitar)... suke cakap perkataan "har, pah tu?", "har, dah tu?", "ntah", hehehe....walaupun kat luar angah seorang yang pendiam, tp bile dah bercakap tu, x berhenti,hehe (suke dengar angah bercerita, bersungguh2,hehe)...xsuke makan sayur...takut kucing or seangkatan dengannyer (bende yang berbulu)....xtakut ular or seangkatan dengannyer (bende yang bersisik)...cepat berlinangan air mata (touchin', hehe)...suke tudung kaler hitam...pakai bedak jenama "Za"... pandai buat lasangne n cupcake (cedap sangat)... ade towel hlle kitty,haha... pandai buat kraftangan, pandai jahit... xpandai mintak tawar menawar... tido statik je... suke beli komik... seorang yang pemurah, baik, carring...



me & angah lempoyang

thanks kat angah sebab sudi layan karenah rynee...
sorry sangat kalo ade wat angah sakit or terasa hati...
sorry kalo rynee ade buli angah time training...
sorry sebab rynee selalu kaco angah, xkire time ape pun, rynee usik angah, usik rambut...
sorry sebab x dapat bawak angah jalan2 mase kat KL ari tu, nnt datang la lg yer ;). ...
thanks kat family angah sebab bagi rynee makan sedap2...
thanks sebab angah selalu bagi barang kat rynee...
thanks angah sebab belanja rynee makan...
sorry angah, rynee himpit angah mase tido (ingat ke bro,hehe)...
sorry sebab paksa angah masuk karaoke...
macih sebab kasi rynee belai kacak...
sorry angah....sebab rynee nakal memang SIKIT,hehehe.....

p/s: ape wish angah tuk besday kali ni?hehe~
       angah, jangan nangis taw,hehe~

:(.

salam

hmm...x sangka aku...memang aku sungguh x menyangka...erm xpelah...aku kene terima seadanya...walaupun hati aku pedih, sakit...aku kene terima hakikat itu...aku sedih...aku tahu aku tidak sempurna..tiada siapa pun di dunia ini yang sempurna..ada kebaikan and ade keburukan dia...kalo kite sayang kat seseorang itu, kite kne belajar menerima segala keburukan yang dia ada..pendek kate, kite kena terima dia seadanya...aku akur dengan ketentuanmu Ya Allah...tabahkan hatiku, jika dia bukan untukku, jauhilah aku dari hidupnya..berilah kekuatan padaku untuk menerima semua ini dengan hati yang tenang..

p/s: ....

Friday, May 6, 2011

hardcover :).

salam :).

yeayyyy....dah boleh buat hardcover..alhamdulillah, cume nak tinggal edit skit lg...insyaallah esok petang nak pergi dekat abd mutalib buat hardcover.. hmm dengar citer dapat RM27 kalo kurang dari 100 page..okeyhla tuh, xdela mahal sangat,hehe...thanks kat dekan di sepanjang setahun menjadi supervisor aku, kak hani n emy :).

me, dean, emy, kak hani


yeayyy lagiii....esok nana n angah dah last paper...leh enjoiiiiiiii...x sabar rasenyer nak tunggu hari esok....aku n mummy pia mmg x sabar nak tunggu budak2 umah ni habis exam...

terima kasih kat mak ngah sebab bagi beg sulam kecik warna merah kat aku...comel sangat...cantik sangat...siap ade loceng lagi,hehe...akan ku simpan leklok kenangan dari mak ngah ni...thanks mak ngah :).

hmm..hari ni aku dapat taw satu berita sedih..aku dapat message dari adik aku, syam... dia msg,"umi sakit teruk sekarang"...terkedu aku seketika...xterkata...speechless..pastu aku terus call rumah..tapi xde orang jawab, then, aku terus call handphone mak aku...adik aku yang jawab, pastu dia pass ke mak aku...sayu je aku dengar suara mak aku, nak cakap pun x larat...kalo bole, hari ni gak aku nak balek tengok mak aku, tapi aku x siap lagi hardcover,huhu...cian syam, dah 2 hari x pergi sekolah sebab kene jage mak aku, dah la minggu depan dia nak exam,huhu...akak lak tengah exam....muhd lom start exam lg, die kate exam die start 22hb may...die kate nak balek minggu ni, bagus la...pas die jage aku lak balek nanti...

p/s: to dekan, jangan lupe bagi saya "A" yer,hehehe
      to nana n angah lempoyang gud luck tuk last paper esok...
      to umi tersayang, yusra doakan umi cepat sembuh....aminn....


Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...