Wednesday, February 19, 2020

Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum.

Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Walaupun bayi lahir secara normal dan sihat juga boleh kadang kala boleh terkena penyakit demam kuning. Kira-kita 60%-70% bayi yang baru lahir akan terkena demam kuning.

Apa itu penyakit DEMAM KUNING atau JAUNDIS?


Jaundis neonatal atau dikenali sebagai icterus dalam bahasa ilmiah, merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh perubahan warna kekuningan pada kulit dan sclera (bahagian putih pada mata) bayi yang baru lahir. Jaundis neonatal merupakan sebab utama kemasukan semula ke hospital dalam minggu pertama usia selepas kelahiran. Keadaan ini berlaku hampir 70% dalam kalangan bayi yang dilahirkan selepas melalui terma penuh. Bayi yang dilahirkan sebelum mencapai terma penuh lebih cenderung untuk menjangkitijaundis neonatal. Jaundis neonatal terjadi akibat pemendapanbilirubin apabila terdapat peningkatan tahap bilirubin dalam darah, iaitu keadaan yang juga dikenali sebagai hyperbilirubinemia.
Bilirubin terhasil daripada penguraian hemoglobin dalam sel darah merah. Bilirubin wujud dalam bentuk tak terkonjugasi atau bebas (unconjugated) yang tidak larut air dan dibawa ke organ hati melalui albumin dalam plasma. Di dalam hati, ia kemudiannya ditukar kepada bilirubinterkonjugasi (conjugated) yang memiliki sifat larut dalam air. Bilirubin yang terkonjugasi kemudiaannya disingkirkan dalam hempedu.
Hyperbilirubinemia neonatal boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan yang sama ada bersifat sementara contohnya jaundis fisiologikal neonatal ataupun keadaan lebih teruk yang menyebabkan hyperbilirubinemia yang berlanjutan dalam bayi. Jaundis fisiologikal neonatal disebabkan oleh peningkatan kadar pemecahan sel darah merah serta organ hati bayi yang kurang matang. Keadaan yang tidak memudaratkan ini biasanya muncul dalam bayi yang berusia 2 hingga 4 hari dan akan beransur hilang sewaktu bayi berumur 1 hingga 2 minggu. Jaundis yang berlanjutan seringkali menunjukkan keadaan yang serius bagi bayi, contohnya penyakit hemolitik bayi yang baru lahir, penyakit atresiabiliari (penyakit di mana sistem hempedu luar tidak wujud dan menyebabkan bayi mengalami jaundis berpanjangan) ataupun hepatitis neonatal idiopathic yang jarang berlaku.
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
Bagaimana cara untuk turunkan kuning bayi?
1- Ibu yang menyusu harus mengawal pemakanan. Elakkan makan herba seperti akar kayu, halia, lada hitam. Ibu juga harus kerap untuk makan buah oren sunkist. Selain itu, ibu perlu minum susu kurma atau susu yang diblendkan bersama kurma dan kismis.
2- Ibu perlu kerapkan menyusu badan sekurang2nya 2 jam sekali, kalau bayi tidur, kejutkan untuk minum susu. Breast perlu dikosongkan setengah jam selepas menyusu. Ini sangat penting untuk kosongkan breast!!! Sebab pada susu kita akan produce lebih banyak dan untuk mengelakkan dari "susu basi" dan membentuk nanah. Selain itu, bayi akan dapat lemak susu dengan lebih banyak iaitu di panggil "Hindmilk". Hindmilk ini adalah susu akhir yang ada di belakang payudara, warna yang lebih pekat serta kaya dengan serat, kalori dan lemak yang tinggi.
3- Sapu T-rub balm dari Tasneem Naturel. Sapu di bahagian perut secara urutan "i love u".

Kuning bayi boleh berkurangan dan dikeluarkan melalui najis bayi. Dengan 3 perkara di atas ni kita boleh bantu proses pencernaan bayi itu supaya kerap membuang najis. Maka boleh turunkan paras kuning bayi, InshaALLAH.
Rynee tidak galakkan untuk memberi makanan serta minuman selain dari susu ibu kepada bayi yang baru lahir, kerana kita boleh merosakkan usus bayi yang belum matang.
Apa itu T-rub Balm?
T-rub adalah sejenis natural balm dengan gabungan 9 extract essential oil dan 100% dari bahan semulajadi yang sesuai digunakan oleh bayi seawal baru lahir hingga dewasa. 9 EO yang terdapat dalam T-rub adalah Lavender, Ginger, Peppermint, Juniper, Fennel, Lemongrass, Anise, Patchouli dan Tangerine.

Tuesday, October 16, 2018

Hospital Islam Az-Zahra, Bangi (HIAZ)

Assalamualaikum.

Hari ini Rynee nak buat review mengenai Hospital Islam Az-Zahra, Bangi (HIAZ). Pengalaman bersalin anak kedua Rynee pada hari Jumaat, 25hb Ogos 2017.

Sebelum bersalin sekurang-kurangnya 2 kali checkup di hospital, sebab Doktor yang kita refer perlu tahu condition mommy and baby sebelum bersalin.

Aku 1st checkup pada week ke 34 (Rynee checkup lambat, please jangan ikot) at least 7 bulan dah kena refer dekat hospital yang kita plan untuk bersalin.

Nak pilih Doktor mana?

Doktor di HIAZ ada ramai, so kita boleh pilih nak checkup dengan Doktor yang mana. Doktor yang kita checkup itulah yang akan sambut kita bersalin nanti. Disebabkan Rynee chekup dah week ke 34 dan untuk memudahkan kerja semua orang, maka Rynee tidak memilih Doktor, dan pilih Doktor mana yang free dalam masa yang terdekat untuk buat appointment. Rynee checkup dengan Dr. Rusinarhayati tapi bersalin dengan Dr. Noraini. Harr.....mesti nak tahu sebab apa kan? hehe

Actually, due date aku pada 2/9/2017 tapi baby nak keluar awal pada 25/8/2017, hehe. Masa aku last checkup lebih kurang seminggu sebelum aku bersalin, Dr. Rusinar pesan dia dalam on leave 2 minggu, so Doktor yang on call dalam 2 minggu itu akan sambut bersalin, jika Rynee bersalin dalam masa 2 minggu lagi.

Di HIAZ ada pakej bersalin, masa tahun 2017 ada pakej bersalin aaliyah RM1999.90. Tapi malangnya, Rynee ada Talasmia, so special case bak kata Dr. Rusinar, so aku tak boleh amik pakej bersalin aaliyah. Tapi berita baiknya selepas bersalin, Rynee tak ada sebarang komplikasi, so Dr. Noraini bagi Rynee amik pakej aaliyah tu. Yeayyy. Alhamdulillah.

Semasa booking, bila Rynee tak dapat amik pakej aaliyah tu, Rynee booking untuk single room dalam harga RM130 satu malam. Tapi disebabkan masa Rynee bersalin awal pagi hari itu penuh bilik single, diaorang tempatkan sementara di 4 bedded room, di Bilik Ummi Salamah.

HIAZ ni kawasan dia kalau datang pick hour memang agak susah parking sebab dekat kawasan shop lot. Alhamdulillah Rynee sakit bersalin pada tengah malam dan bukan pick hour dan senang untuk dapat parking dan traffic pun tidak sesak.

Harga checkup pula standard untuk hospital swasta la, range yang Rynee kena kalau tidak ada ambil darah and ubat, dalam RM130++ macam tu, kalau ada ambil darah dan ubat harga memang agak mahal la. Rynee tidak ambil ubat di hospital sebab hanya makan ubat tambah darah jer, "Saferon" beli di farmasi sahaja dalam RM25 per box boleh tahan sebulan. (doktor tak suggest Rynee ubat sebab special case ade talasmia, hehe)

Alhamdulillah, bersyukur sangat yang Allah permudahkan segala urusanku. Rynee bersalin pada pukul 2.05 pagi, pada pukul 5.30 ptg hari yang sama aku dapat discharge keluar, Alhamdulillah.

Untuk pengetahuan semua, Rynee tidak mengambil sebarang ubat tahan sakit untuk bersalin. Dan husband memang sentiasa di sisi, setiap kali bersalin mesti pegang tangan husband, dan husband akan bisikkan di telinga ayat nabi yunus, supaya dapat kurangkan sakit contraction dan dipermudahkan untuk bersalin.

Walaupun tidak dapat duduk bilik single, husband tetap dapat duduk dengan Rynee, alhamdulillah. Sebab senang untuk minta tolong apa2. Nak pergi toilet ke, sebab sebelum ni pernah ada history semasa lepas bersalin Raaqiy dulu, hampir pengsan dalam bilik air. Huhu.

Layanan nurse dan doktor di sana memang sangat berpuas hati, selepas bersalin nanti akan ada doktor dan ustaz akan datang ke katil memberi penerangan serta mendoakan kita :).

Bayaran yang Rynee kena bersalin pada awal pagi (doktor oncall) dan pada tahun august 2017 sebanyak RM2282.

Alhamdulillah.

#strongcutemama




Monday, October 2, 2017

Precious Moment 2#

Bismillah.

Assalamualaikum.

Lama betul aku tak update blog, sampaikan aku lupa yang aku ada blog, hehe. Al maklumlah tengah cuti confinement ni banyak pula fikir. Next post nanti nak buat review sikit pasal hospital yang aku bersalin untuk anak yang ke-2 ni yer, iaitu Hospital Islam Az-Zahra, Bangi.

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 25 August 2017 pada jam 2.05 AM secara normal dengan berat 2.70kg. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Pengalaman bersalin anak yang ke-2 ni memang berlainan dengan yang pertama. Tu la orang cakap setiap anak ni lain2, setiap orang pun lain2, setiap pengalaman berbeza. Aku dapat rasakan kandungan kali ni akan keluar awal daripada abang dia, sebabnya aku banyak berjalan, buat kerja, turun naik tangga, huhu.

Aku dah rasa sakit contractions selang 10 minit pada pukul 3 pagi hari khamis 24 August, di sebabkan aku fikir ada kerja dekat ofis yang tak siap lagi aku gagahkan juga untuk ke ofis hari tu. Aku minta husband aku hantar pergi kerja pagi itu sebab memang tak larat nak bawa kereta. Aku pesan dekat dia untuk prepare kalau apa2 terjadi semasa aku dekat ofis. Seksanya memang tak boleh nak bayangkan sambil siapkan kerja, hantar email, handover kerja sambil menahan sakit contraction, tapi tak ada sesiapa pun yang tahu masa tu.

Lepas solat asar, aku cakap dengan baby sambil usap perut, "kalau awak nak keluar dah boleh dah, sebab mama dah settlekan kerja mama untuk hari ni".

Balik kerja tu, husband aku dan Raaqiy yang jemput, sambil dinner dekat paradigm. Kami makan fish & co, aku memang tak lalu makan dah sebab tengah menahan sakit contraction, kami oder meal untuk sorang makan dan kids meal, sebab aku tahu nanti makanan aku membazir. Lepas makan kami gilir2 solat magrib, bila aku habis solat jer, husband aku message cakap dia dan Raaqiy dekat dalam JKids.

Aku pun join sekali masuk dalam JKids tu, nasib baik aku pakai stokin dan mak bapak masuk free jer, hehe. Best main sebab  tak ramai orang, ada la dalam 3 or 4 orang kanak2 jer, hehe. Sambil tengok Raaqiy main sambil menahan sakit, Ya Allah, hanya Allah yang tahu sakit dia macam mana. Dalam pukul 9 lebih malam kami gerak balik rumah. Sampai rumah nak dekat pukul 10 macam tu, sakit dah selang 5 minit dah.

Aku cakap dekat husband, "kita tidurkan Raaqiy dulu lah, baru pergi hospital". Husband aku pun setuju. Bila semua dah tidur, aku pun rasa macam mengantuk dan malas pulak nak pergi hospital, esok jerlah pergi hospital aku mengomel dalam hati. Tiba-tiba......

Bila aku baru nak terlelap, tiba-tiba aku rasa sakit macam nak meneran dah, cepat2 aku kejutkan husband aku, "Jom B, kita pergi hospital". Kelam kabut husband aku bangun, bawa kereta laju bukan main, hehe. Aku suruh dia cool down sikit, bawa slow sikit sebab rasa perut aku bergegar dan lagi sakit. Dari Cheras ke Bangi 40km/hr jer, hehe. Lama la pulak nak sampai hospital ni, tapi aku diamkan saja.

Sampai di hospital pada jam 12.30 mlm. Selesai parking kereta, terus pergi ke bahagian emergency dan kemudian terus ke tingkat satu untuk bidan check bukaan. Baru jer sampai tingkat satu tiba-tiba aku terasa macam sesuatu terkeluar, seluar aku basah, aku tak tahu samada air ketuban pecah or aku yang terkencing. Aku pun segan la kalau terkencing, so aku minta diri dulu ke toilet sebelum bidan tu check bukaan.

Bila time bidan nak check bukaan, bidan cakap ni air ketuban yang pecah dan dah buka 7 cm. MasyaAllah, 2x aku tanya bidan tu bukaan dah berapa sebab macam tak percaya, kemudian mereka terus tolak aku ke LB. Dalam LB tu terasa tekanan dan sakit contraction yang amat sangat. Alhamdulillah Husband yang sentiasa ada di sisi, sambil bacakan ayat nabi yunus di telinga aku semasa sakit contraction datang.

Baring terlentang tak kena, mengiring tak kena, semua serba tak kena sebab menahan sakit contraction. Bila tak tahan sangat aku panggil nurse, bila check baru buka 8 cm. Then, tiba2 nurse semua masuk dan ada seorang nurse panggil doctor masuk, huish dieorg nak suruh aku teran masa bukaan 8cm ke? huhu. Bila dah setting semua dah siap, dia suruh aku teran sikit untuk nampakkan kepala baby, then tarik nafas panjang untuk teran keluarkan kepala baby................fuh dengan sekali teran keluar semua skali, alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mempermudahkan aku untuk bersalin.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Lahirlah seorang lagi ahli syurga. Semoga menjadi anak yang solehah.

Journey for mother of two is now begin.


Monday, May 16, 2016

Glow & Glamour Review

-bismillah-

Assalamualaikum..

Hi u'olls, lame giler tak update blog ni, hari ni nak review mengenai "Glow & Glamour", pusat kecantikan. Al kisahnya begini, aku dapat call untuk FREE service, aku boleh pilih samada nak slimming or facial. Aku pun memilih facial, sbb i'olls dah slim hikhik.

Lepas dah setup pakaian dan baring kat atas kerusi dia tu, tetibe tunjuk cataloq, orang dah ready nk longgarkan badan kena bangun pulak huhu, then cakap muka aku teruk la, kering sangat la, xsesuai dengan package yg FOC tu la, bla bla bla, panas jer hati, huhu.

Then die ckp la facial yg sesuai dengan kulit muka aku, then aku tnya price die rm450, terkejut mak, huhu.

Sorry la aku dah pangkah "GLOW & GLAMOUR" ❌❌❌❌

P/s: Jangan percaya dengan benda yang FOC.
Jang percaya dengan pusat kecantikan (nanti korang kena paksa amik package ni la package tu la, dekat cataloq takde letak harga so dieorg akan ketuk korang kaw2 punya).

Aku dah terkena, so aku tak nak orang lain terkena jugak. Lessons learnt. Pengalaman mengajar. Berhati-hati u'olls.

Tuesday, October 27, 2015

Precious Moment #1

Bismillah.

Assalammualaikum :).

Lama dah tak update blog ni. Almaklumlah busy memanjang tak berkesempatan nak menulis, hehe. 

Untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja melahirkan seorang khalifah yang di beri nama Khaasif Ar-Raaqiy, pada 10/10/2015 (hari sukan negara tu, hehe). Pengalaman sejak dari awal pregnancy sehingga lepas bersalin memang tak dapat di lupakan. Segala dugaan, penat, getir hidup dan pengorbanan. 

Pada awal pregnancy aku mengalami alahan orang kate morning sickness la agak teruk jugak bagi aku la. Kalo makan tak kena dengan tekak die keluar balik, bau wangi pun tak boleh, bau busuk pun tak boleh, air masak tak boleh telan langsung, badan aku lemah jer rasa. Berat aku memang drop 3kg masa tu.

Then, lepas usia kandungan aku cecah 5 bulan slowly aku dah ada selera makan, Alhamdulillah. Tapi berat aku mendadak pulak naik sebulan 2 kg. Dah kena control makan sket. Aku ni jenis yang tak boleh telan ubat pil, jenuhla husband aku hancurkan iberet hehe. Uwekkkk tak sedap langsung iberet. Aku ada talasemia trait, so tak boleh makan sebarang ubat, so aku makan ubat untuk tambah darah jer, aku makan "Saferon". Aku boleh makan saferon sebab ade ubat chewable, hehehehe. 

Kalau nak makan ubat untuk tambah darah, tak boleh selang dengan susu, seeloknya makan saferon selang dengan jus. Aku selang dengan jus oren. Alhamdulillah bertambah sket HB aku. 

Untuk hilangkan strechmark pulak aku guna minyak kelapa dara, Alhamdulillah. Tapi jangan garu la yer. Gosok2 jer. Tp masa hujung pregnancy aku kena gatal2 kat perut, memang seksa la tak boleh tahan. Huhu (T_T) *nangis. 

Braxton hicks? Ape tu braxton hicks, pendek kata dia cam pre-contraction or boleh kata fake contraction. Braxton hicks tu aku rasa pada start 9 bulan pregnancy. Rasa dia sakit tapi tak kerap sangat. Aku ingat ke nak beranak dah, tp belum lagi rupanya, baby suke duk dalam perut mama dia lama sebab dapat makan sedap2 kan hehe. EDD aku pada 11/10/2015 pada minggu ke 40 bersamaan dengan 10 bulan. Lamenya 10 bulan bawak perut boyot ke hulu ke hilir, semua orang ckap perut cam nak meletup jer mak dia kecik jer. Nak buat macam mana mak dia maintain cute miut comey lotey hahaha. *hakikat, haha. 

Aku selalu pesan kat baby, "kalau nak keluar bagi la tanda kat mama, sebab mama tak tahu". Alhamdulillah sehari sebelum due date aku keluar tanda. Seawal jam 2.17am aku rase lain macam sakit perut ni, aku bangun sebab rasa nak buang air kecil, terkejut aku ade darah. Gelabah jugak la rasa. "Eh, aku nak beranak hari ni ke?". Pelbagai persoalan bermain di minda. Aku tenangkan fikiran, aku capai towel lalu terus mandi. Lepas mandi aku siap2, packing ape yang patut, then baru aku kejut husband aku. Husband aku lak yang gelabah hehe. Aku cakap takpe rilex, aku suruh dia pergi mandi dulu. 

Di sebabkan pagi2 buta so traffic memang lancar la tak yah risau. Hospital yang aku bersalin ni agak jauh dari rumah lebih kurang dalam 25-30 minit perjalanan. Dalam pukul 4.30pg kami sampai kat Gombak Medical Center.. Nurse check "ctg" then check bukaan. Nurse tu terkejut sbb "ctg" tu tunjuk contraction aku sangat strong macam orang nak bersalin dah, tapi bukaan baru 2cm. Aku kena warded. Di sebabkan contraction aku sangat strong, nurse tu sarankan aku amik pain killer. Pada awalnya aku tak nak tapi di sebabkan tak tahan sangat sakit aku amik jugak pain killer tu. Dalam jam 10pg doktor datang tengok condition aku, doktor check bukaan baru 4cm, doktor cakap baby dah berak kat dalam perut tapi dia belum makan tahi dia lagi. Dalam jam 12tghari, nurse datang check bukaan dah 6cm, terus tolak aku masuk LR. Di sebabkan contraction aku makin kuat aku kena hidu gas, setiap kali contraction datang husband aku akan tekan gas. So aku akan jadi lalok2 sikit ngantuk. Tetibe aku rasa macam nak beranak dah, aku suruh husband aku panggil nurse, dengan lenggang kangkung jer nurse tu datang tengok. Bila dia selak jer, terus gelabah sebab dia ckap dah nampak kepala baby, siap suruh aku tahan baby jangan keluar lagi sebab nak panggil doktor. Bila doktor sampai contraction hilang, so takde la rasa nak teran. Beberapa saat pastu contraction datang aku tarik nafas panjang pastu...teran..... Alhamdulillah dengan sekali teran jer baby dah keluar. Syukur, Alhamdulillah. 

Setiap kali contraction datang aku akan baca 'lailahaila anta subhanaka inni kuntuminalzolimin' Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan seorang ahli syurga pada jam 1.34pm, bayi lelaki dengan berat 3.5kg. 

Pengembaraan sebagai seorang ibu sudah bermula. Aku bukan sahaja melahirkan seorang bayi lelaki, aku juga melahirkan seorang bakal suami dan bakal bapa. Chaiyok!!

Friday, September 4, 2015

Happy Born Day Bestie

Bismillah

Assalamualaikum..

Mak aihhh ni memang dah besawang giler ni. Lama giler i'olls tak update blog ni, almaklumlah busy sangat mengalahkan orang politik oppsss hehe. 

Okay, refer to the topic above, i'olls nak throwback sket la story ni hehe. Al kisah berlaku pada tanggal 11hb Julai 2015 iaitu birthday kawan baik aku, Nana. Tak lupa juga kepada kembarnya, Maneh. 

Memang name panggilan jer tu, hehe. Ikut sedap aku jer nak panggil hehe. Nama sebenar adalah Azila & Amiza. Aku jer yang panggil name manje sket, Nana & Maneh hehe. Cam sweet jer kan, haha. 

Hari tu jatuh pada hari sabtu, aku tau Nana kerja hari sabtu, so aku planning nak sambut malam. So siang hari tu aku pulun la masak, nak buat suprise konon. Dengan perut membesar aku gagahkan jugak sebab aku rasa happy kalau dapat buat orang lain happy. Takpe jangan risau, aku ade pembantu chef haha. Menu aku tuk malam tu adalah cheese cake, spagetti carbonara, dessert koktail, plus dengan ayam KFC hehe. (Ade lagi menu yang aku plan tapi x sempat nk buat huhu)

Dah la tak pernah buat cheese cake, budget jadi la haha. Last2, cake kempis hahahahahah. Xpe aku tabur segala jenis coklat kat atas kek tu untuk mengaburi rupa dia yang buruk huhu. Tapi rasa dia sedap okay! Haha. 

Kiteorg sambut secara berpicnic kat tepi tasik kat Putrajaya. Walaweh romantik gitu hehe. Yang paling spoil aku tak bawak lilin (T-T) nangis jap. Huhu. Cam mane leh lupe ni. Kalau la ade lilin, pastu dengan menggunakan hanya cahaya bulan sepenuhnya, perghhh kan sweet gitu, hehe. 

Aku ade sediakan hadiah yang lame tersimpan sbb makan masa nak buat huhu. Tapi last minute jugak jadinya hehe. Aku buatkan album khas untuknya sepanjang perkenalan aku dan dia. Mesti nangis punyer la kalo tengok hehe. 

Dear Bestie,
Happy Birthday! Semoga persahabatan kita hingga ke Jannah. Love you always. 

Meh nk belanja gamba sket hehe....







Thursday, July 24, 2014

KLIA2

-Bismillah-

Assalamualaikum..

Hi u’olls, hari ni I’olls nak buat review pasal KLIA2. Kepada sapa2 yang belum pernah pergi lagi, I’olls harap review ni boleh la guide u’olls serba sikit, hehe. Untuk pengetahuan u’olls, KLIA2 ni mula beroperasi pada 2nd May 2014. (Tergeliat lak lidah aku duk I’olls, u’olls ni, haha). Okey kita sambung balik…Setakat ni baru dua kali aku menjejakkan kaki ke KLIA2 sejak ia mula beroperasi. Sebelum beroperasi banyak kali jugak la, haha, sebab company aku ada buat construction dekat situ.

LOKASI
Bagi pendapat aku lokasi KLIA2 ini lebih dekat dari previous LCCT, dan lebih dekat dengan KLIA juga. Perjalanan lebih kurang dalam 10-15 minit jer dari KLIA2-->KLIA. Lepas korang exit tol KLIA tu, terus jer lalu depan shell dan petronas, then ade flyover exit kiri (Ada signboard tulis KLIA2), masuk jer terus sampai, hehe. Korang choose la samada departure or arrival or parking. Senang jer kan J.

PARKING
Ada orang pernah tanya aku, "Nak parking senang tak?". Har, part ni memang aku suka. Nak tau sebab apa? Sebab parking dia ada banyak, hehe. Ada 2 blok parking iaitu Block A dan Block B, kedua-duanya ada lapan tingkat serta mempunyai 5,690 car park bays berbanding dengan 3,000 car park bays dekat LCCT dulu. Har banyak kan?? Wink wink, hehe. So far aku datang memang ada jer parking, hehe. Rate untuk parking pulak boleh tahan, bagi aku lebih murah berbanding taxi dan KLIA Express. (Depends dengan berapa hari dan berapa ramai orang). So buat pilihan yang bijak yer, hehe. Untuk pengetahuan, car park ni link dengan gateway@klia2.

Ini ialah parking rates di tempat letak kereta KLIA2 yang di ambil di website KLIA2.

GATEWAY@KLIA2
Apa tu gateway@klia2 ni? Har yang ni kira macam shopping mall dia la, hehe. Gateway@klia2 ni terletak di antara car park block A dan car park block B. So kalo korang park dekat block A or block B akan bertembung di gateway@kila2. Pintu masuk ke gateway@klia2 ni berada di level 4 (CP4) parking, kalau korang park dekat level lain bolehlah naik lift then turun kat level 4 (CP4). Untuk pengetahuan korang, shopping mall ni buka 24 jam, so u'olls can shop all day and all night, hehe.

Gateway@klia2 - 4 Level

Gateway@klia2 ini ada 4 tingkat, iaitu Level 1 (Transportation Hub & Retail Stores), Level 2 (Arrival & Retail Stores), Level 2M (Relaxation Zone & Retail Stores) dan Level 3 (Departures & Retail Stores). So, kalau korang dari car park masuk ke pintu gateway@klia2 ni dekat level 4 car park = level 1 gateway@klia2 ni. Paham tak? Kalau tak paham jangan sengan bertanya, hehe.

Kalau korang perasan la kan, dekat every floor ada tulis "Retail Stores", so memang banyak giler kedai2 yang menarik kat sana. Gateway@klia2 ni menawarkan lebih 54 food & beverage outlets, 41 retail brand dan 20 services & speciality stores. If you are travelling, pastikan korang datang awal untuk window shopping, hehe.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN @ FACILITIES
Banyak kemudahan dekat KLIA2 ni, antaranya ialah tandas, surau, kawasan rehat, banyak kerusi2 untuk menunggu, Kerusi urut, trolley yang banyak, dan macam2 lagi. Bagi aku yang paling penting ada surau dan tandas yang ade paip, hehe. Yeayyyy, thumbs up!! Tandas dia ada paip, hehe.

Flight Information Display System (FIDS)

Gateway@klia2 juga dilengkapkan dengan Sistem Paparan Maklumat Penerbangan ataupun di kenali sebagai FIDS (Flight Information Display System). So, kita boleh tahu samada flight tu dah landed ke delay ker dijangka tiba pukul berapa, YES!! memang sangat2 membantu.

TRANSPORTATION HUB
Dalam gateway@ KLIA2, ia berfungsi sebagai hab bersepadu pengangkutan untuk teksi, KLIA Ekspres / Transit, kereta dan bas yang disewa termasuk perkhidmatan terkini ekspres bas (Aerobus) mengarahkan dari / ke Paradigm Mall dan Première Hotel. 




Jadual perjalanan bas ekspress (Aerobus)

Kalau korang dekat area Kelana Jaya, boleh naik Aerobus di Paradigm Mall, manakala kalau korang di area klang, boleh naik Aerobus di Premiere Hotel. Tambang pun murah hanya RM10 sehala. Lebih berbaloi dari taxi dan keretapi (KLIA Ekspres/ Transit).

Jika rumah korang dekat dengan KLIA Ekspres/ Transit ni boleh jugak naik dan turun straight di KLIA2. Harga tiket untuk KLIA Transit lebih murah dari KLIA Ekspres. Murah sikit la, tengok tempat. Boleh tengok rate harga kat gambar bawah ni yer. Lepas tu boleh la calculate sendiri, hehe.



Then kalau korang nak senang, malas nk susah2 beg berat la, banyak la, harrrr korang boleh ambil penghidmatan taxi. Ambil terus kat depan rumah, bukan dalam rumah yer, hehe. Tapi harga dia agak mahal la. Rate harga dia ikut kawasan/ tempat tinggal kita, dia tengok jarak dari KLIA2 dan tengok taxi jenis ape yang korang nak, samada budget taxi/ mpv/ van/ limo. Then, harga bila normal hours lain dengan midnight hours. Korang boleh tengok kat website bawah ni:-



Okaylah setakat itu sahaja, semoga entry ni dapat membantu u'olls :). Selamat bercuti :).




Monday, July 14, 2014

Happy Birthday Bestie

-Bismillah-

-13 Ramadhan 1435h / 11 Julai 2014-

Assalamualaikum :).

Good morning u'olls! Hari ni besday bestie i'olls taw, hehe. Happy birthday bestie!!! Semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki, dipermudahkan bertemu jodoh yang baik dan beriman dan semoga berjaya di dunia dan akhirat :). Tak lupa juga kepada kembar die, Maneh a.k.a Amiza. Love u guys always :).



PUISI BUAT BESTIE :).
Darimu ku ditemukan erti sebuah persahabatan
Engkau hadir menemani hari-hari ku
Enkau hadir menerangi hari-hari ku
Saat sedih dan bahagia
Lalui hari bersamamu
Ingatlah saat itu sahabat

Persahabatan saat bersamamu
Akan selalu tersimpan di benakku
Janji yang pernah kita ucapkan di masa lalu
Akan terus teringat dalam ingatanku

Sedih, sunyi, canda, tawa kita lewati bersama
Kemanapun bagai tali yang telah diikat kuat, yang tak dapat dilepas
Kau hibur aku disaat gundah dan kuhibur kau disaat kau membutuhkan
Kita saling melengkapi satu sama lain

Telah lama kau menemani
Langkah kaki di sepanjang perjalanan hidupku ini
Kau adalah bagian hidupku
Dan aku menjadi bagian hidupmu

Kau seperti angin di bawah sayapku
Sendiri ku takkan seimbang
Terkadang aku pun bertanya
Apa jadinya bila dirimu tak ada di jiwa & ragaku?

Sahabat,
Ku tak ingin jauh darimu....

---

p/s: I'olls ade surprise untuk besday gurl, hehe. Nak tahu apa kejutan dia? Kita tungguuuuuuu.... hehehe..

Wednesday, July 9, 2014

Food of Rasulullah SAW

-Bismillah-

-11 Ramadhan-

Assalamualaikum :).

Pertama sekali i'olls ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Masih tak terlambat lagikan, hehe. Dalam bulan yang mulia ini, i'olls nak kongsi sikit pengetahuan yang ada supaya dapat saling ingat mengingati, hehe. Cewahhhhhh.....adee gaya uztazah tak, hehe. Tak langung kan, haha (Tangan kat bahu mata ke atas). U'olls tahu tak apa makanan kegemaran Nabi kita? Har meh nak share sikit. Mane tahu maybe u'olls boleh masukkan sekali masa tengah shopping barang rumah? hehe, so if you keep good food in your fridge, you will eat good food. Ada pepatah mengatakan "You are what you eat". Renung-renungkanlah :).

Barli - Barli amat baik dibuat sup ataupun air minuman ketika mengalami demam.

Kurma - Nabi berkata, rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak mempunyai makanan. Ia juga perlu dimakn pada masa bersalin.

Buah Tin - Ia merupakan buah-buahan dari syurga dan ubat untuk buasir.

Madu - Madu merupakan makanan untuk segala jenis makanan, minuman untuk segala minuman dan ubatan untuk segala ubatan. Ia boleh menyembuhkan cirit-birit apabila di bancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut serta membuang kahak. Ia juga elok untuk di minum ketika pagi dengan air suam. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak di cernakan dengan sempurna dan menolak ke usus besar. Menghapuskan sekatan dalam usus, menghilangkan senak dan sebu. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Anggur - Nabi menyukai buah anggur. Tambahan lagi, buah anggur menguatkan buah pinggang, membersihkan darah dan juga membersihkan dalaman perut.

Tembikai - Setiap jenis tembikai mempunyai khasiatnya. Untuk wanita hamil, Nabi berkata, "Wanita yang hamil tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakannya dan juga wajahnya".

Cendawan - Cendawan baik untuk perancang keluarga dan ia juga baik untuk mata. Nabi berkata, "Cendawan itu adalah penawar yang baik untuk mata, ia juga berfungsi sebagai satu bentuk kawalan kelahiran dan lumpuh tangkapan".

Minyak Zaitun - Rawatan yang sangat baik untuk kulit dan rambut, awet muda dan merawat radang perut.

Susu - Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan, menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata dan membuang dari masalah lupa.

Delima - Nabi berkata, "Ia membersihkan anda iblis dan aspirasi jahat selama 40 hari.

Semoga dengan ini we'olls boleh mengamalkan atau mengambil pemakanan yang sihat seperti makanan yang menjadi kegemaran Rasulullah S.A.W :).


Thursday, June 12, 2014

Perlis 2#

Assalamualaikum...

Seperti yang di janjikan, selama beberapa bulan (mak aihhh lamenya), akhirnya siap sudah video bercuti di perlis, hehe. Banyak tempat yang kami singgah. 

KL-SG. SIPUT-IPOH-JITRA-PERLIS-SG. PETANI-IPOH-KL. 

Yeahhhhhzaaaaa........Penat tapi seronok sangat, hehe. Kami dapat singgah di dua majlis perkahwinan, hehe. Alhamdullillah, tercapai target.

Semoga u'olls terhibur tengok video i'olls, hehe.....




Thursday, May 1, 2014

Perlis 1#

-Bismillahirahmanirahim-
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani)

Assalamualaikum..

Hye u'olls, mesti tertunggu2 kan post dari i'olls, hehe (perasan jer lebih). Hujung minggu hari itu aku cuti panjang, hehe (best giler). Aku dapat menjejakkan kaki ke bumi Perlis lagi. Perlis Indera Kayangan penuh dengan segala kenangan yang akan terpahat di dalam sudut hati aku. Di Perlis juga tempat aku menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman yang banyak mengajar dalam hidup aku.

Segala memori kembali bertaut, kami masing2 diam melayan memori daun pisang, ceeewahhhh hehe. Segala suka dan duka aku sepanjang 4 tahun di Perlis memberikan memori yang sangat berharga bagi aku. Aku teringin sambung belajar di Perlis lagi jika diberikan kesempatan, Insha Allah.

Terlalu banyak kenangan aku kat sana, sampaikan tak tahu nak cerita yang mana satu, hehe (banyak la sangat, haha). Aku suka suasana di sana yang tenang tanpa kesesakkan lalu lintas, tanpa pencemaran udara yang teruk.

Ini teaser video sepanjang 4 hari cuti hehe. Full video akan di upload kemudian, hehe. Jeng jeng jeng tunggu....letih nak menaip panjang2, hehe, korang pun mesti malas nak baca kan, haha. Tengok video lagi enjoiiiiii, hehe...





Tuesday, March 18, 2014

Papinka - Masih mencintainya

-Bismillah-

Hii uolls, iolls guna chord ni main ukulele, hehe boleh jugak guna chord yang sama untuk main gitar, hehe. Sejak dua menjak ni femes lagu ni kat corong-corong radio kat m'sia ni. Iolls pun layan jer la sedap jugak, hehe. Tapi yang tak puas hati tu, iolls main lagu ni gune plucking kat kawan iolls, boleh pulak dia tidur. Dia kata lagu ni macam dodoi dia rasa nak tidur, haha, sabor jer lah....jom layan......

C G
Jika teringat tentang dirimu
Am Em
Berlinang air mataku
F C
Ku rindu saat-saat bersamamu
Dm G
Kasih sayangmu padaku

C G
Namun Kini kau bukan milikku
Am Em
Dan berakhir sudah cintaku
F C
Biarkan saja hatiku bicara
Dm G
Ku masih sayang padamu

F G
Aku selalu mendoakanmu
C Am
Agar kau bahagia
F G
Bersama dirinya……selamanya

C G
Mengapa mudahnya hatimu mendua
Am Em
Ku lapangkan dada walau aku terluka
F C
Semoga bahagia bersama dirinya
Dm G
Karena kau telah memilih dia

C G
Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Am Em
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
F C
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Dm G
Karena ku masih mencintainya

C G
Namun kini kau bukan milikku
Am Em
Dan berakhir sudah cintaku
F C
Biarkan saja hatiku bicara
Dm G
Ku masih sayang padamu

F G
Aku selalu mendoakanmu
C Am
Agar kau bahagia
F G
Bersama dirinya……selamanya

C G
Mengapa mudahnya hatimu mendua
Am Em
Ku lapangkan dada walau aku terluka
F C
Semoga bahagia bersama dirinya
Dm G
Karena kau telah memilih dia

C G
Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Am Em
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
F C
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Dm G
Karena ku masih mencintainya





Tuesday, March 4, 2014

Let Her Go

-Bismillah-

Well you only need the light when it's burning low,
Only miss the sun when it starts to snow,
Only know you love her when you let her go.

Only know you've been high when you're feeling low,
Only hate the road when you missin' home,
Only know you love her when you let her go,
And you let her go.

Staring at the bottom of your glass,
Hoping one day you'll make a dream last,
But dreams come slow and they go so fast.

You see her when you close your eye,
Maybe one day you'll understand why,
Everything you touch surely dies.

But you only need the light when it's burning low,
Only miss the sun when it starts to snow,
Only know you love her when you let her go.

Only know you've been high when you're feeling low,
Only hate the road when you missin' home,
Only know you love her when you let her go,
And you let her go.

Staring at the ceiling in the dark,
Same old empty feeling in your heart,
But love comes slow and it goes so fast.

Well you see her when you fall asleep,
But never to touch and never to keep,
Because you loved her too much and you dive too deep.

Cause you only need the light light when it's burning low,
Only miss the sun when it starts to snow,
Only know you love her when you let her go.

Only know you've been high when you're feeling low,
Only hate the road when you missin' home,
Only know you love her when you let her go,
And you let her go.



Tuesday, December 3, 2013

Happy Birthday Fiza Akmar



                   Muhammad Aqil Iskandar bin Kamal Sofien



-bissmillah-

Assalamualaikum :)..

28/11/2013....HAPPY BIRTHDAY FIZA!!!!!!...hehe rasa macam nak jerit sampai Johor jer, hehe. Selamat Hari Lahir yang ke 25th. Sekarang ni dah jadi isteri dan mak orang dah, hehehe. (Yang aku ni bila lagi? hehe). Kawan lama yang dah ketemu kembali, Alhamdulillah. Aku masih ingat lagi tarikh lahir dia setiap tahun, hehe. Tarikh 28/11 itu macam dah sebati dalam kepala otak aku, hehe. Sorry Fiza sebab lambat post entry ni, kekangan masa, hehe.




Dear Sahabatku Fiza,
Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 25 tahun,,
Semoga panjang umur, di murahkan rezeki,
Semoga sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta,
Semoga di kurniakan anak2 yang soleh & solehah,
Semoga berjaya di dunia & akhirat....
At last but not least semoga persahabatan kita hingga ke jannah....




 
 
 
 
 

p/s: Sorry Fiza, Rynee curik gambar, hehe..mintak halal yer, hehehe :).

Wednesday, August 28, 2013

Selamat Hari Tua

-bismillah-

Assalamualaikum…

Selamat Hari Tua,
Semoga dimurahkan rezeki,
Di panjangkan umur,
Dipermudahkan segala urusan,
Semoga berjaya di dunia dan di akhirat--

Engkau hadir tanpa di duga,
Engkau hadir membawa harapan,
Engkau hadir dengan senyuman,
Engkau hadir memberi kebahagiaan--

In Sha Allah--
Dengan izin Allah--

Bukan rupa yang aku pertikaikan,
Bukan kekayaan yang aku tagihkan--

Hanya
Agama, keikhlasan, kejujuran serta kebahagiaan
Yang aku dambakan--

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
Dulu aku di sakiti sekarang aku di sayangi.
Dulu, dulu, dulu aku menderita sekarang aku bahagia--

Engkau tidak perlu risau,
Engkau tidak perlu menjauh,
Engkau tidak perlu rasa bersalah,
Engkau tidak perlu sembunyikan si dia,
Kerna aku bisa menerima…….

Hakikatnya--

Aku tak kan pernah untuk melupakan mu,
Aku bersyukur,
Kerna kita di takdirkan untuk bertemu,
Walaupun lambat,
Aku tetap bersyukur mengenalinya,
Engkaulah sahabatku hingga ke syurga--

In Sha Allah--



p/s: Happy Birthday to you :). Yes you. I know you will read this. hehe.
For her, even if I far from you, you know I will always be there for you :). Muchh Love <3--


Tuesday, August 13, 2013

Hanya Di kau

-bismillah-

Aku ketawa jika kau ketawa
Aku menangis jika kau menangis
Aku terluka jika kau terluka
Aku bahagia jika kau bahagia

Kita umpama isi dan kuku
Bagaikan air yang di cincang tidak akan putus

Engkau ada jika aku perlukan
Engkau ada jika aku memanggil
Engkau sentiasa di sisi aku
Tanpa engkau
Aku tidak mampu bangkit
Tidak mampu berdiri tegak
Umpama tiada sebelah kaki untuk menampung

Aduh, aduh, aduh
Sesak nafas
Aku tak boleh bernafas dengan sempurna
Oksigen semakin berkurang
Carbon dioksida semakin berleluasa

Tapi aku tahu
Engkau tetap akan pergi jua....
Maaf kan aku
Aku tak akan benarkan kau pergi jauh dari ku

Maaf kan aku......

P/s: aku pembaca tegar blognya. Tidak pernah sekali pun ter'miss' ceritanya. 



Thursday, August 8, 2013

Jeritan batin ku..

Alam ini apa?
Manusia ini siapa?
Dari mana aku datang?
Hidup ini apa?
Kematian itu apa?
Bagaimana keadaan akan datang?
Adakah lagi 'hidup' selepas hidup ini?

Aku datang aku tidak tahu dari mana...
Tapi aku datang jua..
Aku menempuh jalan terbentang didepanku....
Lalu aku berjalan..

Akan selamanyakah aku berjalan?
Sekalipun aku tidak mahu berjalan..
Bagaimana caranya aku datang?
Bagaimana aku dapat menempuh jalan?

Aku tidak tahu!!!
Akukah yang mengendalikan diriku dalam hidup ini......
Atau aku dikendalikan?
Aku ingin supaya aku tahu, tetapi...
Aku tidak tahu!!

Barukah aku atau sudah usang?

Dalam dunia ini...
Adakah aku bebas merdeka?

Atau seorang tawanan yang terbelenggu?

Jalanku!
Apakah itu jalanku?
Panjangkah atau pendek?
Adakah aku akan mendaki, atau menurun, atau terjerumus?
Akukah yang berjalan atau jalankah yang berjalan?
Atau kedua - duanya berhenti dan zaman yang mengalir cepat?

Ohhh..
Aku tidak tahu!!



Monday, July 29, 2013

Happy Birthday Nana Lempoyang 2#

-bismillah-

Assalamualaikum,

Biarlah video berbicara.
Special for Birthday Gurl :). 



Thanks for being my best friend forever. Much love. Muahxxx.
Sorry lambat upload, banyak betul kekangan. At last dapat jugak upload :).

p/s: Dah lama tak wat video, hehe. Malu lak rasa, hehe. Blush Blush



Saturday, July 27, 2013

Muhasabah Diri

-bismillah-

Ya Allah,

Dekatkanlah jodoh kami,
Tenteramkanlah hati kami,
Lapangkanlah dada kami,
Bahagiakanlah hidup kami,
Permudahkan urusan kami,
Luaskan rezeki kami,
Kabulkan cita-cita kami,
Jauhkan dari segala musibah,
Jauhkan dari sebarang penyakit, fitnah, berkata kasar, berprasangka keji dan kemungkaran.

Amin Ya Rabbala'lamin. 

Wednesday, July 24, 2013

Takziah Yaya

-bismillah-

As Salam,

Takziah aku ucapkan kepada sahabat baik aku iaitu Yaya a.k.a Ilya Fatehah di atas pemergian tok beliau pada 17hb July 2013 bersamaan dengan 8 Ramadhan. Semoga roh tok di tempat kan di kalangan orang2 yang beriman. Marilah sama2 kita menadah tangan sedekahkan kepadanya Al-Fatihah......

Semoga Yaya tabah mengharungi hari2 tanpa insan terchenta. Kalau hang rindu kat tok hang sedekahkan Al-Fatihah or baca Al-Quran tuk dia eh. Kalau hang sedih cari aku taw. InsyaAllah aku akan ada tuk hang :).  

Kalau hang turun Key Elll habaq mai na, kita pi ronggeng, hehe. Vrommmm vrommm, hehe. Tunggu nanti aku beli KTM duke 200, hehe (berangan tak abis2, hehe). Perghhhh tahun bila tak taw la, hehe. 



Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...