Friday, February 1, 2013

Pangkor Island

-bismillah-

Assalamualaikum :).

Hari ini nak cerita pasal back dated punyer cerita, hehe. Masa bulan Jun 2012 aku sekeluarga pergi bercuti. Cuti2 malaysia la katakan, hehe. Kakak aku punya plan sebenarya. kami semua follow jer, hehe. Dia yang carikan hotel. Aku pun tolong survey jugakla. Tapi memandangkan aku sangat busy time tu, so aku just follow jer ape yang akak aku pilih, aku tak dapat tolong dia, huhu.

Jeng jeng jeng, tempat percutian dah di pilih, hotel pun dah booked. YESSSS!! Memang excited giler lah, yerla family aku jarang pergi bercuti. Tempat yang mendapat undian tertinggi adalah Pulau Pangkor, yeaaazaaaa, hehe. Ni 1st time pergi Pangkor, hehe. Antara kami berlima, mak aku dengan adik aku, Syam lah yang PALING EXCITED, haha. Mak aku memang sengeh sampai ketelinga la, hehe.

Memandangkan aku selalu outstation di Lumut, so aku memang familiar dengan jalan nak ke Lumut tu. Aku ikot jalan Kuala Selangor, aku tak ikot Plus Highway. First, aku boleh jimat tol. Second, aku leh bawa family aku kat beberapa hentian yang menarik semasa dalam perjalanan ke sana :). hehe.

Perjalanan ke Lumut ambil masa lebih kurang dalam 3 jam setengah melalui jalan Kuala Selangor tu. Perjalanan dia agak lambat sedikit, sebab lalu jalan kampung, pastu ada traficlight lagi, lori kelapa sawit lagi, so makan masa sket. Tapi banyak tempat2 yang menarik yang kita bole singgah :). Alang2 bercuti kan, sakan la jawabnyer, hehe.

Kami bertolak awal pagi, selepas subuh, sebab nak kejar naik ferry kul 10 pagi. Kami sampai dalam pukul 10 lebih so kena naik ferry pukul 11 punya. Perjalanan ferry ambil masa dalam 45 minit tuk sampai ke destinasi. Sampai jer kat jeti, kami pun cari teksi tuk pergi ke resort. Kami menginap kat Puteri Bayu Beach Resort.



Sampai jer kat Puteri Bayu Beach Resort tu, semua orang agak keletihan Muhd dengan kakak dah landing atas katil, Umi dengan Syam lak keluar berjalan2 kat tepi pantai. Aku???? aku follow kakak aku landing, haha. Landing kejap la, hehe.

Amboi berjalan sakan depa eh, haha. Orang lain letih, depa ni yang PALING EXCITED mane tau erti letih, hehehe.







Lepas kami solat jamak qasar zuhur dan asar, kami pun keluar pergi cari makanan ape yang boleh di isi dalam perut ni, dah berbunyi lagu linkin park dah (rockerzzz ye yeahh, haha). Kami jalan kaki jer keluar cari kedai makan. Tak jauh sangat dari tempat penginapan kami, lebih kurang dalam 200m or 300m meter jugak la, kalo pecut 2 minit dah sampai, haha.

santai jer berjalan, yerlah kan tengah bercuti tak kan nak rushing2 lak kan, hehe



Berjalan selama beberapa minit so sampailah kami di tempat makan. Nyum nyum. Lapaq sungguh perut ni. Nama kedai makan tu ialah Seri Ilham Tomyam. Order dia agak lambat sikit walaupun tak ramai orang. Makanan pun boleh tahan jer, tak berapa sedap sangat, tapi memandangkan semua orang tengah lapar, cepat jer habis, hehe.

Sila abaikan muke kakak aku yer, haha




So, selepas semua orang dah isi perut bagi penuh, mesti la kene exercise sket, hehe. Kami pun berjalan2 kat tepi pantai, sambil tu singgah kedai runcit beli bekalan malam nanti, hehe. 

Kedengaran bunyi ombak, angin sepoi2 memang amat menenangkan. Sungguh indah sekali ciptaanNya. Melihat permandangan yang indah, sedikit sebanyak dapat melupakan segala masalah yang ada dalam kepala otak aku. Bercuti adalah untuk merehatkan minda dari masalah dunia. Bercuti juga masa bersama orang tersayang :). Alhamdulillah Allah benarkan kami pergi bercuti :).

Sampai jer kat villa kami (cey villa, hehe), aku duk fikir, nak buat ape yer petang2 ni, hehe. Apa lagi aku pun menyuarakan pendapat aku. Jom beriadah!! Yeay....Resort tu ada menyediakan kawasan tuk bermain, tak jauh sangat dari pantai, so kena main dengan berhati2 supaya bola tak masuk dalam air, hehe. Tapi apekan daya, adelah jugak beberapa kali masuk dalam air, hehe. Mula2 kami main volley ball, habis sakit tangan, then kami main bola jaring, haha lawak jer, last skali kami main bola baling, hehe. Letih jugak sebab dah lame tak beriadah, hehe. Tapi di sebabkan seronok sangat, sampai nak dekat magrib kami main, haha.

Gambar kiri : Inilah Villa kami, hehe. Ada 2 bilik dan 2 bilik air, balcony, tv, peti ais. kettle, air cond.
Gambar kanan : Gedik2 kat balcony, hehe.


Sebelum magrib kami masuk cuci segala bagai untuk mengadap Allah swt lak :). Lepas magrib kami bersiap untuk aktiviti di malam hari lak, hehe. Nak tau kami buat ape tak?hehe. Kami satu family memang giler karok, haha. Dekat resort tu lak ada menyediakan tempat karaoke. Ape lagi....jeng jeng jeng...hehe. Dapat gak la melepaskan gian dah lame tak karok, haha.

Hahaha..nilah family aku :). Meh aku nak kenalkan watak dalam entry aku, hehe dari kiri Muhd, Syam, Umi, Kakak.


Then lepas letih munyumbangkan suara, haha kami pun balik villa untuk berehat untuk bertenaga keesokkan hari :).

Keesokkan harinya kami bangun awal excited punyer pasal. Lepas subuh terus bersiap berpakaian untuk pergi snorkling. Kami breakfast dulu, isi perut sebelum buat apa2 aktiviti. Breakfast penting tau. Menunut pakar pemakanan Hospital Pakar KPJ Seremban, Imam Abdul Halim, sarapan pagi adalah satu cara untuk memberikan bentuk badan yang ideal seperti yang diidamkan :). Yeaazzaa kalau u'olls nak dapat bentuk badan macam model kenalah rajin sarapan pagi yer, hehe.

Breakfast :).



Selesai breakfast, kami pun pergi tunggu bot kami kat tepi pantai :). Bot bawak round2 kat atas air, melihat keindahan alam semulajadi :). Lepas round2 atas air, last skali pit stop kami pergi snorkling. Yang sedehnyer air pasang waktu tu, and musim cuti sekolah, so ramai giler orang, dah la aku ni rabun, haha, memang susah nak nampak ikan. kalo selam dalam or jauh sket nampak la.

Ini bot kami yang punyer, hehe.

Snorkling :).

Selepas selesai ber'snorkling' kami pun balik ke pantai balik, mandi2 tepi pantai lak, hehe. Ape yang bestnyer kat tepi pantai tu ade bende alah ni, huahuahua......



Ingat kami nak bergambar jer ke? Jangan harap, cair weh tengok bende alah ni, rase hati ni membuak2 nak naik, haha. Nama bende alah ni ialah Mable. Lepas main bende alah ni, kami main banana lak, ngeee. Tapi bende ni memang giler syokkkkk siutttt...sampai melambung2 aku yang ringan ni, haha.

                   


Alang2 baju dah basah, ape lagi terjun dalam kolam kat resort kami lah pulak, hehehe. Bilas dalam kolam la tu, bhahahahaha...

Setelah penat berenang kami pun balik berehat. Lepas berenang mesti perut lapar kan, malam tu kami sewa kereta pergi makan dekat Teluk Nipah :). Bapak la ramai giler orang dekat Teluk Nipah tu. Susah betol nak cari meja kosong. Kami terpaksa tunggu orang habis makan, huhu. At last dapat jugak tempat duduk. Lama giler nak tunggu makanan sampai. Yang bengangnyer makanan orang yang sampai lambat dari kami dapat dulu. Mula2 dapat bersabar lagi, lama kelamaan aihhh makin lemak lak die, mane makanan nih, dah la lapar giler kentang. (tengok kentang pun dah keluar, almaklumlah fevret aku kentang, hehehe). Ape lagi panggil la budak yang ambil order tu, "Dik, makanan kiteorg bila nak sampai ni? Meja tu (sambil menunding jari kepada orang yang smapai lambat tapi dapat makanan dulu) pun dah nak habis makan dah". Then tak lama pas tu makanan kiteorg pun sampai. Makan dengan rakusnyer (tapi bace bismillah yer, hehe), semua orang lapar teruk nampaknyer. Lepas makan terus cau balik, bila dah kenyang mengantuk la, hehehe.

Keesokkan harinya merupakan hari terakhir kami kat sini,sob sob sob. Lepas subuh, kami terus bersiap2 packing barang nak balik, actually kami checkout pukul 12, tapi kami ade planning lain, hehe so checkout awal. Lepas breakfast kami checkout.

Planning kami untuk bersiar2 satu Pulau Pangkor, haha. Dengan menggunakan kereta sewa yang ada kami pun pusing2 kat tempat menarik yang ada kat Pulau Pangkor ni.











Kami beli sourvenir kat diri sendiri setiap seorang sehelai t-shirt I love Pangkor, hehe. Sebelum balik ape lagi bergambar sakan lah kami, huahuahuahua


Bye bye Villa ku..sob sob :(.


Sila ignore gambaq di bawah, hahahaha.......lawak jer, gelak guling2 bila aku tengok, hahaha.










Bye bye Pulau Pangkor, percutian dengan family yang paling best sepanjang tahun 2012 :). Tahun 2013 kite nak pergi mane lak yer, hehe...jeng jeng jeng...almaklumlah anak2 Umi semua dah besar2, boleh la kita pergi bercuti tempat yang best2 sket :).

Perjalanan balik ferry dari pulau pangkor ke lumut :).







p/s: sebenarnyer lame dah aku nak post entry ni, aku taip sikit sikit, sebab kekangan masa. Sekarang ni baru ada peluang nak post, hehe. Banyak lagi sebenarnyer aku nak share kat sini, banyak betul rintangan yang harus di tempuhi, ceeeyyyyy, hehe.

selamat membaca :).





Wednesday, December 26, 2012

Convocation UniMAP ke-6

-bismillah-

Assalamualaikum :).

Tak sempat nak cerita pasal konvo sendiri, dah setahun lebih dah, huhu. Aku konvo pada 17th September 2011, Nana pula pada 18 hari bulan keesokkan harinya :). Kali ni aku cerita dalam bentuk video pulak, hehe. Saje2 gedik tukar arah sket, hehe.

Selamat menonton :). peace yoo :).



Thursday, December 6, 2012

Taekwondo Part 3

-bismillah-

Assalamualaikum :).

Okay, hari ini nak sambung cerita sket mengenai TKD, hehe. Cam ni lah orang obsess sangat dengan TKD ni, hehe. Aku just nak kongsi apa yang aku dah belajar, apa yang aku tahu dan apa yang aku ingin belajar. Kalau u'olls ada baca kat post aku sebelum ni (boleh klik kat link ni --> Taekwondo is a Part of My Life), u'olls mesti boleh agakkan macam mana aku rindu sangat dekat TKD *poyos jer, haha.

Okay, entry kali ni aku nak kongsi mengenai asas2 pergerakan dalam TKD. Kire macam the 1st thing that you must learn selepas mendaftarkan diri.

Asas pergerakan yang pertama adalah 'TUMBUK'. U'olls tahu tak macam mana nak pegang penumbuk dengan cara yang betol? Har, jangan ingat penumbuk leh pegang sesukahati jer. Sila ikut step di bawah ni yer.

1- Angkat tangan (gaya cam orang nak baca ikrar tu) * aku angkat tangan kiri

2- Rapatkan 4 jari, jauhkan 4 jari dari ibu jari.

Empat jari mesti rapat tau, tak boleh renggang.


3- Genggamkan 4 jari tu, biarkan ibu jari terkeluar (macam orang nak buat good tu, hehe)

Jari aku cam cacat sket, sebab ada kisah pahit time sparring dulu, huhu. So ignore it, ok.


4 - Yang terakhir, genggamkan ibu jari, so semua jari dah di genggamkan. Jadilah satu penumbuk, TADA!! : DD

Har, tengok betol2 kedudukan ibu jari aku tu.


Untuk pastikan cara genggaman u'olls betol ke salah, sila rujuk gambar di bawah :).


Salah: Jangan letakkan ibu jari kat belah tepi dan jangan terjulurkan dia.


Salah: Jangan menggenggam ibu jari u'olls tau. Salah ni....


Salah: Letakkan jari kat belah depan dah betol, tapi simpan ibu jari, jangan bagi terkeluar.


Kalau u'olls pegang penumbuk dengan cara yang salah, u'olls boleh terseliuh tangan ataupun patah jari. Hati2 yer :). 

Selamat mencuba ;).




p/s: next time aku share asas pergerakkan lain pulak yer :) stay tuned.


Tuesday, December 4, 2012

Taekwondo Part 2

-bismillah-

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak sambung cerita mengenai taekwondo. Aku akan guna singkatan taekwondo = TKD. Entry sebelum ni aku tak sempat nak ceritakan serba sedikit mengenai sejarah TKD ni, hehe maklumlah excited sangat menulis, hehe.

TKD ni merupakan salah satu seni bela diri ataupun seni menpertahankan diri. Ia berasal dari negara Korea (yang K-Pop tu, hehe), telah diperkenalkan di seluruh dunia dan merupakan sukan rasmi negara Korea. Rasmi tu kita boleh definisikan sebagai setiap individu masyarakat korea mesti ada asas dalam sukan TKD ni. Sukan TKD ni turut di pertandingkan di sukan olimpik sejak tahun 2000 lagi. Masa tu ada 2 sukan martial arts jer yang dipertandingkan, lagi satu martial arts adalah Judo.

Tae-kwon-do, korang tau tak apa maksud di sebalik perkataan ni? Har meh sini nak habaq mai. Dalam bahasa Korea, Tea bermaksud "menendang", Kwon  bermaksud "menumbuk", dan Do bermaksud "cara" atau "seni". Dengan erti kata lain, Taekwondo juga boleh di terjemahkan secara kasarnya sebagai "seni menendang dan menumbuk".

U'olls mesti tahu kan kalau yang pakai tali pinggang kaler hitam tu kira power la, hehe. Warna tali pinggang melambangkan peringkat ataupun pangkat. Setiap warna pula ada dua peringkat.

Paham tak? 
Ok, ni contoh warna tali pinggang:-

  • Judo white belt.svg Putih
  • Judo yellow belt.svg Kuning
  • Judo green belt.svg Hijau
  • Judo blue belt.svg Biru
  • Judo red belt.svgMerah atau Judo brown belt.PNGCoklat
  • Judo black belt.svg Hitam

So, total kita ada 5 warna (tak temasuk hitam). Setiap tali pinggang ada dua pangkat, so total  ada 9 pangkat sebelum tali pinggang hitam.

Kenapa 9? Bukan 10? Har, tali pinggang putih hanya ada satu pangkat jer. For example, 1st (putih), 2nd (kuning 1), 3rd (kuning 2), 4th (hijau 1), 5th (hijau 2), 6th (biru 1), 7th (biru 2), 8th (merah 1) dan 9th (merah 2).

Tali pinggang hitam pula ada banyak peringkat, 10 peringkat bagi WTF dan 9 peringkat bagi ITF. Pangkat bagi tali pinggang hitam ini di sebut "DAN". Aku baru peringkat 2nd DAN. Kalau di beri peluang lagi, insyaAllah aku nak sambung ke peringkat seterusnya :).

Kenapa ada warna merah dengan coklat? Masa zaman tok kadok dulu2 dia guna warna coklat, masuk tahun 1997 or 1998 (lebih kurang la), dia dah tukar dari warna coklat ke warna merah. 

Dekat Malaysia ni terdapat beberapa persatuan Taekwondo tempatan yang bernaung di bawah beberapa persatuan Taekwondo antarabangsa, antaranya ialah:-

  • World Taekwondo Federation (WTF)
  • International Taekwondo Federation (ITF)
  • Global Taekwondo Federation (GTF) 
Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF dan GTF adalah matapelajarannya. WTF banyak mementingkan aspek kesukanan di mana ia telah di iktiraf oleh Majlis Olimpik dan telah menjadi salah satu acara di sukan Olimpik sejak tahun 2000 iaitu Sukan Olimpik di Sydney, Australia.

ITF dan GTF pula banyak mementingkan aspek kesenian. Tidak seperti WTF, kedua-dua persatuan ini ingin mengekalkan kesenian Taekwondo yang berusia beribu-ribu tahun dan tidak hanya untuk mengutip mata apabila sesuatu pertandingan diadakan.

So, apa lagi.
Pengumuman, pengumuman, ibu2, bapak2, siapa yang pnya anak mahu masuk Taekwondo, sangat2 dialu2kan, hehe. Bagilah support kepada mereka yang minat. InsyaAllah mereka akan lebih berdisiplin, bertanggungjawab, berkeyakinan, ketahanan mental dan fizikal serta dapat membentuk semangat berpasukan :). hehe.




p/s: siapa2 yang ada maklumat tambahan ataupun pertanyaan bolehlah share kat sini yer :).




Wednesday, November 21, 2012

Sahabat

-bismillah-

Assalamualaikum :).

Hye sahabat2 ku sekalian :).
Aku nak dedicate lagu ni tuk semua yang bergelar sahabat. Lagu yang di popular oleh NajwaLatiff.

Aku bukanlah seorang penyanyi, cume minat terhadap music tu lebih sket, hehe. Aku tau suara aku tak sedap, apa yang aku nak sampaikan ialah maksud di sebalik lagu tu. Hehe.

Enjoy the cover :).



p/s: aku ni xpernah pergi klas belajar main gitar pun, just for fun, blaja sendiri :). so kalau ada salah and silap harap di maafkan :)

Sunday, November 18, 2012

Taekwondo is a part of my life

-bismillah-

Assalamualaikum :).

Hye u'olls. Haha. Sekarang dah pandai guna perkataan tu.

**
I learned taekwondo since at the age of 9 years old. Darjah tiga tu, hehe. Tapi ramai yang masuk lebih muda dari aku. Ambil masa lebih kurang dalam tiga tahun tuk kita nak dapat black belt kalo takde skip grading la yer. So darjah 6 aku dah dapat 1st POOM.

Poom tu di gunakan bagi budak bawah umur 15 tahun. *macam aku mase tu la, hehe. Bila dah umur 15 tahun baru leh dapat perkataan DAN tu. 1st DAN :).

Poom tu kaler die itam-merah. Kalau DAN kaler dia full hitam :).


Hampir 15 tahun aku bersama dengan tkd, bermakna lebih dari separuh hidup aku sekarang aku bersama dengan tkd. Banyak jugakla pengalaman pahit and manis yang aku dapat. Pelbagai orang aku leh jumpa. Dan dengan tkd jugaklah aku dapat merantau ke negeri serta negara orang. Maklumlah aku bukan dari keluarga yang senang, mane lah ada pitihnya nak pergi mana2 pun. Sob2. Untuk pengetahuan, aku ni biase2 jer, xdelah terrer mana pun setakat kick tu tau la, hehe.


Sejak aku habis belajar ni, aku dah tinggalkan sebahagian dari hidup aku, tkd. Sob2. Rindu giler aku dengan tkd. Serious, aku tak tipu. Dah setahun lebih aku tinggalkan dia. Aku harap dia pun rindu aku jgk, hehe.

Nasib ade gak geng kat cni yang mempunyai perasaan and minat yang sama terhadap tkd. Yeayyyy. Aku perlu mencari masa dan peluang untuk kembali aktif. Bukan untuk bertarung or kejohanan, hanya untuk kepuasan diri sendiri :). Untuk mengembalikan tenaga, tubuh yang sihat seperti dulu. Ada pepatah yang mengatakan "badan cergas, minda cerdas".


Dengan tkd jugaklah aku dapat jumpa dengan kawan2 yang awsome giler. Dan tak lupa juga kepada cinta hati saya......opssss tu ayat shila amzah la, hehe. Tak lupa jugak kepada bff saya. Tanpa tkd kita tak mungkin dapat jadi bff :).


















Ni lah aksi kami ber'tkd' bersama bola, haha. Tuk dapatkan hasil yang menarik haruslah ada aksi2 seperti di atas ni, haha.

Inilah hasilnya :),








Hahaha mak aku pun nak masuk jugak, hehe. Ingin memperkenalkan inilah mak aku yang masukkan aku ke sukan tkd pada umur 9 tahun :). Mak aku banyak support aku dalam tkd :).

*

Monday, October 22, 2012

Mood Convo part 2

-bismillah-

Assalamualaikum :).

Seperti yang dijanjikan, ni jer gambar yang ada, sikit jer rupenya, huhu maklumlah camera biase jer, nk beli camera canggih tak mampu lagi, hehe. #bersyukurdenganapayangada *hehe sejak buat twitter ni dah pandai #tag, haha.

Ni gambar pre-convo kat rumah ayah. Plan asalnyer nak pergi ambil gambar kat kedai, tapi hari minggu kedai gambar tutup awal lak kat area rumah ayah tu.

Ayah, kakak dengan adik kecik Rysha :).


Rysha Hanna. Rindu lak kat si kecik ni. Petah betol bercakap, tapi pelat, hehe. Pantang jumpe camera, hehe. Pastu buat jer ape yang aku suruh, hehe. Bagus mendengar cakap, hehe. :).
Cute tak baju angry bird tu, aku beli tuk dia, terus nak pakai, hehe comey jer..





Hari kejadian :).





Yusra cute, hehe :).

Familia :).

Inilah dia Nor Afizatul Akmar. Cantik kan dia :).

My Mom :).

Candid :).


Mak aku, kawan mak aku dengan anak dia..

My Familia :). except Muhd takde :(.




Har ini lah hasilnya. Hasil yang kami berdua jahit, hehehe. Walaupun simple, walaupun tak cukup masa jahit.......ramai yang puji...macih :).




Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...