Assalamualaikum...
Hari ini sepatutnya aku dalam perjalanan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP). Tapi apakan daya. Aku tak dapat pergi bagi sokongan dekat team taekwondo unimap. I'm so sorrry u guys. Kempunan di hati makin terasa, huhu. Tak pelah, maybe takde rezeki nak tengok dieorang lawan. Huhu, so sad. Sorry aku tak dapat nak cerita panjang entri kali ni sebab aku sedih sangat.
Good Luck Team Taekwondo UniMAP!!! All The Best :).
Saturday, February 25, 2012
Tuesday, February 21, 2012
maluuuuu....
Assalamualaikum..
haha. aku nak gelak dulu sebabnya semalam aku pergi kerja pakai tudung terbalik, haha. Malu giler aku. Nampak sangat main pakai jer tudung, main sarung jer, tengik cermin pun sekilas jer, haha. Lawak lak rase, hehe. Nasib Kak Titi tegur, kalau tak sampai balek rumah la aku pakai tudung terbalik, haha. Lupe lak nak kenal kan, Kak Titi tu akak satu department aku, jawatan die Environmental Officer, kire die senior aku la, aku banyak belajar dari die, tapi sebelum ni die duk dekat site, nanti bulan 3, die akan masuk site baru dekat jalan duta.
Har, tapi hari ni aku pakai tudung tak terbalik dah yer, hehe..
selamat bekerja kawan2 :).

Saturday, January 21, 2012
ZeeRynee'sShop :-)
Assalamualaikum, salam 1 malaysia..
Tiba2 rasa macam nak update blog hari ini. Tapi tak tahu nak tulis apa, hehe. Sebenarnya memang banyak benda yang aku nak ceritakan kat sini, tapi tak de masa la.
Aku dah menambahkan kerja aku, hehe. Sekarang ini aku nak berjinak2 dengan dunia business, bukan aku dah berhenti kerja yang sebelum ni, tapi saje jer nak tambahkan kerja lagi, hehe. Share partner aku tak lain tak bukan ialah Nana, hehe. Nama sebenar dia Azila bt Mohd Yusoff. Panjang al-kisahnya pasal nama ni, nantilah aku cerita yer. So, balik kepada cerita, aku dengan Nana, nak bukak business. Opss, silap, bukan NAK, tapi DAH, baru je start, hehe. Mula2 kami tak tahu nak bukak business apa, fikir punya fikir, kami nak jual baju. Tapi dua2 tak pandai jahit, hehe lawak kan. So 1st step kami nak jahit tudung, benda yang paling senang, hehe. Next step kami slow2 nak belajar jahit blouse. So kalau sapa2 yang berminat boleh la melawat blog kami ZeeRynee’s Shop kat zeeryneeshop.blogspot.com, support us!! Ok!! Hehe. Sorry sebab blog tu baru jer buat, tak banyak barang sangat, insyaallah dalam masa terdekat ni kami akan upload kan item2 yang HOT punyerla, hehe. Kalau takde aral yang melintang insyaallah pada bulan Januar y ni, kami akan menjual tudung, baju dan beg. Dalam masa yang sama, kami jugak ade ambil tempahan kepada sesiapa yang berminat nak tempah kek caramel, apam dan cookies. Tapi tempahan yang di ambil kat area KL-Selangor sahaja J.
Hari2 minggu aku akan dihabiskan dengan menjahit. Mula2 nak bukak business memang sakit sket, sebab kena keluarkan modal. Modal yang di keluarkan takde la banyak pun, sekadar mengikut kemampuan. Saingan sekarang ni memang banyak, tapi aku akan try yang terbaik tuk ZeeRynee’s Shop.
Jom berShopping dekat ZeeRynee’s Shop J.
Friday, December 23, 2011
untuk kamu..
| Rynee...:) |
sungguh..
tiada hadiah yangg setimpal hendak aku beri..
kalau dikenangkan jasamu..
sungguh..
aku tak mampu menceritakan perihal kamu..
cerita yang aku khabarkan tak sehebat dirimu..
sungguh..
mana mungkin kata - kataku sehebat sahabat yang seperti kamu..
selamat hari lahir wahai sahabat yang dikasihi..
RURYNEE ROSLAN
Tuesday, December 20, 2011
..peneman..
salam sejahtera..
sepatutnya entri ni aku post semalam..tapi memandangkan aku terleka dengan tugas baru aku, baby sitter, aku terpaksa postponed ke hari ini..hehe..
sebenarnya entri ni hanya untuk mengucapkan terima kasih kepada si peneman yang tak jemu - jemu datang jumpa aku setiap hujung minggu..walaupun busy dengan kerja hujung minggu..lepas habis seminar, datang klang dan lepak sama - sama sampai esok harinya dan pergi kerja balik..huhu..sorry..menyusahkan je..
tahniah cik top scorer, cik best player, cik champion dan cik naib johan..(orang yang sama ni..sume title die pulun..hehe..bangga oo...)

pembakar semangat
Assalamualaikum :).
Dah lama rasenya tak coret kt blog ni, hehe bukan tak nak, tapi takde mase laa. Kesibukan kerja aku bertambah, lagi2 apabila hujung minggu yang penuh dengan aktiviti. Aku gembira sangat bila hujung minggu aku ade orang yang sentiasa menemani, hehe. Setia die menunggu aku, dari pagi sampai ke petang. Aku bersyukur dapat sahabat sepertinya. Walaupun letih tapi aku happy sangat. Bulan ni, aku tak pernah dapat rest di hujung minggu atau di kala hari cuti, jadual aku memang sangat pack this month. Pada minggu pertama, aku ade tournament futsal, mggu ke-2 aku aku attend kenduri kak anis kat Jitra, minggu ke-3 lak aku ade tournament badminton, syukur alhamdulillah, memang rezeki aku tahun ni, aku menang Johan dalam fusal, dan naib johan dalam badminton, aku juga telah di nobatkan sebagai "the best player" dan "the best scorer". Syukur. Terima kasih kepada seorang sahabat yang tidak pernah jemu untuk memberi semangat, kata2 peransang kat aku.
Aku da dapat hadiah birthday, yeayyyy, hehe. Thanks Kak Nuna :). Aku terharu sangat, macih banyak2 tau, jasamu di kenang selama-lamanya :). Dah la dapat hadiah, pastu siap belanje makan ayam golek kt Mr. Rodgers lak tu. Memang kenyang giler la, kiteorang pilih meal yang berbeza, pas2 makan semua, bak kata "sharing is caring", hehe.
Sebenarnyer banyak sangat yang aku nak ceritakan kat sini, tapi masa dah mencemburui aku, esok aku kene menjalankan tugas aku sebagai seorang environmental engineer. Esok aku akan ditugaskan untuk pergi ke site di LCCT, sebagai auditor untuk document checking bahagian ISO 14001:2004.
Thanks Nana :). for everything.
p/s: Saya sayang mereka
Tuesday, December 13, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice
Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...
-
Salam :). Dah lama rasanya aku tidak coretkan disini. Keadaan aku yang tidak stabil serta kesibukkan mencari kerja. Aku perlukan masa. Ak...
-
Salam :). Pada 11 July 2011 adalah hari lahir dia. Nama dia ialah Azila Binti Mohamad Yusoff. Dia menetap di Ipoh, Perak. Sekarang ni dia t...