-bismillah-
Assalamualaikum :).
Sekarang ni memang musim convo. Mood convo belum habis lagi walaupun bukan aku yang convo, hehe. Aku nak ucapkan tahniah kat kakak aku a.k.a Rugene Roslan sebab berjaya mendapat segulung ijazah dalam bidang electronik engineering.
Seminggu sebelum hari kejadian, akak aku bising kat aku dia kata takde baju tuk konvo lagi. Dia kata dia dah cari awal tapi tak jumpe yang berkenan. Aku pun dengan baik hatinya menawarkan perkhidmatan untuk menjahit baju konvo kakak. Dalam kepala ni macam2 idea fikir nak design, hehe. Nak fikirkan baju yang simple tapi cantik. Mula2, soalan yang simple jer aku tanyer kat kakak aku, nak kaler ape? Memang susah la nak dapat jawapan dia. Sebab nak sama kan dengan pasangan and family. So kena tanye semua orang. At last, tema kaler sudah pun di pilih. Kaler PURPLE. Cantik kan macam kaler kereta aku, haha. *nak masuk jugak si bimblebee ni, hehe.
So dalam masa seminggu la aku kena siapkan baju akak aku. Nasib ade teman yang sanggup tolong :). Thanks Nana sebab sudi tolong jait baju kakak sama2 :). Best dapat jait sama2, hehe. Jahit manik memang menguji kesabaran aku, jahit dia sangat leceh dan lambat, demi tuk kakak, aku teruskan menjahit jugak.
Hari kejadian
Time hari kejadian ni agak kelam kabut sket sebab kiteorg kuar umah lambat sket. Sepatutnya keluar pukul 6.30, tapi dianjakkan pada pukul 7.00 pagi. Majlis convocation akak aku berlangsung di PICC, putrajaya. Ini ialah kali kedua aku menjejakkan kaki dalam dewan PICC ni, Besar sangat, cantik sangat. Kali pertama semasa kakak aku ambil diploma. Sekarang ijazah sarjana muda :).
Hanya dua orang jer yang boleh masuk hall tu, aku kena duduk kat luar. Umi dengan syam yang masuk. Tibe2 umi terserempak dengan kawan dia, then ada satu lagi tempat kosong, so aku dapat la masuk, hehe. Bila masuk rasa menyesal lak, hehe sebab aku mengantuk giler, bapak bosan lah kat dalam tu. Ada wifi tapi handphone aku takde bateri lak, huhu, so boleh bayangkan betapa bosannyer lagi2 lepas tengok akak aku dah naik pentas, hehe. Ada 5 buah unikL kat dalam tu, akak aku unikL BMI, ade unikL MFI, MIAT, macam2 lagi la *tak ingat sebenarnya, he2. Akak aku naik pentas awal, so memang bosan la tunggu sampai majlis habis, sampai tersengguk2 aku kat dalam tu, he3.
Untuk menghilangkan sikit rasa bosan, aku pun belek2 la buku konvokesyen dia ada bagi sekali kat pintu masuk. Aku saje la cari nama kakak aku, then aku ter'stop' kat satu nama yang aku kenal sangat2, tapi lama tak nampak. 141. Nor Afizatul Akmar Baharudin. MAAKKKK AIIIIIHHHHH!!!!! OMG!!! *gaya omputeh sket. Ni lah kawan baik aku mase sekolah rendah, darjah 3. Family dia selalu berpindah randah. Darjah 4 dia kena pindah ke perak. Tapi kami selalu berbalas surat, hantar gamba, yerlah time dulu2 mane ade facebook, bagai nih. Sebenarya dah lama aku cari dia, tapi tak jumpa.
Aku siap tunggu giliran nama dia kena panggil naik pentas, tapi aku duduk jauh ke belakang, aku hanya cam warna tudung dia kaler pink jer. Aku tak nampak dengan jelas gambar dia di screen.
Then bila semua dah bersurai, aku pantas keluar sebab nak beli bunga tuk kakak aku dengan bard. Pastu kami tunggu kat depan escalator. Tak lama pastu, bard dengan kakak pun turun. Sesi bergambar sekejap bersama family aku dengan family bard. Then dieorang kena pergi ambil gambar, sijil semua. Mak aku duk borak jer. Aku pun ambil kesempatan ni nak round satu PICC sebab nak cari Fiza. Aku tak berapa cam sangat yer la lebih kurang 13 tahun tak jumpa. Agak lama aku cari dan aku hampir berputus asa. Sambil mencari tu, aku berdoa supaya Allah ketemukan aku dengan dia.
Akhirnya, Alhamdulillah. Aku dah jumpa tapi agak was2 nak tegur takut dia tak ingat kat aku, huhu. Malu + takut semua ada lah. Lama jugak aku berdiri kat di sebalik tiang tu sambil jeling2, hehe. Lastly aku kuatkan hati aku tuk tegur salah seorang family dia..
"Awak2..yang konvo tu sapa nama?"
"Yang mana satu?"
"Yang pakai tudung pink tu."
"Yang tu nama dia Nor Afizatul Akmar".
"Har, betol la tu, hehe. Saya kawan lama dia, time sekolah rendah dulu."
"Sekolah mana?Bandar tun razak eh?"
"Aah, betol la tu, hehe"
Then abang dia terus panggil fiza. Mula2 aku tanya, kenal tak aku? Dia tak kenal pastu aku cakap nama aku, dia terus peluk aku. Alhamdulillah aku bersyukur, akhirnya aku dapat jugak jumpa kawan aku. Dia dah berisi sket, maklumlah dah berbadan dua, hehe. Dah lima bulan katanya. Tak sangka aku kawan baik aku mase kecik2 dah kawin and dah pregnant, hehe.
Nanti aku upload gambar yer :).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice
Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...
-
Assalamualaikum :). Dah lama rasenya tak coret kt blog ni, hehe bukan tak nak, tapi takde mase laa. Kesibukan kerja aku bertambah, lagi2 ...
-
Salam :). Terima kasih kat nana sebab ceriakan hari2 combi. I really miss you. Miss you soooooo much. Aku bersyukur dengan kehadiranmu dala...
No comments:
Post a Comment