Sunday, July 31, 2011

Insan Biasa

Salam :).

Aku hanya insan biasa yang tak mempunyai apa2. Hidup dalam kesederhanaan. Bila kita fikir kita susah, ada orang lain lagi susah dari kita. Umur aku akan memcecah 23tahun pada hujung tahun ni. Tapi aku masih belum cukup matang lagi. Aku ni seorang yang nakal jugak la, hehe. Aku banyak buat benda jahat, huhu. *benda jahat tu xde la sampai membunuh , merompak tu, hehe. Aku ni seorang yang pemalas, dan juga hot temper. Aku ni memang malas, tapi kalo semangat tu datang, pergghh terlebey rajin la jadi nyer, haha. Aku cepat naik angin, huhu *teruk kn (-_-). Bila dah abis marah then baru aku sedar, yang aku tak patut marah dia, huhu. Kadang2 aku ni emo jugak, hehe. Padahal orang tu tak wat pape pun kat aku, aku ni jer yang terlebey perasan, hehe. Erm aku ada masalah, aku tak pandai nak bergaul dengan orang, huhu. Pendek katanyer aku ni tak peramah la. Tapi bila dah lame kenal jadi terlebih peramah lak, hehe. Tuk mulekan satu perkenalan tu memang payah, huhu. Aku tak pandai bergaul dengan orang yang lebih tua dari aku, huhu. Tu memang kelemahan aku dari kecik lagi. Huhu. Sebab tu aku susah nak rapat dengan cikgu, lecturer, mak sedar, bapak sedare. Huhuhu. Kadang2 tu aku ni jadi orang yang tak de perasaan langsung *empty. Orang kate kat aku pun aku blur, tak prasan pun. Hehehe. 


p/s: aku insan yang lemah cuba untuk memperbaiki diri sendiri..."aku bukan siapa-siapa",(azila, 2011)...aku ingin memohon maaf dekat semua orang yang pernah terasa or kecik ati dengan aku, yang mana aku pernah terkasar bahasa or over reacting, gurauan yang melampau ke..huhuhu.....kadang2 tu aku tak sedar pun, huhu...sorry guys.....


~Selamat menyambut bulan ramadhan :).~

Saturday, July 30, 2011

kerja

Salam :).

Hmm pejam celik, pejam celik dah 2 minggu aku keje. Fuhhh penat dia tak yah cakap la. Datang awal, balek lambat. Pada minggu yang pertama tu memang tak bole nak biasakan diri lagi la kan, balek keje tido je. Ish3..teruk betol aku ni kan, hehe. Padahal kat office kena membaca je. Yelah, letih bawak moto. Tiap2 hari aku akan bawak moto sejauh 60km. Fuhhhh!!! Sakit pinggang kot. Tapi nak wat cam mane kan, terpaksa jugak la aku berkorban, huhu.

Alam pekerjaan dengan pembelajaran memang jauh bezanya. Aku tak biase lagi, huhu. Engineer???Alhamdulillah....impian aku bergelar engineer memang tercapai. Aku bersyukur sangat2. Aku diletakkan di Quality Department. Dalam Quality Department tu terbahagi kepada tiga sub, iaitu Quality, Safety and Environment. Aku mestilah bahagian environment, hehe. Kat Department tu ade 3 org environment, 1 org safety and 5 org quality, sorang kerani, seorg ketua bahagian safety and BOS, hehe. Semuanya ade 12 orang termasuk aku, hehe. Nanti aku tak duduk kat HQ dah, aku based site. Suka2 sebab dekat dengan buah hati ulam jantung. Hehehe.

p/s: nana jgn cedey2, combi sentiase doakn nana. 
Aku merindui semua orang yang mengenali aku. Hope kite tak lost contact. Kalo dekat2 tu roger2 la yer. Life aku lepas ni mesti KERJA jer.....bersedialah wahai rurynee yusra....project dah dapat, aku akan mula sibuk.. tapi aku tetap tak lupe kat kawan2 aku...

Friday, July 22, 2011

Guitar Cover - Babak pertama -

http://www.youtube.com/watch?v=ojNckw7N3Uc&feature=related

Babak Pertama ost Juvana

intro= F  G  Em Am (4x)
F  G  Am  G
Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
F  G  Am  G
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
F  G  Am  G
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
F  G  Am
Cuba aku mengerti
(korus)
F  G
Teruja aku mengejar mu
Em  Am
Bermimpi memiliki mu
F  G  Em  Am
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
F  G
Biarkan ku terus berlari
Em  Am
Cuba merajai mimpi
F  G  Em  Am
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti
F  G  Em  Am
Oh…
F  G  Am  G
Takkan ku menemui lagi walau gelapnya hari
F  G  Am  G
Ku yakin akan temui semuanya di sini
F  G  Am  G
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
F  G  Am
Ku tak akan berhenti
(ulang korus)
Oh…
(ulang korus)
Oh…

p/s: for someone.....:).

Friday, July 15, 2011

Hujan itu Rahmat

Salam :).

Syukur Alhamdulillah. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah. Walaupun Engkau bagi aku dugaan dan cabaran, akhirnya aku berjaya juga. Aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku ni. Aku sangat HAPPY dan berSYUKUR. Minggu lepas dan minggu2 sebelumnya memang banyak dugaan dan cabaran yang aku tempuhi, sampaikan aku terfikir, malangnya nasib aku and aku pun dah takde semangat lagi, hampir "beri naik". Huhu.

Kak Nuna dan akak aku banyak bagi semangat kat aku. Kata2 semangat tu memang aku amek and simpan rapat2 dengan aku. Kawan2 aku yang banyak bagi nasihat dan doakan kejayaan aku. Thanks sumer. Moga Allah memberikan balasan yang baik kat korang sumer.

Aku dapat call lebih kurang pukul 5.14 ptg. Aku blur, macam tak percaya pun ade. Sebab aku tak yakin boleh dapat. Ramai lagi orang yang hebat2 dari aku. Alhamdulillah, tak sia2 usaha aku selama ni. Mak aku ada kat sebelah aku je masa jawab call tu, then aku terus message nana, akak aku and yaya. Aku rasa macam nak menjerit je. Haha. Gedik la pulak. Rasa nak peluk orang je. Hehe.
 Saperrrr nakk kene pelukkkkk??????? Hehehe..............




p/s: haha...xde kena mengena langsung dengan tajuk kan, hehe......xpelah janji aku HAPPY!!!! Hehe....

Thursday, July 14, 2011

tkd is my life :).

Salam :)

Aduh rindu sangat2 dengan taekwondo. Dari kecik main sampai besar, sape yang tak rindu. Besttttt sangat, dapat jumpa ramai kawan. Badan pun rasa ringan jer. Tibe2 rasa rindu pulak nak kena marah dengan coach, hehe. Walaupun pada masa tu, bengang giler dengan coach, hehe. Tapi lepas tu aku bersyukur sebab coach aku marah kat aku. Kalau dia tak marah aku tak akan dapat pergi jauh dalam sukan taekwondo ni. Aku rindu sangat nak sepak2 orang, nak main lari2, bagi semangat kat kawan2, dapat kawan2 baru. Sumer budak2 tkd yang aku kenal sumernyer BEST2!!!. Taekwondo leh buat aku lupa segala masalah. Bila la aku dapat training macam dulu lagi, huhu. Cepatnya masa berlalu. Arrghhhhhhh!!! aku nak sparringgggg......sapa mau sparing dengan aku??? hehe. Kaki pun dah lembek ni. Lemak pun tak pejal macam dulu. Perut pun dah tak de 6ixt pad cam dulu. Rase buncit jer, hehe. Aku nak jadi fit macam dulu balek. Rasa badan sihat jer. Walaupun aku benci jogging, tapi kalau jogging ramai2, tak rasa penat pun, rasa seronok jer :).


p/s: sape nak sparingggggg angkat tangan?????? Jom!!!!! Hehe......

Yaya!!

Salam :).

Yaya!! Miss u tooooo. Bila ang nak datang KL nih? Kalau datang roger2 aku yer, hehe. Nanti parent ang nak duk Shah Alam kn? Hehe. Dekat sket. Bila la nak dapat merasa naik PJF lagi ntah, hehe. Nanti ang duk sini bawak la PJF skali yer, hehe. Dah lama tak karok sama2 kan, hehe. Nanti kite leh ajak Kak Lin skali, dah lama tak jumpa dia, hehe.

Haha teringat yang kite pakai baju same, gelang same, hehe. Segan gak, malu pun ade tapi tak pe,  BESSTTT!! Sentiasa dalam ingatan :).





Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...