Thursday, August 8, 2013

Jeritan batin ku..

Alam ini apa?
Manusia ini siapa?
Dari mana aku datang?
Hidup ini apa?
Kematian itu apa?
Bagaimana keadaan akan datang?
Adakah lagi 'hidup' selepas hidup ini?

Aku datang aku tidak tahu dari mana...
Tapi aku datang jua..
Aku menempuh jalan terbentang didepanku....
Lalu aku berjalan..

Akan selamanyakah aku berjalan?
Sekalipun aku tidak mahu berjalan..
Bagaimana caranya aku datang?
Bagaimana aku dapat menempuh jalan?

Aku tidak tahu!!!
Akukah yang mengendalikan diriku dalam hidup ini......
Atau aku dikendalikan?
Aku ingin supaya aku tahu, tetapi...
Aku tidak tahu!!

Barukah aku atau sudah usang?

Dalam dunia ini...
Adakah aku bebas merdeka?

Atau seorang tawanan yang terbelenggu?

Jalanku!
Apakah itu jalanku?
Panjangkah atau pendek?
Adakah aku akan mendaki, atau menurun, atau terjerumus?
Akukah yang berjalan atau jalankah yang berjalan?
Atau kedua - duanya berhenti dan zaman yang mengalir cepat?

Ohhh..
Aku tidak tahu!!



Monday, July 29, 2013

Happy Birthday Nana Lempoyang 2#

-bismillah-

Assalamualaikum,

Biarlah video berbicara.
Special for Birthday Gurl :). 



Thanks for being my best friend forever. Much love. Muahxxx.
Sorry lambat upload, banyak betul kekangan. At last dapat jugak upload :).

p/s: Dah lama tak wat video, hehe. Malu lak rasa, hehe. Blush Blush



Saturday, July 27, 2013

Muhasabah Diri

-bismillah-

Ya Allah,

Dekatkanlah jodoh kami,
Tenteramkanlah hati kami,
Lapangkanlah dada kami,
Bahagiakanlah hidup kami,
Permudahkan urusan kami,
Luaskan rezeki kami,
Kabulkan cita-cita kami,
Jauhkan dari segala musibah,
Jauhkan dari sebarang penyakit, fitnah, berkata kasar, berprasangka keji dan kemungkaran.

Amin Ya Rabbala'lamin. 

Wednesday, July 24, 2013

Takziah Yaya

-bismillah-

As Salam,

Takziah aku ucapkan kepada sahabat baik aku iaitu Yaya a.k.a Ilya Fatehah di atas pemergian tok beliau pada 17hb July 2013 bersamaan dengan 8 Ramadhan. Semoga roh tok di tempat kan di kalangan orang2 yang beriman. Marilah sama2 kita menadah tangan sedekahkan kepadanya Al-Fatihah......

Semoga Yaya tabah mengharungi hari2 tanpa insan terchenta. Kalau hang rindu kat tok hang sedekahkan Al-Fatihah or baca Al-Quran tuk dia eh. Kalau hang sedih cari aku taw. InsyaAllah aku akan ada tuk hang :).  

Kalau hang turun Key Elll habaq mai na, kita pi ronggeng, hehe. Vrommmm vrommm, hehe. Tunggu nanti aku beli KTM duke 200, hehe (berangan tak abis2, hehe). Perghhhh tahun bila tak taw la, hehe. 



Saturday, July 13, 2013

Happy Birthday Nana Lempoyang

-bismillah-

Assalamualaikum..

Hi, gud morning u'olls, wahhhh lama gila aku tak update blog ni bersawang penuh. Haha. Seperti yang dimaklumkan tengok tajuk pun dah tahu aku nak cakap pasal apa. Hehe. 

Genap 11/7/2013 dia berumur 26 tahun. Tua dah dia. Hehe. Masih lagi single. Cewahhh nak promote ni, hehe. Tapi kalo nak ngorat dia kena interview dengan aku dulu. Hahahaha. Sebab aku nak make sure yang orang tu boleh jaga dia. Hehehe. Sanggupkah?? Hahahaha. 

Aku rapat dengan dia semasa aku belajar di UniMAP. Kalau tak salah aku, dalam tahun terakhir. Aku mula kenal dia dalam tahun tiga masa tu aku tengah internship. Dia seorang yang pendiam, sentiasa cool jer orangnya. Dia seorang yang ringan tangan dan baik hati, sentiasa menghulurkan bantuan. 

Dia juga seorang pendengar yang setia. Kalau aku ade masalah dia mesti akan tolong aku. Dia akan fikirkan jalan penyelesaian untuk aku. Dia sentiasa ada bila aku memerlukan. Bila aku tengah down, dia bagi semangat kat aku. 

Kenangan yang paling indah buat aku bila setiap kali masuk waktu bila berkesempatan kami akan sembahyang berjemaah bersama, mengaji bersama2. Tapi aku belum berkesempatan lagi untuk berterawih bersama dia di bulan mulia ini. 

Sebenarnyer aku suka dengar bila dia berceloteh, hehe. Tak tahu kenapa. Aku mesti nak dengar cerita dia. Maybe sebab dia seorang yang pendiam kot. Sebab tu aku selalu tanya dia takde cerita ker? Hehe. Bagi seorang perempuan bercerita itu merupakan salah satu cara menghilangkan stress. Selain dari bau ketiak suami. Wakakaka. Opss kami belum kahwin so takde laki. Hehe. 

Kami juga mempunyai minat yang sama. Yeayyyy ada geng. Hehe. Kami bersukan bersama2, Karok bersama2, kereta sama, kasut sama, main gitar, beg ciwi warna sama, tengok wayang, main pool, telekung jenama sama, handphone sama, makan....eh tak sama, hehe, sbb aku tak kuat mkn..kalau aku tak abis dia yang tolong abiskan, hehe.....akan datang nak beli moto idaman sama2, insyaAllah. Hehehehe.......

Ada orang kata kami kena dapat jodoh serentak. Betol ker??Hehehe. InsyaAllah...doakan lah yer...mudah-mudahan. Hehe. Maybe sebab kami rapat, bila salah seorang takde taklah terasa sangat kalau dapat jodoh serentak, hehe. Bila terfikir balik betol jugak kan, hehe.

Aku takde hadiah yang istimewa nak bagi kat dia, aku cuma boleh berdoa untuk kesejahteraan dia, aku juga berdoa untuk mempercepatkan jodoh dia, hehehehe. Aminnnn. Kad birthday yang aku bagi kat dia tu sebenarnya dah lama aku beli, kalau tak salah aku 2 or 3 bulan yang lepas. Tapi aku baru tulis kat kad tu 5 minit sebelum aku bagi kat dia, hehe. Tulis dalam kete dengan dakwat pen yang tak brape nak ada, dugaan betol la, hehe. Sebenarnya aku ada surprise nak buat kat dia, aku nak buat video. Tiap2 hari aku buat short video, then aku nak compile semua video yang aku buat untuk dia. Tapi........yang sedihnya, time nak edit masuk dalam PC, semua video yang aku buat jadi terbalik, then aku tak reti nak rotate video tu (=_=).....Tanpa membuang masa, aku buat balik video tu. Aku tak tidur sepanjang malam untuk siapkan video itu, cepat..cepat..aku takde masa dah ni!!

Nana,
Happy birthday yang ke-26 tahun.
MGBU----->mesti tau kan maksud die, hehe.

Monday, March 18, 2013

Ubat Sakit Tekak

-bismillah-

Assalamualikum :).

Sejak kebelakangan ni cuaca agak panas, sampaikan mandi pagi pun air dalam baldi tak sejuk langsung, betapa panasnya cuaca ketika itu. Then, ramai orang yang sakit tekak, termasuklah seorang sahabat aku ni. So, aku adelah tanya uncle google ni sket mengenai ubat or petua tuk menghilangkan sakit tekak ni.

1) Air Garam

Caranya berkumur dengan air garam dua kali sehari. Kalau nak telan terus air garam tu pun boleh, hehehe kalau nak la, hehe. Bancuh air garam dengan air sejuk. Yer lah kalo air panas tak ker melecur mulut tu, hehe.

2) Kicap & Limau kasturi

Janganlah tunggang minum kicap tu pulak, hehe. Ambil satu sudu kicap lepas tu perahkan sedikit limau kasturi then baca selawat 3kali dan minum, hehe sodapp.

3) Air sejuk

Haippp, jangan minum air sejuk, just letakkan or sapukan di leher/ tekak pada waktu pagi, InsyaAllah u'olls akan rasa lega sket :).

4) Tomato

Minum jus tomato juga dapat menghilangkan sakit tekak :). Kalau boleh minum seminggu 3kali.

5) Air Asam Jawa

Har, yang ni mesti ramai dah tahukan, hehe. Kalau artis2 sakit tekak dieorang mesti minum air asam jawa untuk cepat baik :). Ambil air die sahaja yer :).

6) Limau & Madu

Perahkan limau/ Lemon then campurkan madu dalam air suam. Buatlah sesedap rasa yer, hehe :).

7) Ais Krim Vanilla

Har yang ni memang fevret lah, hehehe. Best, syok jer rase, hehehe. Tapi ingat perisa vanilla jer tau :).

8) Woods

Har yang ni pulak belambak kat kedai, hehe sape yang suke kemam gula2 tu leh beli woods ni. Ada doktor cakap Strepsils tu tak elok, baik beli woods, harga pun lagi murah, hehe :). Oppsssss...hehehe.



Selamat mencuba :)



p/s: kalau sesiapa ada ilmu nak share kat sini sangat di alu2kan :).

Dilemma


-bismillah-

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak tiga menjak empat menjak (brape byk menjak da, hehe) lima menjak ni, aku banyak menerima jemputan kawin. Yer lah umur mmg dah wajib kawin dah, hehe. Ada yang sempat aku pergi and yang jauh sangat tu mintak maaf banyak2 yer.

Setiap kali aku menjejakkan kaki orang akan bertanya 'ko bile lagi?'. Aku taw bukan aku sorang jer yang kena, sumer orang yg belom kawin mesti kena soklan macam tu kan, btol tak?? Aku menarik nafas panjang lalu menjawab, ' calon pun xde cam mane nak kawen, kalo bole skrang ni jugak nak kawin, hehe (gatal sungguh, haha)'.

I'm single, yes, aku memang single, so what? Sumer orang tak percaya (-_-) hmm. Single tak bermakna tak laku taw, cintanya mahal. Cewahhh, haha.

Nak kata aku ni memilih sangat, jap nak pikir..ade la sket, hehe. Mane ade orang tak memilih, sumer mesti ade kan, cuma yang bezanya adalah kita boleh terima seadanya ataupun tak. Ada kalanya memilih ni bagus jugak, hehe. Yer lah tak kan nak kawin ngan bangla or indon kerja contraktor kat site tu. Kite memilih supaya warganegara msia kn. Hehe salah satu contoh la. Kalo memilih sangat pulak pun tak bagus jugak. Kite jangan memilih orang yang perfect. Tapi kite memilih orang yang boleh melengkapkan kita. Ceyyy panjang lebar lak, padahal diri sendiri pun xde lagi, hehe.

Sebenar benarnya aku tak mencari pun, huhu. Kalo tak cari mane nak jumpe btol tak? Ntah la hati ni....yup aku mengaku yang aku tak leh lupakan dia. Opssssss....hehehe. Sape die tu? Hehe. Dah xde jodoh nak wat cam mane, huhu. Hmm maybe hati aku blom terbuka kepada orang lain kot. Tapi sampai bile? Hmm sampai dia dah menjadi milik orang lain.....maybe time tu aku rase aku boleh melupakannya..huhu mampukah aku?

Jujur,
Aku tak kuasa,
Saat terakhir ku genggam tanganmu,
Namun yang pasti terjadi,
Kita mungkin tak bersama lagi,
Bila nanti esok hari,
Ku temukan dirimu bahagia,
Izinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya.....

Aiseyyyy jiwang karat dah kluar dah, hehe. (luaran ketawa, dalaman menangis). Salah satu lagu yang dia bagi kat aku masa waktu2 terakhir sebelum berpisah. Aishhhhh sedey lak apasal ni. Emo di malam hari.

Dulu ko jugak yang tolak orang, skarang ko lak kena tolak, harrr rasakan, adeh pedih jugak, memang pedih la,bertahun2 pun tak boleh lupakan. Macam adam & hawa. Cewaaahhhhh, haha, brangan ler teww. Hahaha.

Makkk aihh panjang lebar dah aku berceloteh upenyer, hehe. (tersedak mak cik aku kat umah dia, sebab name die mak ai, hehe).

Okaylah, xnak sedey lame2, hehe. k, bai....peace yoo

Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...