Monday, July 4, 2011

leaving on a jet plane

Salam :).

Lagu ni di tujukan khas untuk mummy pia..dah lama dia request lagu ni kat kiteorang, hehe. Sorry mummy, suara adik kecik tak sedap. Adik kecik harap mummy like it and enjoy watch the video  :).


All my bags are packed, I'm ready to go, I'm standing here outside your door,
I hate to wake you up to say good-bye.
But the dawn is breaking, it's early morn, the taxi's waiting He's blowing his horn.
Already I'm so lonesome I could die.
So kiss me and smile for me, tell me that you'll wait for me, hold me like you'll never let me go.
'Cause I'm leaving on a jet plane, don't know when I'll be back again. Oh, babe, I hate to go.

There's so many times I've let you down, so many times I've played around,
I tell you now they don't mean a thing.
Every place I go I'll think of you, every song I sing I'll sing for you,
when I come back, I'll bring your wedding ring.
So kiss me and smile for me, tell me that you'll wait for me, hold me like you'll never let me go.
'Cause I'm leaving on a jet plane, don't know when I'll be back again. Oh, babe, I hate to go.

Now the time has come to leave you, one more time let me kiss you,
then close your eyes, I'll be on my way.
Dream about the days to come when I won't have to leave alone,
about the times I won't have to say:
kiss me and smile for me, tell me that you'll wait for me, hold me like you'll never let me go.
'Cause I'm leaving on a jet plane, don't know when I'll be back again. Oh, babe, I hate to go.
I'm leaving on a jet plane, don't know when I'll be back again. Oh, babe, I hate to go. 


p/s: sorry video tu tak dapat nak post kat sini...

Saturday, July 2, 2011

Renung2kanlah...

Salam :).

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki....

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu...

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang kebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera....

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah....

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup  seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain...



p/s: renungkanlah bersama....peringatan untuk diri sendiri dan kawan2...

Tuesday, June 28, 2011

Tarikh penting konvokesyen

Salam :).

Just nak share and ingatkan diri sendiri dan kawan2. Kepada semua pelajar Unimap yang akan konvo pada 17 september 2011 bertempat di Dewan 2020, kangar, sila ambil perhatian tarikh penting berikut:


Ambil Jubah 
Tarikh : 14 - 16 Sept 2011
Tempat: Jabatan Pendaftar, Unit Senat. Seriab


Taklimat Konvo 
Tarikh: 15 Sept 2011
Tempat: Dewan 2020
Masa: Malam
Ambil Scroll
Tarikh: 17 Sept 2011
Pulangkan Jubah 
Tarikh: 17(petang) - 20 Sept 2011
Tempat: Jabatan Pendaftar, Unit Senat. Seriab

 info daripada:

Friday, June 24, 2011

dugaan

Salam :).

Dah lama rasanya aku tidak coretkan disini. Keadaan aku yang tidak stabil serta kesibukkan mencari kerja.
Aku perlukan masa. Aku masih mentah, pendek katanya aku belum matang. Aku harus memikirkan masa depan ku. Masa depan yang kabur dipandangan mataku. Aku keliru, serabut, bingung, sedih. Pelbagai rasa yang aku alami. Makan pun tak berapa nak lalu, sampaikan berat aku turun 3kg. Kalau dulu bukan main susah lagi nak turun. Aku tidur pun tak lena. Ya Allah Ya Tuhanku bantulah hambamu yang lemah ni, tabahkanlah hati ku untuk menghadapi segala dugaan dan rintangan yang engkau telah berikan, tunjukkan aku ke jalan yang benar.

Akak ku sedang lena dibuai mimpi. Nana ku pun telah merehatkan matanya. Kesian dia penat hari ni. Hari ini aku belajar main lagu yang mummy pia suke, hehe...jeng3...nantikan kemunculannya.... Aku pun nak berundur diri la juga. Aku kena teruskan hidupku. Esok merupakan hari yang lebih baik dari semalam. Chaiyok yusraa, you can do it......aja aja fighting!!!





p/s: to nana....macih yang tak terhingga combi nak ucapkan...
      to angah...jgn risau eh kak ngah......
      to mummy pia..adik kecik rindu..... 

Wednesday, June 15, 2011

Day 6 -12/6/2011

Salam :).


Fuh! Pejam celik, pejam celik dah hari ke-6. Tiga hari lagi sebelum hari penamat iaitu hari exam. Apa ntah yang kiteorang belajar ni, laju sangat, dah tu tak de rest. Straight je kelas, sabtu, ahad pun ade kelas,huhu. Letih kepala otak ni. Hari ini last belajar teori, maybe lepas ni buat latihan je. Sebab ada tiga hari lagi. Kepala aku mula pening2, badan mula rasa panas dalam, mata dah mula rasa pedih2. Adakah aku akan demam. Ohhh tidaaakkkk. Dah la tak study apa2 pun lagi. Exam lak nak dekat dah. Aduhhhhh!!! Sakit otak aku memikirkannya.
Pada sesi pagi tadi kami belajar mengenai table, osnap(penambahan sikit), dan parametric. Lepas itu, kami ada rest 15 minit. Sekarang dah menunjukkan pukul 10.31am. perut aku dah terasa lapar. Padahal aku dah breakfast pagi tadi dengan nana kat rumah. Macam biasa kami minum susu, corn flack dan pisang. Memang sihat dan mengenyangkan. Yelah time belajar ni kena jaga pemakanan sikit, supaya mudah masuk dan mudah ingat.

Computer aku tak dapat internet connection, so aku menaiplah untuk menghilangkan rasa bosan aku yang teramat sangat.
Semalam kitaorang tengok midnight show kat dalam bilik. Tengok maharajalawak minggu ke 10. Aku mengantuk giler, tapi sebab dah berapa hari dah nak tengok tapi tak dapat  tengok lagi, so semalam aku gagahkan juga untuk tengok. Yang lawak pun aku rasa macam tak lawak je. Kalau yang betul2 lawak tu memang aku gelak la. Tapi citer itu still tidak dapat menghilangkan rasa mengantuk aku. Habis jer sepah buat persembahan mata aku terus tertutup. Cian dekat nana, dia yang tutup laptop, simpan laptop letak bawah katil, buka kan spek mata aku. Sorry nana, combi tak stay tengok sampai habis.

OMG!!!!! Mata aku sekarang ni berat sangat, nak jer aku tidur atas meja ni, tapi aku segan,huhu. Aku tengok bee dah lentuk pale dia atas meja. Aku bosan la, nana tak satu kelas dengan aku, meja aku lak jauh dengan orang lain, computer aku lak tak ada internet connection, depan belakang aku budak laki duduk, sebelah aku jauh.....

Lepas rest 15 minit sesi pagi, kami terus buat latihan menjawab soalan professional. Tiba2 blur and tak ingat macam mana nak buat. Mencabar minda jugak soalan dia, trick pun ada jugak. Kalau tak ikut step yang dia bagi memang tak dapatlah jawapan dia.
Lunch hari ini aku tak makan nasi sebab hari ahad kedai makan sumer tutup,huhu. Pastu dah la hujan dekat sini. Kami makan roti dengan air kotak jer. Aku sakit kepal, huhu. Tengok computer pun sakit. Aduh!!!
Sekarang jam di computer aku dah menunjukkan pukul 2.34pm, tapi ramai yang belum masuk kelas lagi. Maybe dieorang keluar lambat kot tadi.

En Nurilhadi minta sapa2 yang ada pendrive, dia nak pinjam kejap. Rafiq offer dia punya dulu. Perghhh pendrive dia banyak giler virus, En tu takut, so dia mintak dekat orang lain pulak, kebetulan aku bawa, aku pun bagi jelah dekat dia.
Balik dari kelas jer aku mula rasa tak sedap perut, badan dan kepala. Mula2 aku tak tahu apa punca aku sakit kepala, then, Nana urut aku....Perggghhhhh.....angin rupanya selama ini menyakiti aku. Banyak giler angin aku malam tu. Sejak bila ntah badan aku ni berangin, sebelum ni tak de pun,hehe...

Lepas Nana urut aku , aku rasa dah ok sikit...pastu kiteorang pergi makan dekat moi sup, sebab dua2 tak sihat kan,hehe. Favourite kami moi sup dekat semarak tu,hehe, then, Nana oder roti chesse. Order satu je, kami share,hehe...






p/s: angah suka makan roti cheese,hehe....

Day 5-11/6/2011

Salam :).


Hari ini hari sabtu. Hari sabtu pun kiteorang ade kelas jugak, ni gara2 budak computer yang tak present VIVA lagi la ni,huhu. Kiteorang yang jadi mangsa. Hari ni aku dan nana sarapan dekat rumah jer, leh jimat sikit duit,hehe. Lagipun makanan dekat rumah tu ada, daripada membazir baik kiteorang makan,hehe. Hari ini kami sampai agak awal la juagk, yelah ingat ke beli ubat dekat kedai runcit dekat muhibbah ni, tapi tutup pulak hari ini, yelah hari sabtu kan lupa lak kiteorang,huhu. Tengahari nanti tak tahulah nak makan dekat mana, hari ini kedai makan area sini semua tutup.

Hari ini kami lunch dekat kedai siam beedepan dengan JPJ. Kak shikn oder cendol. Teringin lak aku tengok. Sejuk je. Dah la tengah matahari tegak kat atas kepala. Nana pun macam mamahami je. Dia pun nak jugak,hehe. Kami beli satu je. Sharing is caring, hehe.

AARGGGGHHHHHHHH!!!! Bosannya rasa.......ngantuk giler lak tu..sesi petang kiteorang diberi latihan je. Aku dah siap, tak tahu nak buat apa. 
Lukisan dia bagi agak senang la sebab tu kejap jer aku buat. Kat group Nana, trainer dia bagi soalan susah. Dieorang selalu kuar lunch lambat, huhu.





p/s: bosan bile nana takde.........xde teman nak berborak....bergosip...huhu....

Monday, June 13, 2011

Day 4 - 10/6/2011

Salam :).

Hari ini kami sempat bersarapan di rumah. Hari ini aku mandi dulu,hehe. Sebelum ni Nana yang akan mandi dulu. Aku nak siap awal sebab nak buatkan sarapan tuk Nana tersayang tu,hehe. Yelah dia kan tak berapa sihat. Cian dia. Semakin teruk selesema dia. Malam2 bagun pergi ke toilet. Kadang2 aku tersedar juga, walaupun aku ni jenis yang tidur mati,hehe.

Aku buatkan air susu dengan roti. Selera betul aku tengok dia makan. Kalau bab makan memang tak nampak sakit pun,hehe.

Hari ini hari jumaat, so rest dia panjang sikit sebab trainer lelaki melyu lak tu,hehe. Hari ini lunch kteorang makan dekat Kedai Fuadi Corner, nama lain dia ialah KFC,hehe. Berselera sungguh Nana makan, semua makanan dia habis dulu dari aku,hehe.

Kelas aku masuk balik pada pukul 2.45petang, manakala kelas Nana masuk balik pada pukul 2.30petang.
Pada sesi pagi kami akan belajar teori, dan pada sebelah petang kami akan buat hands on, lukis2,hehe.
Hari ini kelas habis lambat sikit sebab kena lukis lukisan yang susah. Cian kat angah kena tunggu kiteorang setengah jam,huhu. Sorry angah, kiteorang tak sengaja. Perjalanan dari muhobbah dan dragon nak ke kuala perlis memang makan masa berbanding ke wang ulu. Aku dah pesan kat nana suruh dia sembahyang asar siap2 dekat dragon. Lepas aku habis kelas je, aku terus pergi dekat Nana. Nana dah sembahyang asar. Then aku terus pecut ke Kuala Perlis, sebab Nana cakap Angah dah sampai pada pukul 5.05 ptg tadi. Sekarang jam aku menunjukkan pukul 5.20. Pecut......Pecut..... Pukul 5.30 sampai Kuala Perlis. FUH....

Lepas kiteorang lepak2 dekat tepi laut, angah, achik dengan adik min pergi lepak2 dekat rumah kiteorang, mummy pia ade dekat rumah. Ape yang menjadi topic hangat kiteorang adalah the Hosmate dan tuuuttt,hehe. Memang makin hangat lagi bila kiteorang balek makan dengan family angah, tibe2 the hosmate tu boleh selak pintu dari dalam. Memang menyirap lah darah kiteorang. Malu kot kat family angah, mak sedara dia, sepupu2 dia. Dah la mak sedara dia nak tumpang toilet. Aduh!!!!!!. Anjing kat belakang tu pulak buat hal, ape kena ntah la, tibe2 nak menyalak2 kat kiteorang . lintang pukang kiteorang lari,hehe. Lawak betol mase tu. Tapi aku memang takut giler, tak boleh nak control, respon secara spontan iaitu berlari,huhu. Padahal aku tahu yang tak boleh lari nanti anjing tu kejar,huhu. Bila dah sampai depan rumah baru aku teringat hal itu,huhu.

Aku pun tebalkan muka tumpang lalu dekat rumah sebelah. Nana mengekori setiap langkah aku pergi. Tibe di pintu belakang jer, aku cuak. Macam mana la aku nak melalui pagar nak pergi ke rumah sebelah iaitu rumah aku. Anjing tu betul2 berada straight di hadapan aku lebih kurang dalam jarak 7-10 meter. Dengan berbekalkan bismillah serta nana ada di belakang, aku memberanikan langkah dan perlahan2 aku membuka pintu pagar dan berjalan dengan perlahan sekali. Alhamdulillah, aku selamat masuk ke pagar rumah aku, lepas itu nana menyusul. Aku cuba untuk memulas tombol pintu belakang, tapi berkunci juga,huhu. Mula2 aku ketuk, lepas tu nana ketuk dengan kuatnya sampaikan rumah belakang membuka pintu menjenguk kami.

Kemuadian satu suara dari dalam berkata “siapa?”. Kami pun bersuara, “weh bukak pintu, yang kau pergi selak pintu tu buat apa!!!”. Dengan gaya yang tidak pernah ada rasa bersalah just cakap SORRY je, lepas tu pergi sambung tidur. Tidak pernah aku jumpa orang yang sebegini perangainya. TERUK!!!. The hosmate tu memang buruk perangai. GILER. SAIKO. SEWEL. DASYAT. Macam2 orang member gelaran kepada dia.

Aku tertidur di atas katil besama nana. Nana bangun sebab dia belum sembahyang isyak lagi. Kemuadian dia kejut aku bangun untuk cuci muka dan gosok gigi. Aku keluar bilik sebentar terdengar bising2. Chom, Dida dan Fat ada di ruang tengah. Terkejut aku melihat mereka ada di sini. Rupa2nya dieorang nak tahu cerita mengenai “the hosmate”,hehe. Famous jugak dia kan,hehe. Lepas penat bergosip kami pun masuk tidur. 


p/s: to angah lempoyang, sorry sangat...huhu...kami memohon ampun dan maaf kepada angah sekeluarga serta sedara mara...

Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...