Syukur Alhamdulillah aku dapat sambut ramadhan di Kedah (kampung belah mak aku). Malam jumaat bersamaan 20/7/2012 kami bertolak balik ke kedah, aku gilir2 dengan kakak aku. Kami bawak Bimblebee balik kedah sebab dapat jimat minyak sket. Memang jimat sangat, dari KL isi penuh, skali isi jer direct terus sampai kedah, tinggal 2 bar jer, jimat kan :). hehe.
Mula2 aku bawak dulu, memang mengantuk giler lah, sebab aku baru balik dari Johor (keje outstation). Memang letih sangat. Tapi kecian jugak kalau kakak aku drive sorang2. Belum sampai tapah lagi, aku rase macam lame sangat, apasal lah jauh sangat tapah ni. Mata aku memang tak tahan sangat2 dah ni. Aku hampir tertelap beberapa kali, aku selawat banyak, jauhilah aku dari apa2 bencana, aku risau sebab aku bawa family aku.
Alhamdulillah aku berjaya sampai kat Tapah, then aku kejut kakak aku, aku suh dia bawak pulak. Aku cakap kat die kat R&R sungai perak bagi aku bawak pulak. Aku pun dah terlelap, aku pun tak sedar bila aku terlelap. Tiba2 akak aku kejut bangun sahur, terkejut aku. Aku tengok jam dah pukul 5 pagi. Aku kat Gurun rupanya. Hmm laju jugak akak aku pecut, nasib tak banyak kereta sangat.
Lepas sahur + sembahyang subuh, kami terus bergerak ke rumah atok...
Har, aku ade pengalaman yang menarik hehe (gelak dulu sebelum cerita, hehe)...
Aku tak pernah lalu drive-thru kat area kawasan utara ni, aku keluar dengan mak and adik aku pergi beli barang nak berbuka nanti. Then, mak aku suruh singgah KFC nak beli untuk PakSu aku. Aku yang drive. Pastu lalu kat drive-thru KFC yang kat stadium tu. Aku pun orderla snake plate, then die tanye, "pedas dak?". Aku diam selama 3 saat. Lidah kelu, rasa nak gelak pun ada, hehe. Biasanya dieorang akan tanya, "original ke spicy?", hehe. Secara automatic aku pun jawab, "har har, spicy". Lepas tu die tanye lagi, "Ayak?"........Har???Ayak??ape tu?(cakap dalam hati jer). Ooowwhhhhhh air ke, hehe lupe lak aku, nampak sangat dah lama tak jejak kaki kat belah utara ni, hehe...........yang paling lawaknya, mase nak bayar tu dia cakap,"sepuluh ringgit tiga puluh sen".....hahahahahaha dia tau yang aku bukan orang cni, at last baru cakap luar, hehehe....
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan....
Salam Ramadhan kepada semua umat Islam :).
Semoga ramadhan kali ni lebih bermakna :).
amboi...hahaha..
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan..semoga amalan kita diterima..insyaAllah..:)
ReplyDeletehehehehehe....:).
ReplyDeleteSelamat menyambut ramadhan nana...insyaAllah..:).