Monday, June 13, 2011

day 3-9/6/2011

Salam :).

Hari ini semua  orang berkata mengenai result masing2. Aku malu. Malu dengan diri sendiri serta malu dengan kawan2 aku. Semalam merupakan antara hari yang paling pahit dalam hidup aku, sebab aku tidak pernah mendapat result yang sebegini teruk sekali. Aku sedih. Sedih bagaikan aku tidak mampu lagi untuk berdiri tegak, untuk menegakkan kepala. Aku malu untuk melihat mata2, serta renungan yang tajam menembusi luka dihatiku yang pedih ini.

Alahai, kenapa lah komputer aku ni tak boleh nak connect. Dah pasang cable pun tak boleh connect jugak,huhu. Tension betol. PC kat sebelah aku boleh je. PC kat line aku ni jer yang tak boleh, huhu. Aku memang tak ada mood la nak belajar Autocad hari ini, tak tahu lah kenapa, huhu. 

Tapi aku exited sebab angah nak datang perlis hari ni, hehe. Dah lama aku tak jumpa angah. Dah lama aku tak kacau dia, rindu rasanya.

Hari ini aku rasa macam kurang sihat sikit. Tekak terasa sakit. Lidah luka. Kepala rasa panas je. Padahal bilik ni aircond. Aku pun pelik. Maybe perubahan cuaca yang membuatkan aku rasa tidak sedap badan kot. Yelah, kat Kuala Perlis tu memang panas la, pastu bila datang muhibah kelas ada aircond lak, bila keluar panas terik. Perubahan cuaca secara tiba2. Badan aku cepat lemah. Tapi jarang la jatuh sakit yang teruk2. Kalo sakit pun, kejap2 je. Orang kate sakit main2,hehe.

Time lunch je aku selalu pergi ke Dragon. Yelah, nak makan bersama Nana Lempoyang dan Mummy Pia,hehe. Sembahyang pun dekat sana. Aku akan pergi ke sana bersama Bf terchenta aku, iaitu n0vi0,hehe. Sekarang ini aku tak de la bawa laju sangat, boleh jimat minyak, boleh menjaga kesihatan n0vi0, serta menjaga keselamatan kiteorang jugak,hehe.

Hari ini Nana kurang sihat. Cian kat nana. Selesema punya pasal satu badan sakit. Balik rumah, aku letakkan tuala basah kat kepala dia, aku risau mengenai subject kuratif yang dia kena ambil tu. Aku ingat nak ajak dia study sama2 pada waktu malam, tapi keadaan kesihatan Nana tidak mengizinkan.

Lepas kami makan malam je, mesti mengantuk giler. Samapi rumah je mesti terus landing atas katil. Tak tahu la kenapa, maybe sebab siang tu penat otak sebab belajar dari pukul 9pg hingga 5 petang.


p/s: huhu silap, angah bukan sampai hari ini pun...hari ni baru nak bertolak dari kemaman,huhu....

2 comments:

  1. macih combi watkan sarapan untuk nana, jaga nana time nana sakit..macih combi..

    ReplyDelete
  2. same2 nana...macih sebab jaga combi time combi sakit, urut combi...macih nana....

    ReplyDelete

Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...