Friday, April 13, 2012

Mimpi..

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia :).

Hari ini aku nak berkongsi, bercerita mengenai mimpi aku semalam. Aduh, sedih sangat rasanya. First time dalam sejarah selama 23tahun 3bulan 21hari, aku bermimpi ada orang pergi meninggalkan aku. Maksud aku pergi meninggalkan dunia ni, mereka tinggalkan aku sorang2. Hukhukhuk. Sedih yang amat hanya Tuhan yang tahu. Aku menangis dalam mimpi sampaikan aku terjaga pun air mata aku still keluar mengalir lagi. Aku tak sanggup kehilangan mereka. Ya Allah Ya Tuhanku panjangkanlah umur mereka, aminnn. Aku sedih sampaikan aku takut untuk tidur balik. Bila aku terjaga dari tidur aku terus contact sahabat aku, aku bersyukur sangat kerana mereka masih lagi ada dengan aku. Ahlamdulillah.

Aku bermimpi kami bertiga jatuh dari lif, tapi hanya aku seorang jer yang selamat. Memang meraung habis la masa tu. Aku takde sape2 dah. Takde orang nak teman aku pergi mana2 pun. Takde orang nak layan aku. Aku memang totally alone and lost. Aku bawa diri ke tempat yang aku sendiri pun tak tahu. Aku sesat dan tak tahu jalan pulang. Tiba2 muncul seorang lelaki bersama anak perempuan kecil, datang kearahku dan kami berborak, then die tunjukkan jalan pulang kepadaku......dalam perjalanan pulang tu, tiba2 aku tersedar.....sebab kakak aku bukak pintu bilik, dia balik dari hantar adik aku ke tuisyen. Nasib baik kakak aku tak perasan yang aku menangis dalam tido sebab rambut aku menutup muka.

Sebelum scene yang kiteorang jatuh lif tu, aku bermimpi aku drive kereta, tapi bukan kereta yang aku impikan...angah, kak anis dengan mummy pia pun muncul dalam mimpi aku....









p/s: Maybe ada hikmah disebalik mimpi tu....
      Aku sayang mereka <3
      Aku rindu mereka <3

Monday, April 9, 2012

SIRIM audit

Assalamualaikum :).

9/3/2012
Bila la nak berakhir bulan March ni, sangat memenatkan betul la. Huhu. Schedule aku bulan ni sangat pack. Asik kena keluar ke site jer. Tapi seronok jugak sebab tak payah tengok muka bos aku yang muncung tu, haha. Tapi at the same time, letih la. Serious aku letih. Orang site pun bukannya suka sangat kiteorang (HQ) ni datang site dieorang. Yelah sape yang suke bila di audit. Kalau aku pun tak suka. Aku paham perasaan dieorang.

9/4/2012
Dah lama sebenarnya aku nak update blog ni, tapi aku safekan dekat draft jer, pastu lupa nak post, hehe. Dah sebulan rupanya aku simpan draf ni, hehe. Aku memang busy dengan sirim audit. Umpana kalau tengah study, macam final exam la. Preparation dia memang kena buat dengan teliti. Last minute baru perasan pun ada, sampai nak naik demam aku di buatnya. Tapi aku tahankan saja, aku berdoa mohon agar permudahkan segala urusan aku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Part Environment (part aku) pun tak kena apa2 NCR dari sirim. So company aku bole continue kiteorang punya cert. ISO 14001:2004, syukur, alhamdulillah.

NCR tu bermaksud Non-Conformity Report. NonConformity tu adalah perkara2 yang kita tak comply dengan sirim punya legal ataupun apa2 requirement. Bila kita tak comply, certificated ISO kena hold sampai kita buat improvement and betulkan kesalahan dalam tempah masa sebulan kita boleh continue cert. ISO dengan sirim. (harap korang paham ape yang aku cuba nak sampaikan, hehe).

oklah, sampai sini dulu yer..sekarang jam dah menunjukkan pukul 1pm..LUNCH TIME!!!!! hehe..Jom :).

Sunday, April 8, 2012

suatu perjalanan..sebuah kehidupan..

salam sejahtera...

uhuk3...terbatuk2 dah banyak sangat habuk nih..nana tolong bersihkan sikit sawang dengan entri baru eh cik combi lempoyang..hehe...terpanggil nak menulis entri untuk blog yang aku kira agak bersawang ni..maklum lah owner busy dengan tanggungjawab yang digalas..satu bulan or lebih prepare untuk sirim audit..lepas sirim audit demam dengan cibibi nye lagi..tapi masih gigih dan sempat luangkan masa dengan team teakwondo unimap kat perlis..terlepas jugak rindu yang selama ni dok tersekat dengan taekwondo..lepas jugak rindu nak jejak ke indera kayangan..tempat yang penuh memori..thanks mummy pia yang sediakan tempat tido malam tu..secara tak langsung aku dan combi dapat berkenalan dengan yaya yang manje tu..ahhh..rindu...borak sakan malam tu..kalau boleh tak nak tido..nak borak sampai pagi..tapi, esok pagi2 dah kena bertolak balik sebab ade kenduri kahwin dekat ipoh..thanks angah sebab ko datang dari jitra tengok tournament..siyes aku rindu ko..walaupun kitaorang tak sempat nak gerak pergi umah ko malam tu attend kenduri ko tapi ko sanggup datang perlis..thanks angah..

sekian saja untuk kali ni..next time nak request owner tulis lak..rindula nak baca celoteh owner kecik.. :)


............di setiap perjalanan sebuah kehidupan ku, disetiap pelosok penjuru hidupku, hanya untuk mencari redha Ilahi..


Wednesday, February 29, 2012

Kereta??

Assalamualaikum Sahabat Sekalian,

Niat di hati ingin membeli sebuah kereta. Yes i know, mahal, huhu. Mengikut perancangan memang nak beli pun tapi bukan dalam waktu terdekat la. Hmm tapi aku risau dengan kakak aku yang bawak motor pergi kerja. Sebab die tak terer cam aku. Hahaha poyo jer aku nih. Die jarang bawak motor, so tak cekap sangat la, jalan kat kL ni pulak sibuk, kereta pun tak bagi jalan kat motor, memang payah nak cilok. Demi keselamatan akak aku, biar la aku yang beli kereta, biar die guna kereta yang aku pkai sekarang ni. Memang kena fikir panjang ni, aku pun kena berjimat cermat sket. Sekarang ni aku kena tolak siap2 duit gaji aku, erm banyak jugak la, tuk bayar duit rumah sumer, skali dengan tol dengan minyak, aku kira2 adela dlm 1k jugak la, huhu. Tapi aku tak kisah sangat sebab dapat tolong family aku. So bile dah ade kereta, duit pun makin banyak la kena tolak, tinggal ciput jer tuk aku berpoya2, hehe. Kesimpulannya kena kurangkanlah berpoya2 tu, hehe. Then aku kena fikirkan cam mane nak bayar roadtax insurance nanti, kena kumpul duit dari awal ni. Tak kawin la aku cam ni, hahaha.

p/s: kalo nak kawin kena cari anak dato' ni, tak yah kuar duit, haha. tapi ade ker yang nak kat aku nih?hahaha.

Erm siapa ade cadangan aku patut beli kereta ape? Ade kereta yang berkenan di hati, tapi cam mahal lak, huhu, nak try survey jugak kereta lain :). hehe.

Saturday, February 25, 2012

Kempunan...

Assalamualaikum...

Hari ini sepatutnya aku dalam perjalanan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP). Tapi apakan daya. Aku tak dapat pergi bagi sokongan dekat team taekwondo unimap. I'm so sorrry u guys. Kempunan di hati makin terasa, huhu. Tak pelah, maybe takde rezeki nak tengok dieorang lawan. Huhu, so sad. Sorry aku tak dapat nak cerita panjang entri kali ni sebab aku sedih sangat.

Good Luck Team Taekwondo UniMAP!!! All The Best :).

Tuesday, February 21, 2012

maluuuuu....

Assalamualaikum..

haha. aku nak gelak dulu sebabnya semalam aku pergi kerja pakai tudung terbalik, haha. Malu giler aku. Nampak sangat main pakai jer tudung, main sarung jer, tengik cermin pun sekilas jer, haha. Lawak lak rase, hehe. Nasib Kak Titi tegur, kalau tak sampai balek rumah la aku pakai tudung terbalik, haha. Lupe lak nak kenal kan, Kak Titi tu akak satu department aku, jawatan die Environmental Officer, kire die senior aku la, aku banyak belajar dari die, tapi sebelum ni die duk dekat site, nanti bulan 3, die akan masuk site baru dekat jalan duta.

Har, tapi hari ni aku pakai tudung tak terbalik dah yer, hehe..

selamat bekerja kawan2 :).

Saturday, January 21, 2012

ZeeRynee'sShop :-)

Assalamualaikum, salam 1 malaysia..

Tiba2 rasa macam nak update blog hari ini. Tapi tak tahu nak tulis apa, hehe. Sebenarnya memang banyak benda yang aku nak ceritakan kat sini, tapi tak de masa la.

Aku dah menambahkan kerja aku, hehe. Sekarang ini aku nak berjinak2 dengan dunia business, bukan aku dah berhenti kerja yang sebelum ni, tapi saje jer nak tambahkan kerja lagi, hehe. Share partner aku tak lain tak bukan ialah Nana, hehe. Nama sebenar dia Azila bt Mohd Yusoff. Panjang al-kisahnya pasal nama ni, nantilah aku cerita yer. So, balik kepada cerita, aku dengan Nana, nak bukak business. Opss, silap, bukan NAK, tapi DAH, baru je start, hehe. Mula2 kami tak tahu nak bukak business apa, fikir punya fikir, kami nak jual baju. Tapi dua2 tak pandai jahit, hehe lawak kan. So 1st step kami nak jahit tudung, benda yang paling senang, hehe. Next step kami slow2 nak belajar jahit blouse. So kalau sapa2 yang berminat boleh la melawat blog kami ZeeRynee’s Shop kat zeeryneeshop.blogspot.com, support us!! Ok!! Hehe. Sorry sebab blog tu baru jer buat, tak banyak barang sangat, insyaallah dalam masa terdekat ni kami akan upload kan item2 yang HOT punyerla, hehe. Kalau takde aral yang melintang insyaallah pada bulan Januar y ni, kami akan menjual tudung, baju dan beg. Dalam masa yang sama, kami jugak ade ambil tempahan kepada sesiapa yang berminat nak tempah kek caramel, apam dan cookies. Tapi tempahan yang di ambil kat area KL-Selangor sahaja J.

Hari2 minggu aku akan dihabiskan dengan menjahit. Mula2 nak bukak business memang sakit sket, sebab kena keluarkan modal. Modal yang di keluarkan takde la banyak pun, sekadar mengikut kemampuan. Saingan sekarang ni memang banyak, tapi aku akan try yang terbaik tuk ZeeRynee’s Shop.

Jom berShopping dekat ZeeRynee’s Shop J. 


Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...