Monday, October 22, 2012

Mood Convo part 2

-bismillah-

Assalamualaikum :).

Seperti yang dijanjikan, ni jer gambar yang ada, sikit jer rupenya, huhu maklumlah camera biase jer, nk beli camera canggih tak mampu lagi, hehe. #bersyukurdenganapayangada *hehe sejak buat twitter ni dah pandai #tag, haha.

Ni gambar pre-convo kat rumah ayah. Plan asalnyer nak pergi ambil gambar kat kedai, tapi hari minggu kedai gambar tutup awal lak kat area rumah ayah tu.

Ayah, kakak dengan adik kecik Rysha :).


Rysha Hanna. Rindu lak kat si kecik ni. Petah betol bercakap, tapi pelat, hehe. Pantang jumpe camera, hehe. Pastu buat jer ape yang aku suruh, hehe. Bagus mendengar cakap, hehe. :).
Cute tak baju angry bird tu, aku beli tuk dia, terus nak pakai, hehe comey jer..





Hari kejadian :).





Yusra cute, hehe :).

Familia :).

Inilah dia Nor Afizatul Akmar. Cantik kan dia :).

My Mom :).

Candid :).


Mak aku, kawan mak aku dengan anak dia..

My Familia :). except Muhd takde :(.




Har ini lah hasilnya. Hasil yang kami berdua jahit, hehehe. Walaupun simple, walaupun tak cukup masa jahit.......ramai yang puji...macih :).




Sunday, October 21, 2012

teman pengganti

salam sejahtera..


ketawa bersama..
menangis bersama..
ku bersumpah harap kita mati pun bersama..

sejak dua menjak ini..
makin kerap ku diganggu visi..
dalam celik, juga dalam mimpi..
aku nampak kau..
tapi bukan aku yang disisi..
dia membelaimu dengan izin dan permisi...
sentuhan katanya semua kau iakan..
sentuhan jari kau diamkan dan biarkan...
aku redha walau tidak ku damba...
walau hampa semuanya dah dijangka...

beberapa purnama dulu cinta bertahta..
kenangan dibina indah belaka..
ketawa bersama..menangis bersama..
ku bersumpah harap kita mati pun bersama..
namun hakikatnya, bukan mudah..
aku sembunyikan gulana-gundah..
segalanya kan berubah..
dengarkan apa yang aku mahu luah..

rahsia ini...
telah lama aku pendamkan...
tiba masanya..
segala-galanya aku ceritakan..
aku kan pergi..
pergiku tak akan kembali...
tiba masanya..
kau cari teman pengganti...

dalam dunia yang maya, prejudis dan bias..
kita tak kan terlepas dari terkena tempias..
rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias..
tidak kau bidas..tak berpaling walau sekilas..
hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks..
dalam disleksia cuba kekal dalam konteks..
bila dunia seolah tak memahami..
kau sudi selami, dalami dan mengalami..

setia mendengar, sentiasa hadir..
ingat setiap ulang tahun setiap hari lahir..
tiba pagi syawal, kau lah yang terawal..
syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal..
70 000 hijab harus ku singkap..
ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap..
dalam diam ada sorang yang ku puja..
kau teristimewa tapi dia yang sempurna...

sejak dua menjak ini ku mencari fungsi kewujudan..
dalam persekitran yang penuh kejumudan..
terperangkap ku di dalam jasad, ku keliru..
mujur ada kau si peneutralisasi pilu..
namun ku tetap murung, berkurung..
tubuh makin susut, menunggu tarikh luput..
komplikasi di halaman rusuk kiri..
makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri..

lagu ini yang terakhir aku sajikan..
kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan..
jaga diri, jangan makan hati..
yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti..
bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi..
cincin, kunci, dompet dalam laci..
ada sikit wang, itu saja baki..
moga-moga cukup untuk majlis itu nanti..

aku kan pergi..
bertemu Kekasih Abadi..
tiba masanya..
kau cari teman pengganti...














~..utara..~

salam sejahtera..

untuk entri kali ni, biarla gmbar2 yang bercerita..rindunya aku pada utara..jauh sangat bezanya dengan selatan..iaitu zaman ambil diploma dulu... :)

















Tuesday, October 16, 2012

Mood Convocation

-bismillah-

Assalamualaikum :).

Sekarang ni memang musim convo. Mood convo belum habis lagi walaupun bukan aku yang convo, hehe. Aku nak ucapkan tahniah kat kakak aku a.k.a Rugene Roslan sebab berjaya mendapat segulung ijazah dalam bidang electronik engineering.

Seminggu sebelum hari kejadian, akak aku bising kat aku dia kata takde baju tuk konvo lagi. Dia kata dia dah cari awal tapi tak jumpe yang berkenan. Aku pun dengan baik hatinya menawarkan perkhidmatan untuk menjahit baju konvo kakak. Dalam kepala ni macam2 idea fikir nak design, hehe. Nak fikirkan baju yang simple tapi cantik. Mula2, soalan yang simple jer aku tanyer kat kakak aku, nak kaler ape? Memang susah la nak dapat jawapan dia. Sebab nak sama kan dengan pasangan and family. So kena tanye semua orang. At last, tema kaler sudah pun di pilih. Kaler PURPLE. Cantik kan macam kaler kereta aku, haha. *nak masuk jugak si bimblebee ni, hehe.

So dalam masa seminggu la aku kena siapkan baju akak aku. Nasib ade teman yang sanggup tolong :). Thanks Nana sebab sudi tolong jait baju kakak sama2 :). Best dapat jait sama2, hehe. Jahit manik memang menguji kesabaran aku, jahit dia sangat leceh dan lambat, demi tuk kakak, aku teruskan menjahit jugak.

Hari kejadian

Time hari kejadian ni agak kelam kabut sket sebab kiteorg kuar umah lambat sket. Sepatutnya keluar pukul 6.30, tapi dianjakkan pada pukul 7.00 pagi. Majlis convocation akak aku berlangsung di PICC, putrajaya. Ini ialah kali kedua aku menjejakkan kaki dalam dewan PICC ni, Besar sangat, cantik sangat. Kali pertama semasa kakak aku ambil diploma. Sekarang ijazah sarjana muda :).

Hanya dua orang jer yang boleh masuk hall tu, aku kena duduk kat luar. Umi dengan syam yang masuk. Tibe2 umi terserempak dengan kawan dia, then ada satu lagi tempat kosong, so aku dapat la masuk, hehe. Bila masuk rasa menyesal lak, hehe sebab aku mengantuk giler, bapak bosan lah kat dalam tu. Ada wifi tapi handphone aku takde bateri lak, huhu, so boleh bayangkan betapa bosannyer lagi2 lepas tengok akak aku dah naik pentas, hehe. Ada 5 buah unikL kat dalam tu, akak aku unikL BMI, ade unikL MFI, MIAT, macam2 lagi la *tak ingat sebenarnya, he2. Akak aku naik pentas awal, so memang bosan la tunggu sampai majlis habis, sampai tersengguk2 aku kat dalam tu, he3.

Untuk menghilangkan sikit rasa bosan, aku pun belek2 la buku konvokesyen dia ada bagi sekali kat pintu masuk. Aku saje la cari nama kakak aku, then aku ter'stop' kat satu nama yang aku kenal sangat2, tapi lama tak nampak. 141. Nor Afizatul Akmar Baharudin. MAAKKKK AIIIIIHHHHH!!!!! OMG!!! *gaya omputeh sket. Ni lah kawan baik aku mase sekolah rendah, darjah 3. Family dia selalu berpindah randah. Darjah 4 dia kena pindah ke perak. Tapi kami selalu berbalas surat, hantar gamba, yerlah time dulu2 mane ade facebook, bagai nih. Sebenarya dah lama aku cari dia, tapi tak jumpa.

Aku siap tunggu giliran nama dia kena panggil naik pentas, tapi aku duduk jauh ke belakang, aku hanya cam warna tudung dia kaler pink jer. Aku tak nampak dengan jelas gambar dia di screen.

Then bila semua dah bersurai, aku pantas keluar sebab nak beli bunga tuk kakak aku dengan bard. Pastu kami tunggu kat depan escalator.  Tak lama pastu, bard dengan kakak pun turun. Sesi bergambar sekejap bersama family aku dengan family bard. Then dieorang kena pergi ambil gambar, sijil semua. Mak aku duk borak jer. Aku pun ambil kesempatan ni nak round satu PICC sebab nak cari Fiza. Aku tak berapa cam sangat yer la lebih kurang 13 tahun tak jumpa. Agak lama aku cari dan aku hampir berputus asa. Sambil mencari tu, aku berdoa supaya Allah ketemukan aku dengan dia.

Akhirnya, Alhamdulillah. Aku dah jumpa tapi agak was2 nak tegur takut dia tak ingat kat aku, huhu. Malu + takut semua ada lah. Lama jugak aku berdiri kat di sebalik tiang tu sambil jeling2, hehe. Lastly aku kuatkan hati aku tuk tegur salah seorang family dia..

"Awak2..yang konvo tu sapa nama?"
"Yang mana satu?"
"Yang pakai tudung pink tu."
"Yang tu nama dia Nor Afizatul Akmar".
"Har, betol la tu, hehe. Saya kawan lama dia, time sekolah rendah dulu."
"Sekolah mana?Bandar tun razak eh?"
"Aah, betol la tu, hehe"

Then abang dia terus panggil fiza. Mula2 aku tanya, kenal tak aku? Dia tak kenal pastu aku cakap nama aku, dia terus peluk aku. Alhamdulillah aku bersyukur, akhirnya aku dapat jugak jumpa kawan aku. Dia dah berisi sket, maklumlah dah berbadan dua, hehe. Dah lima bulan katanya. Tak sangka aku kawan baik aku mase kecik2 dah kawin and dah pregnant, hehe.

Nanti aku upload gambar yer :).

Sebelah Jiwaku Pergi

-bismillah-

Assalamualaikum.

Hi, good morning :). Semoga hari ni menjadi lebih baik dari sebelum ni. InsyaaAllah :).

Sekadar luahan hati. Nak cakap tak reti so tulis lah, hehe....(tulis pun ntah pape, hehe)

"Lihatlah, akan aku buktikan padamu, walaupun aku jatuh tapi tak tersungkur. Biarlah aku berdiri sendiri kerana aku masih lagi mampu bernyawa dengan sebelah jiwaku.."

Kata2 semangat untuk diri sendiri. Chaiyok Yusra.

Aku mahu cuba untuk bangkit, bangkit untuk menaik tarafkan diri sendiri. Bangkit untuk mencari kenikmatan hidup di bumi Allah ini. Bangkit untuk memajukan diri sendiri. Bangkit untuk menambahkan keyakinan diri. Bangkit untuk mencapai kejayaan dalam diri di dunia mahupun di akhirat. Aku harus bangkit!!

Tapi.............

Mampukah aku? Beranikah aku? Bersediakah aku?................

***





Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...