Bismillah.
Assalamualaikum.
Lama betul aku tak update blog, sampaikan aku lupa yang aku ada blog, hehe. Al maklumlah tengah cuti confinement ni banyak pula fikir. Next post nanti nak buat review sikit pasal hospital yang aku bersalin untuk anak yang ke-2 ni yer, iaitu Hospital Islam Az-Zahra, Bangi.
Alhamdulillah, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 25 August 2017 pada jam 2.05 AM secara normal dengan berat 2.70kg. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.
Pengalaman bersalin anak yang ke-2 ni memang berlainan dengan yang pertama. Tu la orang cakap setiap anak ni lain2, setiap orang pun lain2, setiap pengalaman berbeza. Aku dapat rasakan kandungan kali ni akan keluar awal daripada abang dia, sebabnya aku banyak berjalan, buat kerja, turun naik tangga, huhu.
Aku dah rasa sakit contractions selang 10 minit pada pukul 3 pagi hari khamis 24 August, di sebabkan aku fikir ada kerja dekat ofis yang tak siap lagi aku gagahkan juga untuk ke ofis hari tu. Aku minta husband aku hantar pergi kerja pagi itu sebab memang tak larat nak bawa kereta. Aku pesan dekat dia untuk prepare kalau apa2 terjadi semasa aku dekat ofis. Seksanya memang tak boleh nak bayangkan sambil siapkan kerja, hantar email, handover kerja sambil menahan sakit contraction, tapi tak ada sesiapa pun yang tahu masa tu.
Lepas solat asar, aku cakap dengan baby sambil usap perut, "kalau awak nak keluar dah boleh dah, sebab mama dah settlekan kerja mama untuk hari ni".
Balik kerja tu, husband aku dan Raaqiy yang jemput, sambil dinner dekat paradigm. Kami makan fish & co, aku memang tak lalu makan dah sebab tengah menahan sakit contraction, kami oder meal untuk sorang makan dan kids meal, sebab aku tahu nanti makanan aku membazir. Lepas makan kami gilir2 solat magrib, bila aku habis solat jer, husband aku message cakap dia dan Raaqiy dekat dalam JKids.
Aku pun join sekali masuk dalam JKids tu, nasib baik aku pakai stokin dan mak bapak masuk free jer, hehe. Best main sebab tak ramai orang, ada la dalam 3 or 4 orang kanak2 jer, hehe. Sambil tengok Raaqiy main sambil menahan sakit, Ya Allah, hanya Allah yang tahu sakit dia macam mana. Dalam pukul 9 lebih malam kami gerak balik rumah. Sampai rumah nak dekat pukul 10 macam tu, sakit dah selang 5 minit dah.
Aku cakap dekat husband, "kita tidurkan Raaqiy dulu lah, baru pergi hospital". Husband aku pun setuju. Bila semua dah tidur, aku pun rasa macam mengantuk dan malas pulak nak pergi hospital, esok jerlah pergi hospital aku mengomel dalam hati. Tiba-tiba......
Bila aku baru nak terlelap, tiba-tiba aku rasa sakit macam nak meneran dah, cepat2 aku kejutkan husband aku, "Jom B, kita pergi hospital". Kelam kabut husband aku bangun, bawa kereta laju bukan main, hehe. Aku suruh dia cool down sikit, bawa slow sikit sebab rasa perut aku bergegar dan lagi sakit. Dari Cheras ke Bangi 40km/hr jer, hehe. Lama la pulak nak sampai hospital ni, tapi aku diamkan saja.
Sampai di hospital pada jam 12.30 mlm. Selesai parking kereta, terus pergi ke bahagian emergency dan kemudian terus ke tingkat satu untuk bidan check bukaan. Baru jer sampai tingkat satu tiba-tiba aku terasa macam sesuatu terkeluar, seluar aku basah, aku tak tahu samada air ketuban pecah or aku yang terkencing. Aku pun segan la kalau terkencing, so aku minta diri dulu ke toilet sebelum bidan tu check bukaan.
Bila time bidan nak check bukaan, bidan cakap ni air ketuban yang pecah dan dah buka 7 cm. MasyaAllah, 2x aku tanya bidan tu bukaan dah berapa sebab macam tak percaya, kemudian mereka terus tolak aku ke LB. Dalam LB tu terasa tekanan dan sakit contraction yang amat sangat. Alhamdulillah Husband yang sentiasa ada di sisi, sambil bacakan ayat nabi yunus di telinga aku semasa sakit contraction datang.
Baring terlentang tak kena, mengiring tak kena, semua serba tak kena sebab menahan sakit contraction. Bila tak tahan sangat aku panggil nurse, bila check baru buka 8 cm. Then, tiba2 nurse semua masuk dan ada seorang nurse panggil doctor masuk, huish dieorg nak suruh aku teran masa bukaan 8cm ke? huhu. Bila dah setting semua dah siap, dia suruh aku teran sikit untuk nampakkan kepala baby, then tarik nafas panjang untuk teran keluarkan kepala baby................fuh dengan sekali teran keluar semua skali, alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mempermudahkan aku untuk bersalin.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Lahirlah seorang lagi ahli syurga. Semoga menjadi anak yang solehah.
Journey for mother of two is now begin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice
Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...
-
Assalamualaikum :). Dah lama rasenya tak coret kt blog ni, hehe bukan tak nak, tapi takde mase laa. Kesibukan kerja aku bertambah, lagi2 ...
-
Salam :). Terima kasih kat nana sebab ceriakan hari2 combi. I really miss you. Miss you soooooo much. Aku bersyukur dengan kehadiranmu dala...
No comments:
Post a Comment