Salam :).
Hari ini kami sempat bersarapan di rumah. Hari ini aku mandi dulu,hehe. Sebelum ni Nana yang akan mandi dulu. Aku nak siap awal sebab nak buatkan sarapan tuk Nana tersayang tu,hehe. Yelah dia kan tak berapa sihat. Cian dia. Semakin teruk selesema dia. Malam2 bagun pergi ke toilet. Kadang2 aku tersedar juga, walaupun aku ni jenis yang tidur mati,hehe.
Aku buatkan air susu dengan roti. Selera betul aku tengok dia makan. Kalau bab makan memang tak nampak sakit pun,hehe.
Hari ini hari jumaat, so rest dia panjang sikit sebab trainer lelaki melyu lak tu,hehe. Hari ini lunch kteorang makan dekat Kedai Fuadi Corner, nama lain dia ialah KFC,hehe. Berselera sungguh Nana makan, semua makanan dia habis dulu dari aku,hehe.
Kelas aku masuk balik pada pukul 2.45petang, manakala kelas Nana masuk balik pada pukul 2.30petang.
Pada sesi pagi kami akan belajar teori, dan pada sebelah petang kami akan buat hands on, lukis2,hehe.
Hari ini kelas habis lambat sikit sebab kena lukis lukisan yang susah. Cian kat angah kena tunggu kiteorang setengah jam,huhu. Sorry angah, kiteorang tak sengaja. Perjalanan dari muhobbah dan dragon nak ke kuala perlis memang makan masa berbanding ke wang ulu. Aku dah pesan kat nana suruh dia sembahyang asar siap2 dekat dragon. Lepas aku habis kelas je, aku terus pergi dekat Nana. Nana dah sembahyang asar. Then aku terus pecut ke Kuala Perlis, sebab Nana cakap Angah dah sampai pada pukul 5.05 ptg tadi. Sekarang jam aku menunjukkan pukul 5.20. Pecut......Pecut..... Pukul 5.30 sampai Kuala Perlis. FUH....
Lepas kiteorang lepak2 dekat tepi laut, angah, achik dengan adik min pergi lepak2 dekat rumah kiteorang, mummy pia ade dekat rumah. Ape yang menjadi topic hangat kiteorang adalah the Hosmate dan tuuuttt,hehe. Memang makin hangat lagi bila kiteorang balek makan dengan family angah, tibe2 the hosmate tu boleh selak pintu dari dalam. Memang menyirap lah darah kiteorang. Malu kot kat family angah, mak sedara dia, sepupu2 dia. Dah la mak sedara dia nak tumpang toilet. Aduh!!!!!!. Anjing kat belakang tu pulak buat hal, ape kena ntah la, tibe2 nak menyalak2 kat kiteorang . lintang pukang kiteorang lari,hehe. Lawak betol mase tu. Tapi aku memang takut giler, tak boleh nak control, respon secara spontan iaitu berlari,huhu. Padahal aku tahu yang tak boleh lari nanti anjing tu kejar,huhu. Bila dah sampai depan rumah baru aku teringat hal itu,huhu.
Aku pun tebalkan muka tumpang lalu dekat rumah sebelah. Nana mengekori setiap langkah aku pergi. Tibe di pintu belakang jer, aku cuak. Macam mana la aku nak melalui pagar nak pergi ke rumah sebelah iaitu rumah aku. Anjing tu betul2 berada straight di hadapan aku lebih kurang dalam jarak 7-10 meter. Dengan berbekalkan bismillah serta nana ada di belakang, aku memberanikan langkah dan perlahan2 aku membuka pintu pagar dan berjalan dengan perlahan sekali. Alhamdulillah, aku selamat masuk ke pagar rumah aku, lepas itu nana menyusul. Aku cuba untuk memulas tombol pintu belakang, tapi berkunci juga,huhu. Mula2 aku ketuk, lepas tu nana ketuk dengan kuatnya sampaikan rumah belakang membuka pintu menjenguk kami.
Kemuadian satu suara dari dalam berkata “siapa?”. Kami pun bersuara, “weh bukak pintu, yang kau pergi selak pintu tu buat apa!!!”. Dengan gaya yang tidak pernah ada rasa bersalah just cakap SORRY je, lepas tu pergi sambung tidur. Tidak pernah aku jumpa orang yang sebegini perangainya. TERUK!!!. The hosmate tu memang buruk perangai. GILER. SAIKO. SEWEL. DASYAT. Macam2 orang member gelaran kepada dia.
Aku tertidur di atas katil besama nana. Nana bangun sebab dia belum sembahyang isyak lagi. Kemuadian dia kejut aku bangun untuk cuci muka dan gosok gigi. Aku keluar bilik sebentar terdengar bising2. Chom, Dida dan Fat ada di ruang tengah. Terkejut aku melihat mereka ada di sini. Rupa2nya dieorang nak tahu cerita mengenai “the hosmate”,hehe. Famous jugak dia kan,hehe. Lepas penat bergosip kami pun masuk tidur.
p/s: to angah lempoyang, sorry sangat...huhu...kami memohon ampun dan maaf kepada angah sekeluarga serta sedara mara...
salam....ehehheeh xde masalah lah rynee n bro....kitorang tak kisah pon pasal hosmate gila tu...yg penting korang selamat masuk rumah...itu je...benda2 lain kita boleh settle...
ReplyDeletetp pasal hosmate saiko tu...seyes mmg menguji kesabaran dan keimanan kita...
malu betul dgn kejadian mlm tu dgn angah n family..thanks angah sebab sudi melawat kami kt sini..=)
ReplyDeletepetang tu mase nak g jumpe angah kt port biase combi bwk moto laju giler..sampai mata berair sebab angin masuk lam visor..hehehe
macih angah lempoyang...huk3....orang marah kat die pun dia x prasan....ape dah...
ReplyDeletehehe..alor sorry nana, combi bwk laju sebab angah dah tunggu lama...