Tuesday, December 4, 2012

Taekwondo Part 2

-bismillah-

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak sambung cerita mengenai taekwondo. Aku akan guna singkatan taekwondo = TKD. Entry sebelum ni aku tak sempat nak ceritakan serba sedikit mengenai sejarah TKD ni, hehe maklumlah excited sangat menulis, hehe.

TKD ni merupakan salah satu seni bela diri ataupun seni menpertahankan diri. Ia berasal dari negara Korea (yang K-Pop tu, hehe), telah diperkenalkan di seluruh dunia dan merupakan sukan rasmi negara Korea. Rasmi tu kita boleh definisikan sebagai setiap individu masyarakat korea mesti ada asas dalam sukan TKD ni. Sukan TKD ni turut di pertandingkan di sukan olimpik sejak tahun 2000 lagi. Masa tu ada 2 sukan martial arts jer yang dipertandingkan, lagi satu martial arts adalah Judo.

Tae-kwon-do, korang tau tak apa maksud di sebalik perkataan ni? Har meh sini nak habaq mai. Dalam bahasa Korea, Tea bermaksud "menendang", Kwon  bermaksud "menumbuk", dan Do bermaksud "cara" atau "seni". Dengan erti kata lain, Taekwondo juga boleh di terjemahkan secara kasarnya sebagai "seni menendang dan menumbuk".

U'olls mesti tahu kan kalau yang pakai tali pinggang kaler hitam tu kira power la, hehe. Warna tali pinggang melambangkan peringkat ataupun pangkat. Setiap warna pula ada dua peringkat.

Paham tak? 
Ok, ni contoh warna tali pinggang:-

  • Judo white belt.svg Putih
  • Judo yellow belt.svg Kuning
  • Judo green belt.svg Hijau
  • Judo blue belt.svg Biru
  • Judo red belt.svgMerah atau Judo brown belt.PNGCoklat
  • Judo black belt.svg Hitam

So, total kita ada 5 warna (tak temasuk hitam). Setiap tali pinggang ada dua pangkat, so total  ada 9 pangkat sebelum tali pinggang hitam.

Kenapa 9? Bukan 10? Har, tali pinggang putih hanya ada satu pangkat jer. For example, 1st (putih), 2nd (kuning 1), 3rd (kuning 2), 4th (hijau 1), 5th (hijau 2), 6th (biru 1), 7th (biru 2), 8th (merah 1) dan 9th (merah 2).

Tali pinggang hitam pula ada banyak peringkat, 10 peringkat bagi WTF dan 9 peringkat bagi ITF. Pangkat bagi tali pinggang hitam ini di sebut "DAN". Aku baru peringkat 2nd DAN. Kalau di beri peluang lagi, insyaAllah aku nak sambung ke peringkat seterusnya :).

Kenapa ada warna merah dengan coklat? Masa zaman tok kadok dulu2 dia guna warna coklat, masuk tahun 1997 or 1998 (lebih kurang la), dia dah tukar dari warna coklat ke warna merah. 

Dekat Malaysia ni terdapat beberapa persatuan Taekwondo tempatan yang bernaung di bawah beberapa persatuan Taekwondo antarabangsa, antaranya ialah:-

  • World Taekwondo Federation (WTF)
  • International Taekwondo Federation (ITF)
  • Global Taekwondo Federation (GTF) 
Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF dan GTF adalah matapelajarannya. WTF banyak mementingkan aspek kesukanan di mana ia telah di iktiraf oleh Majlis Olimpik dan telah menjadi salah satu acara di sukan Olimpik sejak tahun 2000 iaitu Sukan Olimpik di Sydney, Australia.

ITF dan GTF pula banyak mementingkan aspek kesenian. Tidak seperti WTF, kedua-dua persatuan ini ingin mengekalkan kesenian Taekwondo yang berusia beribu-ribu tahun dan tidak hanya untuk mengutip mata apabila sesuatu pertandingan diadakan.

So, apa lagi.
Pengumuman, pengumuman, ibu2, bapak2, siapa yang pnya anak mahu masuk Taekwondo, sangat2 dialu2kan, hehe. Bagilah support kepada mereka yang minat. InsyaAllah mereka akan lebih berdisiplin, bertanggungjawab, berkeyakinan, ketahanan mental dan fizikal serta dapat membentuk semangat berpasukan :). hehe.




p/s: siapa2 yang ada maklumat tambahan ataupun pertanyaan bolehlah share kat sini yer :).




4 comments:

  1. saya nak register anak saya masuk tkd..(ecah hafiy)..saya rasa dia ada bakat sebab dia slalu tumbuk saya..hehehe...

    ReplyDelete
  2. hahaha..bole2..amat dialu2kan..persilakan, hehe..qhaleef xnk skali ker?hehe

    ReplyDelete
  3. qhaleef xleh tkd..die sukan lain..hehe

    ReplyDelete
  4. Hehe..qhaleef nak main bola eh, hehe

    ReplyDelete

Cara untuk Turunkan Demam Kuning atau Jaundice

Assalamualaikum. Rynee nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk kita ambil untuk menurunkan demam kuning untuk anak yang baru lahir. Wala...