Wednesday, August 17, 2011

NATURE

Salam :).


Hi readers. Sebagai Environmental Engineer, kena pastikan alam sekitar tak tercemar. Tu lah keje aku sekarang ni. Memang aku idamkan menjadi seorang Engineer yang lebih specific dalam bidang aku. Alhamdulillah, ku bersyukur ke hadrat Ilahi. Entry kali ni aku nak kongsi mengenai alam semulajadi. Awal bulan hari tu, aku kena pergi site dekat johor. Memang dekat dengan laut. So kena monitor bahagian laut juga, sebab takut laut tercemar. Aku berpeluang menaiki bot nelayan, hehe. Suke3, hehe. Senior2 aku siap pakai sun block lagi, aku rilek je, tak kesah pun, hehe. Bila kena pergi site pada bulan pose ni agak mencabar jugak la, letih tak yah cakap la, sahur pun tak terjage, huhu. Senior2 aku lak memang kaki jalan, aku follow jelah. Lagi pun aku tak pernah menjejakkan kaki sampai situ. Johor tu pernah la pergi, tapi dekat area muar jelah, hehe. Aku pun terbeli baju raye kat situ, hehehe. Hasut dari senior2 aku, hehe. Yelah, takde mase nak beli, bile ade peluang, terus beli, hehe. Lagi pun tahun ni, umi tak leh nak jahit baju, so memang kena beli la, huhu. 

orang lab tengah ambil sample air

boot aku sangat besar

aku yang paling rendah, haha

with malina

kami jumpa lobster


Setelah penat berjalan dekat site yang sangat besar tu, kiteorang nak pergi buat marine monitoring, kiteorang bawak kete saga so tak lepas masuk dalam site, jalan tak elok. Kiteorang ikotla jalan lain, on the way tu kiteorang nampak pemandangan yang cantik sangat. Benti jap la, ambil gambar, hehe.


FREEEEDOMMMMMMMM.............

pose2 pun sanggup, nak bergambar punye pasal, haha

aku and kak ash

aku and malina





Masa dalam perjalanan ke sana, aku nampak signboard tulis Pasir Gudang *teringat kat nana, sebab dulu nana blajar kat sana, poli JB, pasir gudang.......tengah berjalan2 kat Mydin gelang patah, aku nampak ------------------------------------>     teringat kat angah, hehe.








Biasenya budak2 pergi sekolah berjalan kaki or naik moto, or naik kereta, tak pun naik basikal......tapi kali ni aku nampak budak2 pergi sekolah naik bot, hehe.













p/s: alam semulajadi yang cantik, kehijauan, kebiruan, boleh membuatkan fikiran yang kusut menjadi tenang.....so kawan2, jom same2 kite menjage alam di sekitar kite yer :). peace


dieorang kate gamba aku lompat semua ganas2, haha....walaupun panas terik mase tu, kalau bab bergambar memang semuanya lupa, hehe...banyak kali kiteorang lompat sebenarnya tuk dapat gambar yang cantik sebab guna timer, hehe....tapi gambar 3 orang, 1 jer yang jadi, hehe....

Thursday, August 11, 2011

Lumut VS HQ

Salam ramadhan yang ke 11 J.

Aku ada berita sedih yang ingin dikongsikan bersama. Pada hari isnin lepas, 8hb Aug 2011 aku dipanggil oleh bos di awal pagi. Terkejut jugakla sebab bos tak pernah panggil aku sebelum ni. Kemudian, aku dikejutkan lagi dengan satu berita sedih,

“I will not send you to Lumut, you will stay here at HQ with us.”

Tadinya aku senyum manis, tibe2 senyum aku jadi pahit lak, huk2. Aku memang nak sangat stay dekat site. Memang aku teringin sangat dari dulu lagi. Aku suka kerja outdoor. Aku tak suka kerja dalam office, buat aku sakit mata tengok PC lame2, buat aku sakit pinggang duk kat kusi yang besar ni *tau la kaki aku kurang panjang, huk2. Aku tak kisah pun kalau berpanas, berjemur, kena kerja pada hari sabtu. Sebab aku tak de apa2 komitment sekarang ni, so aku nak kerja cari duit banyak2. Kalau kerja dekat site aku leh tambah income lebih sket, sebab rumah, kereta, elaun makan semua company support, memang syok la, hehe. Gaji leh simpan, hehe. Tapi apakan daya, aku terpaksa akur cakap bos aku.

Aku kebosanan, takde entertainment langsung kat office ni, internet pun bos block, dengar lagu pun kena marah. Aduhai.......bole mati kering aku di buatnya. Asik2 kena mengadap report je 24jam. Sapelah yang tak bosan kan. Tapi dalam sebulan tu ade la 2 or 3 kali kne turun site, buat checking and monitoring.

Sepanjang 3 minggu aku kerja kat sini, aku baru dapat tau yang company aku ni besar jugak, “construction grade A” tu...perghhh tak sangka aku *bangga jugak la, hehe. Tapi kedekut, bagi basic salary aku sket je, hehe. Sepanjang aku kerja kat sini aku dah pergi 2 site, satu dekat LCCT satu lagi dekat Medini, Johor. Banyak aku dapat blaja dari senior2 yang ada kat cni. Maklumlah aku yang paling mude ^_^ , hehe.

Senior2 kat sini cakap yang aku ni jujur sangat, huhu. Manelah pandai nak menipu orang lebih tua dari aku, huhu. Aduh......Memalukan diri sendiri je, huhu >.<

Minggu ni merupakan minggu yang mencabar bagi aku. Aku kena amik alih tugas mak aku, tugas akak aku. Penat >.<, huk2. Aku kena uruskan rumah, adik aku, kerja lagi. Alhamdulillah sepanjang aku take over, kami bangun bersahur, sempat berbuka. Nasib aku agak baik minggu ni sebab bos slalu takde kat ofis, so aku boleh la balek awal, aku tak sempat nak masak , so beli kat bazar jelah. Takut jugak sebenarnyer, takut makanan tak bersih, huhu. Aku akan pilih gerai dengan lebih berhati2, tuk elakkan aku dan adik aku keracunan makanan.


p/s:       aku mengidam masakan mak aku, huk2.....
dieorang ckap aku stylo, huhu...
dieorang gelak kat aku sebab aku jujur sangat, huhu..
aku dah tak lalu makanan kat bazar L.
aku rindu nk manje ngn nana
aku rindu nk kaco angah *wat gaye rambut mcm yen
aku rindu nk naik moto ngn yaya
aku rindu nk denga bunyi trumpet mummy pia ngn kak ct
aku rindu nk denga mama bela pot pet pot pet
aku rindu.....mich mich sooo muchy muchy........

Wednesday, August 10, 2011

ombak kehidupan

Pahit dan manis
Dugaan dan cabaran
Suka dan duka
Kesenangan dan kesusahan

muda jangan biar tua
malam jangan biar siang
manis jangan biar pahit
senyum jangan biar menangis

sepi menyusuli
semangat menghilangkan diri
ketabahan meruntuhi
keyakinan di tenggelami

air yang tenang
jangan disangka tiada buaya

emotion
expression
mentality
performance

lemah perjuangan
tanpa tulang belakang
jatuh ke pusat bumi
adakah mampu mendaki hingga ke kerak bumi??

graviti menarik
rebah ke bawah
tidak mampu untuk jari diangkat
kuatkah untuk kembali berdiri melawan graviti??


p/s: banyak sangat yang bermain di fikiran aku ni minggu ni....tak tahu macam mana nak luahkan...sakit jugak simpan sorang2, huhu...aku tidak keruan..fikiran berceramuk....kalau lah aku ada kuasa untuk berhentikan waktu..............tapi semuanya hanyalah angan2 kosong....

Tuesday, August 2, 2011

dugaan di bulan ramadhan

Salam :).


Banyak betul dugaan aku time bulan puasa ni. Huhu. Adik aku Muhd masuk hospital sebab accident, esok dia akan operate. Minggu depan lak mak aku akan masuk hospital. Huhu. Kerja aku pulak makin bertambah. Hari ni aku balek kerja lambat, sampai rumah jer dah azan, huk2 >.<. Aku kene siapkan satu report yang giler susah, tu pun dah bahagikan kerja kepada tiga orang. Banyak kali aku wat salah lak tu, adoiiiii tension aku, huhu. Yelah, aku tak biasa lagi, 1st time aku wat report hari ni. EMCP (Environmental Management Compliance Plan), dah la owner dia dari brazil, memang cerewet la, huhu. Bos aku suh siapkan hari ini jugak, baru cakap pagi tadi lak tu, adoiiii.....huhu aku kena biasekan diri work under pressure. Macam tak biase lak wat kat U dulu, hehe. Tapi ni lain, kalo salah format ke, salah information ke mau tak kena saman dengan client nanti, aduh aku lak tu yang kene tanggungjawab, huk3 >.<. Esok aku kena pergi Johor, ade checking ngan monitoring kat project kat sane, aku akan pergi selama 3 hari 2 malam *macam percutian lak, hehe. Aku akan balek hari jumaat nanti. 


p/s: thanks kepada hamba Allah yang sanggup menolong umi ku hari ni....
tibe2 rindu kat umah angkat lak, huhu....
huhu..beg x packing lagi...malasnyerrr...sape mau tolong????........

Kembar??

Salam :).

Orang kate kami kembar tiga. Same ker??hehehe...Skali pandang nampak same la kot, ntah la, hehe.




< Dari kiri Maneh, Kak Nuna, and Kembang >


Bila keluar bertiga jer sumer orang pandang, hehe. Menjadi tumpuan lak, hehe. Tok ngan Opah pun terkejut, hehehe :).


p/s: best ade kembar, kan kan kan, hehe :).

Sunday, July 31, 2011

Insan Biasa

Salam :).

Aku hanya insan biasa yang tak mempunyai apa2. Hidup dalam kesederhanaan. Bila kita fikir kita susah, ada orang lain lagi susah dari kita. Umur aku akan memcecah 23tahun pada hujung tahun ni. Tapi aku masih belum cukup matang lagi. Aku ni seorang yang nakal jugak la, hehe. Aku banyak buat benda jahat, huhu. *benda jahat tu xde la sampai membunuh , merompak tu, hehe. Aku ni seorang yang pemalas, dan juga hot temper. Aku ni memang malas, tapi kalo semangat tu datang, pergghh terlebey rajin la jadi nyer, haha. Aku cepat naik angin, huhu *teruk kn (-_-). Bila dah abis marah then baru aku sedar, yang aku tak patut marah dia, huhu. Kadang2 aku ni emo jugak, hehe. Padahal orang tu tak wat pape pun kat aku, aku ni jer yang terlebey perasan, hehe. Erm aku ada masalah, aku tak pandai nak bergaul dengan orang, huhu. Pendek katanyer aku ni tak peramah la. Tapi bila dah lame kenal jadi terlebih peramah lak, hehe. Tuk mulekan satu perkenalan tu memang payah, huhu. Aku tak pandai bergaul dengan orang yang lebih tua dari aku, huhu. Tu memang kelemahan aku dari kecik lagi. Huhu. Sebab tu aku susah nak rapat dengan cikgu, lecturer, mak sedar, bapak sedare. Huhuhu. Kadang2 tu aku ni jadi orang yang tak de perasaan langsung *empty. Orang kate kat aku pun aku blur, tak prasan pun. Hehehe. 


p/s: aku insan yang lemah cuba untuk memperbaiki diri sendiri..."aku bukan siapa-siapa",(azila, 2011)...aku ingin memohon maaf dekat semua orang yang pernah terasa or kecik ati dengan aku, yang mana aku pernah terkasar bahasa or over reacting, gurauan yang melampau ke..huhuhu.....kadang2 tu aku tak sedar pun, huhu...sorry guys.....


~Selamat menyambut bulan ramadhan :).~

Saturday, July 30, 2011

kerja

Salam :).

Hmm pejam celik, pejam celik dah 2 minggu aku keje. Fuhhh penat dia tak yah cakap la. Datang awal, balek lambat. Pada minggu yang pertama tu memang tak bole nak biasakan diri lagi la kan, balek keje tido je. Ish3..teruk betol aku ni kan, hehe. Padahal kat office kena membaca je. Yelah, letih bawak moto. Tiap2 hari aku akan bawak moto sejauh 60km. Fuhhhh!!! Sakit pinggang kot. Tapi nak wat cam mane kan, terpaksa jugak la aku berkorban, huhu.

Alam pekerjaan dengan pembelajaran memang jauh bezanya. Aku tak biase lagi, huhu. Engineer???Alhamdulillah....impian aku bergelar engineer memang tercapai. Aku bersyukur sangat2. Aku diletakkan di Quality Department. Dalam Quality Department tu terbahagi kepada tiga sub, iaitu Quality, Safety and Environment. Aku mestilah bahagian environment, hehe. Kat Department tu ade 3 org environment, 1 org safety and 5 org quality, sorang kerani, seorg ketua bahagian safety and BOS, hehe. Semuanya ade 12 orang termasuk aku, hehe. Nanti aku tak duduk kat HQ dah, aku based site. Suka2 sebab dekat dengan buah hati ulam jantung. Hehehe.

p/s: nana jgn cedey2, combi sentiase doakn nana. 
Aku merindui semua orang yang mengenali aku. Hope kite tak lost contact. Kalo dekat2 tu roger2 la yer. Life aku lepas ni mesti KERJA jer.....bersedialah wahai rurynee yusra....project dah dapat, aku akan mula sibuk.. tapi aku tetap tak lupe kat kawan2 aku...

Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...