Wednesday, August 28, 2013

Selamat Hari Tua

-bismillah-

Assalamualaikum…

Selamat Hari Tua,
Semoga dimurahkan rezeki,
Di panjangkan umur,
Dipermudahkan segala urusan,
Semoga berjaya di dunia dan di akhirat--

Engkau hadir tanpa di duga,
Engkau hadir membawa harapan,
Engkau hadir dengan senyuman,
Engkau hadir memberi kebahagiaan--

In Sha Allah--
Dengan izin Allah--

Bukan rupa yang aku pertikaikan,
Bukan kekayaan yang aku tagihkan--

Hanya
Agama, keikhlasan, kejujuran serta kebahagiaan
Yang aku dambakan--

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
Dulu aku di sakiti sekarang aku di sayangi.
Dulu, dulu, dulu aku menderita sekarang aku bahagia--

Engkau tidak perlu risau,
Engkau tidak perlu menjauh,
Engkau tidak perlu rasa bersalah,
Engkau tidak perlu sembunyikan si dia,
Kerna aku bisa menerima…….

Hakikatnya--

Aku tak kan pernah untuk melupakan mu,
Aku bersyukur,
Kerna kita di takdirkan untuk bertemu,
Walaupun lambat,
Aku tetap bersyukur mengenalinya,
Engkaulah sahabatku hingga ke syurga--

In Sha Allah--



p/s: Happy Birthday to you :). Yes you. I know you will read this. hehe.
For her, even if I far from you, you know I will always be there for you :). Muchh Love <3--


Tuesday, August 13, 2013

Hanya Di kau

-bismillah-

Aku ketawa jika kau ketawa
Aku menangis jika kau menangis
Aku terluka jika kau terluka
Aku bahagia jika kau bahagia

Kita umpama isi dan kuku
Bagaikan air yang di cincang tidak akan putus

Engkau ada jika aku perlukan
Engkau ada jika aku memanggil
Engkau sentiasa di sisi aku
Tanpa engkau
Aku tidak mampu bangkit
Tidak mampu berdiri tegak
Umpama tiada sebelah kaki untuk menampung

Aduh, aduh, aduh
Sesak nafas
Aku tak boleh bernafas dengan sempurna
Oksigen semakin berkurang
Carbon dioksida semakin berleluasa

Tapi aku tahu
Engkau tetap akan pergi jua....
Maaf kan aku
Aku tak akan benarkan kau pergi jauh dari ku

Maaf kan aku......

P/s: aku pembaca tegar blognya. Tidak pernah sekali pun ter'miss' ceritanya. 



Thursday, August 8, 2013

Jeritan batin ku..

Alam ini apa?
Manusia ini siapa?
Dari mana aku datang?
Hidup ini apa?
Kematian itu apa?
Bagaimana keadaan akan datang?
Adakah lagi 'hidup' selepas hidup ini?

Aku datang aku tidak tahu dari mana...
Tapi aku datang jua..
Aku menempuh jalan terbentang didepanku....
Lalu aku berjalan..

Akan selamanyakah aku berjalan?
Sekalipun aku tidak mahu berjalan..
Bagaimana caranya aku datang?
Bagaimana aku dapat menempuh jalan?

Aku tidak tahu!!!
Akukah yang mengendalikan diriku dalam hidup ini......
Atau aku dikendalikan?
Aku ingin supaya aku tahu, tetapi...
Aku tidak tahu!!

Barukah aku atau sudah usang?

Dalam dunia ini...
Adakah aku bebas merdeka?

Atau seorang tawanan yang terbelenggu?

Jalanku!
Apakah itu jalanku?
Panjangkah atau pendek?
Adakah aku akan mendaki, atau menurun, atau terjerumus?
Akukah yang berjalan atau jalankah yang berjalan?
Atau kedua - duanya berhenti dan zaman yang mengalir cepat?

Ohhh..
Aku tidak tahu!!



Monday, July 29, 2013

Happy Birthday Nana Lempoyang 2#

-bismillah-

Assalamualaikum,

Biarlah video berbicara.
Special for Birthday Gurl :). 



Thanks for being my best friend forever. Much love. Muahxxx.
Sorry lambat upload, banyak betul kekangan. At last dapat jugak upload :).

p/s: Dah lama tak wat video, hehe. Malu lak rasa, hehe. Blush Blush



Saturday, July 27, 2013

Muhasabah Diri

-bismillah-

Ya Allah,

Dekatkanlah jodoh kami,
Tenteramkanlah hati kami,
Lapangkanlah dada kami,
Bahagiakanlah hidup kami,
Permudahkan urusan kami,
Luaskan rezeki kami,
Kabulkan cita-cita kami,
Jauhkan dari segala musibah,
Jauhkan dari sebarang penyakit, fitnah, berkata kasar, berprasangka keji dan kemungkaran.

Amin Ya Rabbala'lamin. 

Wednesday, July 24, 2013

Takziah Yaya

-bismillah-

As Salam,

Takziah aku ucapkan kepada sahabat baik aku iaitu Yaya a.k.a Ilya Fatehah di atas pemergian tok beliau pada 17hb July 2013 bersamaan dengan 8 Ramadhan. Semoga roh tok di tempat kan di kalangan orang2 yang beriman. Marilah sama2 kita menadah tangan sedekahkan kepadanya Al-Fatihah......

Semoga Yaya tabah mengharungi hari2 tanpa insan terchenta. Kalau hang rindu kat tok hang sedekahkan Al-Fatihah or baca Al-Quran tuk dia eh. Kalau hang sedih cari aku taw. InsyaAllah aku akan ada tuk hang :).  

Kalau hang turun Key Elll habaq mai na, kita pi ronggeng, hehe. Vrommmm vrommm, hehe. Tunggu nanti aku beli KTM duke 200, hehe (berangan tak abis2, hehe). Perghhhh tahun bila tak taw la, hehe. 



Saturday, July 13, 2013

Happy Birthday Nana Lempoyang

-bismillah-

Assalamualaikum..

Hi, gud morning u'olls, wahhhh lama gila aku tak update blog ni bersawang penuh. Haha. Seperti yang dimaklumkan tengok tajuk pun dah tahu aku nak cakap pasal apa. Hehe. 

Genap 11/7/2013 dia berumur 26 tahun. Tua dah dia. Hehe. Masih lagi single. Cewahhh nak promote ni, hehe. Tapi kalo nak ngorat dia kena interview dengan aku dulu. Hahahaha. Sebab aku nak make sure yang orang tu boleh jaga dia. Hehehe. Sanggupkah?? Hahahaha. 

Aku rapat dengan dia semasa aku belajar di UniMAP. Kalau tak salah aku, dalam tahun terakhir. Aku mula kenal dia dalam tahun tiga masa tu aku tengah internship. Dia seorang yang pendiam, sentiasa cool jer orangnya. Dia seorang yang ringan tangan dan baik hati, sentiasa menghulurkan bantuan. 

Dia juga seorang pendengar yang setia. Kalau aku ade masalah dia mesti akan tolong aku. Dia akan fikirkan jalan penyelesaian untuk aku. Dia sentiasa ada bila aku memerlukan. Bila aku tengah down, dia bagi semangat kat aku. 

Kenangan yang paling indah buat aku bila setiap kali masuk waktu bila berkesempatan kami akan sembahyang berjemaah bersama, mengaji bersama2. Tapi aku belum berkesempatan lagi untuk berterawih bersama dia di bulan mulia ini. 

Sebenarnyer aku suka dengar bila dia berceloteh, hehe. Tak tahu kenapa. Aku mesti nak dengar cerita dia. Maybe sebab dia seorang yang pendiam kot. Sebab tu aku selalu tanya dia takde cerita ker? Hehe. Bagi seorang perempuan bercerita itu merupakan salah satu cara menghilangkan stress. Selain dari bau ketiak suami. Wakakaka. Opss kami belum kahwin so takde laki. Hehe. 

Kami juga mempunyai minat yang sama. Yeayyyy ada geng. Hehe. Kami bersukan bersama2, Karok bersama2, kereta sama, kasut sama, main gitar, beg ciwi warna sama, tengok wayang, main pool, telekung jenama sama, handphone sama, makan....eh tak sama, hehe, sbb aku tak kuat mkn..kalau aku tak abis dia yang tolong abiskan, hehe.....akan datang nak beli moto idaman sama2, insyaAllah. Hehehehe.......

Ada orang kata kami kena dapat jodoh serentak. Betol ker??Hehehe. InsyaAllah...doakan lah yer...mudah-mudahan. Hehe. Maybe sebab kami rapat, bila salah seorang takde taklah terasa sangat kalau dapat jodoh serentak, hehe. Bila terfikir balik betol jugak kan, hehe.

Aku takde hadiah yang istimewa nak bagi kat dia, aku cuma boleh berdoa untuk kesejahteraan dia, aku juga berdoa untuk mempercepatkan jodoh dia, hehehehe. Aminnnn. Kad birthday yang aku bagi kat dia tu sebenarnya dah lama aku beli, kalau tak salah aku 2 or 3 bulan yang lepas. Tapi aku baru tulis kat kad tu 5 minit sebelum aku bagi kat dia, hehe. Tulis dalam kete dengan dakwat pen yang tak brape nak ada, dugaan betol la, hehe. Sebenarnya aku ada surprise nak buat kat dia, aku nak buat video. Tiap2 hari aku buat short video, then aku nak compile semua video yang aku buat untuk dia. Tapi........yang sedihnya, time nak edit masuk dalam PC, semua video yang aku buat jadi terbalik, then aku tak reti nak rotate video tu (=_=).....Tanpa membuang masa, aku buat balik video tu. Aku tak tidur sepanjang malam untuk siapkan video itu, cepat..cepat..aku takde masa dah ni!!

Nana,
Happy birthday yang ke-26 tahun.
MGBU----->mesti tau kan maksud die, hehe.

Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...