Monday, June 13, 2011

day 3-9/6/2011

Salam :).

Hari ini semua  orang berkata mengenai result masing2. Aku malu. Malu dengan diri sendiri serta malu dengan kawan2 aku. Semalam merupakan antara hari yang paling pahit dalam hidup aku, sebab aku tidak pernah mendapat result yang sebegini teruk sekali. Aku sedih. Sedih bagaikan aku tidak mampu lagi untuk berdiri tegak, untuk menegakkan kepala. Aku malu untuk melihat mata2, serta renungan yang tajam menembusi luka dihatiku yang pedih ini.

Alahai, kenapa lah komputer aku ni tak boleh nak connect. Dah pasang cable pun tak boleh connect jugak,huhu. Tension betol. PC kat sebelah aku boleh je. PC kat line aku ni jer yang tak boleh, huhu. Aku memang tak ada mood la nak belajar Autocad hari ini, tak tahu lah kenapa, huhu. 

Tapi aku exited sebab angah nak datang perlis hari ni, hehe. Dah lama aku tak jumpa angah. Dah lama aku tak kacau dia, rindu rasanya.

Hari ini aku rasa macam kurang sihat sikit. Tekak terasa sakit. Lidah luka. Kepala rasa panas je. Padahal bilik ni aircond. Aku pun pelik. Maybe perubahan cuaca yang membuatkan aku rasa tidak sedap badan kot. Yelah, kat Kuala Perlis tu memang panas la, pastu bila datang muhibah kelas ada aircond lak, bila keluar panas terik. Perubahan cuaca secara tiba2. Badan aku cepat lemah. Tapi jarang la jatuh sakit yang teruk2. Kalo sakit pun, kejap2 je. Orang kate sakit main2,hehe.

Time lunch je aku selalu pergi ke Dragon. Yelah, nak makan bersama Nana Lempoyang dan Mummy Pia,hehe. Sembahyang pun dekat sana. Aku akan pergi ke sana bersama Bf terchenta aku, iaitu n0vi0,hehe. Sekarang ini aku tak de la bawa laju sangat, boleh jimat minyak, boleh menjaga kesihatan n0vi0, serta menjaga keselamatan kiteorang jugak,hehe.

Hari ini Nana kurang sihat. Cian kat nana. Selesema punya pasal satu badan sakit. Balik rumah, aku letakkan tuala basah kat kepala dia, aku risau mengenai subject kuratif yang dia kena ambil tu. Aku ingat nak ajak dia study sama2 pada waktu malam, tapi keadaan kesihatan Nana tidak mengizinkan.

Lepas kami makan malam je, mesti mengantuk giler. Samapi rumah je mesti terus landing atas katil. Tak tahu la kenapa, maybe sebab siang tu penat otak sebab belajar dari pukul 9pg hingga 5 petang.


p/s: huhu silap, angah bukan sampai hari ini pun...hari ni baru nak bertolak dari kemaman,huhu....

Tuesday, June 7, 2011

Tasik Melati

Salam :).


Aku, nana, mummy pia, dengan adik suraya. Jalan-jalan kat Perlis. Satu Perlis kiteorang pusing,hehe.

Destinasi kami yang pertama ialah Tasik Melati..........











p/s: jalan-jalan....:).

Sunday, June 5, 2011

da yon ekela sauto cad = th reeda ysth reeca pitallet terp

Salam :).


Dua minggu aku berada di Perlis, aku akan manfaatkan secukupnya. Lepas ni, maybe susah nak jumpa lagi dengan dieorang, huhu. Sayu je hati rasa. Aku sedih sebab tak dapat satu kelas dengan nana and mummy pia, huk2. Aku keseorangan di dalam kelas, walaupun ada jugak budak kelas aku kat situ, tapi aku still rasa keseorangan, huhu. Mereka adalah penceria hidup aku. Aku tidak pernah bosan bersama dengan mereka. Kelas 1st autocad takde la memboringkan SANGAT, ok la, biase jer. Name trainer aku En. Mohd Nurilhadi, dari Johor. Dulu dia mengajar dekat politeknik Johor.

Dua hari sebelum, ade program soft skill, yang amat memboringkan, mengantuk, semua ada.

Pale otak aku lak dah beku, lama tak fungsi, buat latihan autocad yang senang tu pun tak boleh nak buat. Apelah nak jadi dengan kau ni, yusra. Practice make perfect. Try your best next time ok.


p/s: menaip sambil melihat kesedapan nana tidur kat atas katil, berselimutkan selimut hijauku...

Saturday, June 4, 2011

sa yaad al ahseora ngpe ngan ggur

hati keliru
keliru dengan perasaan sendiri
susah untuk diluahkan
aku sendiri pun tak tahu

rendahnya tahap diriku
berbanding dengan orang lain
alam pekerjaan?????
owhhhhh.........
susah nak describe kan

aku masih lemah
masih tak mampu 
tidak mampu untuk berdiri dengan sempurna
aku belum matang
walaupun usia sudah mencecah 20an

soft skill aku yang lemah
confident aku yang kurang
aku risau

aku dah melepaskan satu peluang
satu peluang pekerjaan yang susah nak dapat
maybe ade hikmah di sebalik setiap kejadian
aku redha

dimana semangatku yang menghilang
aku ingin sangat bertemu denganmu
datanglah kepadaku......
wahai semangatku.....

come on yusra....come on yusra...
aku bisikkan kedalam hatiku
tapi.....
aku lemah
aku tidak tabah seperti orang lain
i'm not fuckin' perfect

pengangguran mula menjadi pekerjaan ku
aku harap pekerjaan ini hanya sementara......





p/s: i will be.......insyaallah....

Friday, May 27, 2011

Happy Birthday to My Lovely Sister

Salam :).

26 May 2011 merupakan hari lahir kakak ku yang ke-24 tahun. Pagi seawal jam 7 pagi, akak ku dah keluar rumah, pergi membantu ayahku. lewat jam 11.30 malam baru akak ku pulang ke rumah. Lepas pergi tolong ayah, dia pergi ke rumah bakal mak mentua dia, tolong2 sket2 apa yang patut, sebab bakal kakak ipar nak kawin. So, aku lah yang kena buat semua kerja rumah hari ini....... Fuh letih bangat sehhh....

Lepas makan tengahari bersama umi dan syam, aku pun bersiap. Umi cakap nak pergi beli baju aku tuk pakai pergi kenduri hari ahad ni. Kenduri bakal besan umi la katakan, kena la pakai lawa sket,hehe. Aku tidak pernah beli baju kurung sebelum ni, yelah anak tukang jahit kan, semua baju mak yang jahit. Tapi kali ni sebab xsempat, umi lak sibuk sket. 4 baju aku try. Tak tahu nak pilih yang mane. Rambang mata. Aku pakai saiz 36. Aku berkenan dekat baju yang bersaiz 34 tu, tp tak brape nak muat lak, tak selesa aku pakai 34, sebab ngam2 je dengan badan aku. Pekerja kedai tu yang carikan baju tuk aku, aku just duk kat fitting room je tunggu baju yang seterusnya nak pakai,hehe. At last I've made up my mind. So baju dah pilih. Then beli tudung lak. Ok, done. Yeaayyyyy aku dapat free gelang, hehe. Suke2...

Then, lepas beli baju, kami pergi beli cake kat SR,hehe. Umi beli cake baru kat kakak. Soooooooo Delicious........yummmyyyyy.....ape ntah name kek tu, lupa lak,hehe....chocolate cheese berries (kalo tak salah la,hehe)... Dia macam White-dark choclate cheese tu tapi dia tambah berries kat top layer dia.


Har ni lah cake dia....hehehe




p/s: baru mam 1 suap td,hehe...lembut, ade rase cam aiskrim (maybe sbb br kuar peti ais kot), rase berlemak, chocolate, masam, manis, pahit......sumer rase ade...memang lengkappp la,hehe...try it :).

Wednesday, May 25, 2011

Luahan hati

Salam...

Aku kesedihan meratapi malam-malam yang sunyi
Terbayang-bayang wajahmu di kaca mataku
Mengganggu emosiku yang kian pulih
Aku sunyi tanpa kawan-kawan di sisi ku
Dengan bersama mereka
Aku dapat melupakan buat seketika
Itu sudah memadai...........

Tapi kini
Mereka jauh
Aku jauh
Tetapi....
Tetap kekal di hati
Ukuran jarak bukan penghalang

Aku sedih
Tapi aku belajar untuk menjadi kuat
Menahan air mataku dari mengalir keluar
Hatiku menangis
Tapi tidak dimataku

Aku lemah bila bersendirian
Aku kuat bila bersama
Aku menyanyangi mereka yang menyanyangi aku

Hipokritnya
Kejamnya
Membuat luka yang tiada penawarnya
Andai penawarnya adalah racunnya





p/s: aku lemah dalam meluahan luahan yang terbuku di hati...bila dapat diluahkan, perasaan akan menjadi lega dan hati akan menjadi tenang..orang melihatku gembira diluar tapi tidak di dalam..

Rumah Angkatku




p/s: jangan nangis2 yer,huhu.....
(padahal diri sendiri tengok banyak kali pun still nat t'keluar air mate ni,huhu)

Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...