Salam :).
SELAMAT TINGGAL Perlis!!...
Tak lama lagi aku akan meninggalkan negeri Indera kayangan ini.. Sungguh sedih rasa hati ini.. Aku sedih nak meninggalkan Perlis, Unimap.. Sungguh banyak kenangan aku kat sini.. Kenangan manis dan pahit sepanjang 4 tahun aku belajar di sini.. Segala dugaan, erti kehidupan, erti seorang sahabat, erti sebuah keluarga, banyak yang aku pelajari di sini.. Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman aku di sini, sedikit sebanyak akan mengajar aku pada masa yang akan datang....
MAKANAN!!!
Makanan yang mungkin tidak akan aku lupakan ialah "lucing" atau name lain dia "cucuk-cucuk", yang mana aku tidak akan dapat makan kat tempat lain, lagi2 KL.. Yang keduanya, masakan mak angkat aku kat Kuala Perlis tu.. Insyaallah kalau berkesempatan sebelum aku balik KL aku akan datang jenguk yer.. Moi sup semarak memang the BEST la,hehe.. Kat sini baru aku kenal moi sup sebenarnya bubur nasi,hehehe.. Kat sini jugak (Perlis) ade roti canai 100 rasa.. WOWWW!! macam2 la, sampaikan rambang mata tak tahu nak makan ape,hehe.. Kalau aku pilih memang lame, paling lame la, last2 ikot kawan je,hehe.. Nasi kat "PLADANG" ataupun kiteorang panggil "BINTONG" jer, har.......kat sini memang murah, sedap lak tu, then banyak jenis.. Aku ni bab makan memang cerewet sket, cepat MUAK,hehe.. Pastu CAFE SAMUDERA yang terletak kat Dragon, har...tempat ni memang paling murah yang aku pernah jumpa la kat sini,hehe.. Sedap lak tu, kalo aku makan ikan kat sini, rasa dia macam mak aku masak kat umah, pergghhhhhh.........Har, tempat yang xpatut pergi makan adalah kat ANJUNG KELI...sebabnyer............rahsia,hehe...tapi kalo bole elakkan lah jangan makan kat situ...dah la MAHAL GILER... baek g makan kat tempat lain...
BARANG!!!
Har barang kat sini memang murah, tapi tengok tempat gak la, ada yang murah and ada yang mahal..kene pandai survey and tengok la...tapi KUALITI die, tak yah cakap lah yer, paham2 la, padan la dengan harga dia,hehe.....Tapi barang PAKAIAN kat sini memang mahal, baju ke seluar ke, pakaian dalam ke, tudung ke... Baik beli kat KL, lagi MURAH dan ELOK.. Har, barang yang aku suka sangat beli kat sini ialah GITAR and ape je yang berkenaan dengan gitar,hehe.. Memang murah, kat KL memang takde jual barang gitar yang murah macam ni.. Pastu, barang MOTOR...... Har, kedai kat simpang W.ulu ni memang murah, tapi kalo kene kat tempat lain mahal la, lagi2 kat kangar.. Ape je pasal motor aku akan pergi kat kedai satu ni je... Kat KL nanti aku tak tahu lah nak pergi kedai mane,huhu...
PADANG BESAR!!!
har, tempat yang ramai orang suka pergi shopping kalau datang ke Perlis ni,hehe.. Lagi2 golongan2 mak2 kita la,hehe.. Kalau dak laki yang pergi mesti ade kaitan dengan jersey dia tu,hehe.. Aku dah bosan pergi padang besar, lain la kalau memang nak cari barang.. Takdelah jauh sangat kalau dari kangar ni, lebih kurang dalam 40 minit macam tu la..
KAWAN-KAWAN!!!
Kat sinilah aku mula mengenal erti seorang kawan.. Macam2 ragam dan perangai ada,hehe.. Kadang2 tu bila teringat balik nak tergelak pun ada, sedih pun ada.. Aku sayang semua kawan2 aku.. Cuma yang bezanya banyak dengan sikit la,hehe.. Aku baik dengan orang tu, kalau orang tu baik dengan aku.. Aku akan tolong orang tu, kalau dia sanggup tolong aku bila aku perlukan.. AZILA, ILYA, ANGAH, LIN.. Terima kasih sebab sudi jadi kawan Rynee.. and banyak tolong Rynee.. dak2 kelas, dak2 Suksis, dak2 Taekwondo.. Macih sebab sudi kawan dengan dak kecik ni,hehe...
ILMU!!!
Kat sinilah aku banyak belajar, yelah tempat belajar aku pun kat sini and tujuan aku datang sini pun untuk belajar kan,hehe.. Banyak ilmu dan pengalaman yang aku dapat kat sini.. Macam2 ilmu aku belajar, bukan sahaja ilmu akademik.. Ilmu pasal motor, softskill, and macam2 la,hehe.... Macih kat orang sekeliling aku yang banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar kat aku..
selingan: nana cakap,"panjang entry combi kali ni", lame dia tunggu aku nak post,hehe... sat eh nana..
Har, kite sambung balik yer,hehe...ILMU----> selama empat tahun aku di sini, banyak aku belajar mengenai kehidupan.. cabaran dan dugaan yang aku hadapi.. macam mana nak handle or nak settle satu masalah tu.. Umur aku semakin meningkat, aku kena berfikiran dan bertindak matang untuk masa depan aku.. Time belajar memang stress, tapi time ni la paling seronok.. Bila dah mempunyai kejaya atau berkeluarga, kita tak akan rasa macam sekarang ni..
sampai sini jelah eh, dieorang dah tunggu aku nak g padang besar,hehe....tata...nanti sambung lagi yer...
p/s: ;(.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice
Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...
-
Assalamualaikum :). Dah lama rasenya tak coret kt blog ni, hehe bukan tak nak, tapi takde mase laa. Kesibukan kerja aku bertambah, lagi2 ...
-
Salam :). Terima kasih kat nana sebab ceriakan hari2 combi. I really miss you. Miss you soooooo much. Aku bersyukur dengan kehadiranmu dala...
:*
ReplyDelete:* hehe
ReplyDeleteGitar bli kt kdai mne brapa ratus
ReplyDeletegitar beli kat kedai Yamaha kat kangar. Harga dia RM100 dapat sekali dengan beg, hehe. Tapi sekarang ni tak tahu la harga dah naik ke tak hehe..Tapi so far okey la tahan sampai sekarang..Try la :).
Delete