Sunday, October 21, 2012

teman pengganti

salam sejahtera..


ketawa bersama..
menangis bersama..
ku bersumpah harap kita mati pun bersama..

sejak dua menjak ini..
makin kerap ku diganggu visi..
dalam celik, juga dalam mimpi..
aku nampak kau..
tapi bukan aku yang disisi..
dia membelaimu dengan izin dan permisi...
sentuhan katanya semua kau iakan..
sentuhan jari kau diamkan dan biarkan...
aku redha walau tidak ku damba...
walau hampa semuanya dah dijangka...

beberapa purnama dulu cinta bertahta..
kenangan dibina indah belaka..
ketawa bersama..menangis bersama..
ku bersumpah harap kita mati pun bersama..
namun hakikatnya, bukan mudah..
aku sembunyikan gulana-gundah..
segalanya kan berubah..
dengarkan apa yang aku mahu luah..

rahsia ini...
telah lama aku pendamkan...
tiba masanya..
segala-galanya aku ceritakan..
aku kan pergi..
pergiku tak akan kembali...
tiba masanya..
kau cari teman pengganti...

dalam dunia yang maya, prejudis dan bias..
kita tak kan terlepas dari terkena tempias..
rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias..
tidak kau bidas..tak berpaling walau sekilas..
hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks..
dalam disleksia cuba kekal dalam konteks..
bila dunia seolah tak memahami..
kau sudi selami, dalami dan mengalami..

setia mendengar, sentiasa hadir..
ingat setiap ulang tahun setiap hari lahir..
tiba pagi syawal, kau lah yang terawal..
syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal..
70 000 hijab harus ku singkap..
ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap..
dalam diam ada sorang yang ku puja..
kau teristimewa tapi dia yang sempurna...

sejak dua menjak ini ku mencari fungsi kewujudan..
dalam persekitran yang penuh kejumudan..
terperangkap ku di dalam jasad, ku keliru..
mujur ada kau si peneutralisasi pilu..
namun ku tetap murung, berkurung..
tubuh makin susut, menunggu tarikh luput..
komplikasi di halaman rusuk kiri..
makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri..

lagu ini yang terakhir aku sajikan..
kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan..
jaga diri, jangan makan hati..
yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti..
bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi..
cincin, kunci, dompet dalam laci..
ada sikit wang, itu saja baki..
moga-moga cukup untuk majlis itu nanti..

aku kan pergi..
bertemu Kekasih Abadi..
tiba masanya..
kau cari teman pengganti...














1 comment:

Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...